بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
25 Ogos, 2013 . Buat Pertama Kalinya Peguam Negara Belasah Polis 8/25/2013 .
at
Buat pertama kalinya, Peguam Utama Putrajaya secara umum mengatakan
tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum
polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang
ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap
keselamatan awam.
Gani Patail - The Rights Of Women Children - A national concern event. (nazir)
"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas
dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum
pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya.
Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan
Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih"
dengannya. Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa
penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa
pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di
negara ini. Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang
mengorbankan 24 nyawa.
Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan
sehingga dua tahun. Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan
penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.
Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan
tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO
dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.
"Kita akan kekalkan akta itu jika kita contohnya mengekalkan cap jari
mereka," katanya, merasionalkan alasan tidak menerima pengenalan akta
pencegahan.
Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak
melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara
kekal." Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan
insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya.
"EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku
kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13
Mei," katanya. Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan
pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat
Peguam Negara perlu respon.
Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti
daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas
tahanan.
Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun
Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah." Kita
perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas
seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya.
Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah
ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan
rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang
besar.
Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga
dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui
pendakwaan di mahkamah.
"Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan
sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara,"
katanya dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia
memansuhkan EO dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri. ~ the malaysian
insider.
Sumber dokongan: Buat Pertama Kalinya Peguam Negara Belasah Polis . (addin77.blogspot.com) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai
orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada
kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib
(yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan
kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah
pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami
telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya
(memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah
kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan
yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin).
Mengingatkan diri sendiri menjadi
keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali
dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya
Rob.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan