بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai
orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada
kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib
(yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan
kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah
pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami
telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya
(memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Al Fatihah.
Takziah!!! Sarjan Rosdi, Anggota Malbatt 5 Maut Akibat Kemalangan, Jenazah Dijangka Sampai Ke Tanah Air Isnin Nanti..
KUALA LUMPUR :
Seorang anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5) berpangkat
Sarjan, yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu di Lubnan (Unifil), maut apabila kenderaan kembalik yang dinaiki
hilang kawalan dan terhumban lima belas meter ke dalam cerun.
Panglima Angkatan
Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata nahas pada kira-kira
5.40 petang semalam waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) itu
meragut nyawa Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32.
Nahas berlaku apabila kenderaan kembalik yang dinaiki Allahyarham selaku
ketua kenderaan bersama dua yang lain, terbalik ketika menunda
kenderaan perisai Condor di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran
Bandar Houla.
Insiden itu turut
menyebabkan dua lagi cedera ialah pemandu Lans Koperal Nur Syahied Taib
dan pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, kedua-duanya berusia 26
tahun.
"Kemalangan berlaku
semasa anggota sedang melaksanakan konvoi pergerakan pertukaran Kumpulan
Force Protection (FP) dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin," kata Zulkifeli
pada sidang akhbar di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri
Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Konvoi pergerakan Kumpulan FP itu melibatkan 41 anggota dan lapan kenderaan tentera pelbagai jenis.
"Allahyarham Rosdi
meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anggota yang cedera
telah dibawa ke hospital tempatan," kata Zulkifeli.
Nur Syahied yang cedera
parah kini dirawat di Hospital Saint George di Beirut manakala Mohamad
Aizuwan dimasukkan ke Hospital Tibnin.
Zulkifeli berkata Rosdi,
yang berasal dari Jerantut, Pahang meninggalkan seorang balu Aliza
Ariffin serta tiga anak, iaitu seorang lelaki berusia lapan tahun dan
dua perempuan berumur enam dan tiga tahun.
"Jenazah akan diuruskan
Malbatt 5 untuk dibawa pulang ke Malaysia dan dijangka tiba di tanah air
pada Isnin, sebelum disemadikan di kampung halaman isterinya di Ipoh,"
katanya.
Sebelum menyertai misi itu, Allahyarham bertugas di 2 Worksyop yang berpangkalan di Ipoh, Perak.
Zulkifeli berkata beliau sudah mengarahkan agar insiden itu disiasat segera.
Dalam pada itu, Hishammuddin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Rosdi.
-BERNAMA
Sumber: Takziah!!! Sarjan Rosdi, Anggota Malbatt 5 Maut Akibat Kemalangan, Jenazah Dijangka Sampai Ke Tanah Air Isnin Nanti.. (sedakasejahtera.blogspot.com) .
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi
dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha
Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah
kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan
yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin).
Mengingatkan diri sendiri menjadi
keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali
dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya
Rob.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan