Isnin, 12 Ogos 2013

1245. Takbir Aidil Fitri.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMAeaho

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Al Quran Dan As Sunnah


Kelantangan Takbir ‘Iedul Fithri | Dari Naafi, beliau berkata (tentang Ibnu ‘Umar):

أَنَّهُ كَانَ يَجْهَرُ بِالتَّكْبِيرِ يَوْمَ الْفِطْرِ إِذَا غَدَا إِلَى الْمُصَلَّى حَتَّى يَخْرُجَ الإِمَامُ فَيُكَبِّرُ بِتَكْبِيرِهِ

“Bahawasanya Ibnu ‘Umar beliau men-jahr-kan (melantangkan suara) takbir pada ‘Iedul Fithri apabila keluar di awal pagi menuju musholla, dan beliau terus melaungkan takbirnya sampailah imam keluar (untuk solat).” [Ahkaamul ‘Iedain lil Firyaabi, no. 47]

Kata Abi ‘Abdurrahman As-Sulami rahimahullah (dari kalangan tabi’in):

كَانُوا فِي التَّكْبِيرِ فِي الْفِطْرِ أَشَدَّ مِنْهُمْ فِي الْأَضْحَى

“Bahawa mereka (dari kalangan salaf/sahabat Nabi) lebih lantang (bersemangat) ketika bertakbir di ‘Iedul Fithri berbanding pada ‘Iedul Adh-ha.” [Sunan Al-Kubra Al-Baihaqi, no. 6132. Sunan Ad-Daruquthni, no. 1713. Dinilai sahih sanadnya oleh Al-Albani]

Kata Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

وقال جمهور العلماء لا يكبر ليلة العيد انما يكبر عند الغدو إلى صلاة العيد حكاه ابن المنذر عن اكثر العلماء

“Dan berkata jumhur para ulama bahawasanya tiada takbir pada malam ‘Ied, sesungguhnya mereka bertakbir pada waktu awal pagi ketika menuju ke tempat solat ‘Ied sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari kebanyakan ulama.” [Al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 5/41]

Syaikh Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) menegaskan hal ini dengan katanya:

و في الحديث دليل على مشروعية ما جرى عليه عمل المسلمين من التكبير جهرا في الطريق إلى المصلى، و إن كان كثير منهم بدأوا يتساهلون بهذه السنة حتى كادت أن تصبح في خبر كان، و ذلك لضعف الوازع الديني منهم، و خجلهم من الصدع بالسنة و الجهر بها، و من المؤسف أن فيهم من يتولى إرشاد الناس و تعليمهم، فكأن الإرشاد عندهم محصور بتعليم الناس ما يعلمون...

... و مما يحسن التذكير به بهذه المناسبة، أن الجهر بالتكبير هنا لا يشرع فيه الاجتماع عليه بصوت واحد كما يفعله البعض

“Dalam hadis ini terdapat dalil tentang disyari’atkan apa yang diamalkan kaum muslimin iaitu bertakbir dengan suara yang kuat (atau lantang) di jalan-jalan ketika menuju musholla. Walaupun ramai di antara mereka mula meremehkan sunnah ini, sehingga hampir-hampir ada yang menganggap itu hanyalah sekadar berita (dari masyarakat terdahulu). Ini adalah kerana lemahnya semangat agama mereka dan adanya rasa malu untuk menzahirkan sunnah terang-terangan dengannya...

Dan amat baik mengingatkan di sini bahawa mengeraskan (melantangkan suara) takbir tidak-lah disyariatkan padanya dengan cara berjama’ah bersama (seperti koir), tidak pula dengan suara seiringan sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang...” [Silsilah Al-Ahaadits Ash-Shahihah, 1/331]

Baca lagi di, http://www.ilmusunnah.com/?p=7169 


                                                                            Black sand beach. Vik, Iceland.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: