Khamis, 29 Ogos 2013

1387. Lantikan sebagai Senator yang berikutnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 

Ali Rustam bakal dilantik sebagai senator


PETALING JAYA: Mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bakal dilantik sebagai senator, sekali gus memberinya laluan menyertai kerajaan persekutuan.

Pelantikan itu mencetuskan spekulasi bahawa beliau akan mengemudi Permodalan Nasional Berhad atau kemungkinan dilantik sebagai menteri atau penasihat khas di Jabatan Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Mohd Ali enggan mengesahkan pelantikannya itu.

Ketika ditanya The Star Online sama ada beliau menerima surat pelantikan itu, Datuk Seri Mohd Ali hanya berkata: "Sila semak dengan pejabat Ketua Menteri Melaka."

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan di Melaka berkata kerajaan negeri bersetuju menawarkan Datuk Seri Mohd Ali jawatan senator.

"Mohd Ali telah bekerja keras membangunkan Melaka. Beliau meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia. Di samping itu, beliau juga berpengalaman sebagai pentadbir dan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan," katanya.

Menurut seorang pemimpin Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali, yang tewas di kerusi Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, menerima surat yang memaklumkan pelantikan beliau sebagai senator.

Beliau berkata sekiranya Datuk Seri Mohd Ali dilantik sebagai menteri, ia merupakan buat julung-julung kalinya selepas 20 tahun seorang ahli politik dari Melaka dilantik dalam barisan kabinet.

Selepas Allahyarham Tun Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993, tiada seorang pun pemimpin dari Melaka dalam senarai barisan kabinet.

"Sudah agak lama Melaka tidak mempunyai wakil pemimpin di peringkat Persekutuan," kata pemimpin Umno Melaka itu.

Datuk Seri Mohd Ali, yang memegang jawatan Ketua Menteri Melaka dari 1999 hingga 2013, berhasrat menyertai kerajaan persekutuan apabila bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU-13 lalu, tetapi impiannya berkecai selepas tewas kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Encik Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sejak itu, Datuk Seri Mohd Ali sentiasa mengambil sikap berdiam diri walaupun memberi bayangan awal dalam temu bual baru-baru ini bahawa beliau mungkin bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM: Telah bekerja keras bangunkan Melaka. - Foto THE STAR. 


Sumber: Ali Rustam bakal dilantik sebagai senator . (http://cyberita.asia1.com.sg/dunia/ali-rustam-bakal-dilantik-sebagai-senator) .


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 


Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 
Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 
('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: