Jumaat, 30 Ogos 2013

1399. Siapa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.


Ketua Wira Perkasa tak sedar diri!!.. Perkasa ada apa? soal Khairy.. Friday, August 30, 2013

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris yang mendesak Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebagai tidak ‘berpijak di bumi nyata’.

“Presiden anda (Ibrahim Ali) pun sudah kalah dalam pilihan raya lepas tu perasan nak minta Perdana Menteri letak jawatan.

“Anda perlu tahu kedudukan anda dulu. Apa Pemuda Perkasa ini?” katanya ketika ditemui pemberita di majlis Jamuan Raya Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Kiara di sini hari ini.

Khairy berkata, Irwan Fahmi langsung tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kapasitinya yang hanya ketua sayap kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.

“Saya rasa dia patut letak jawatan dulu. Siapa dia nak minta Perdana Menteri letak jawatan? “Dia bukan Ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda Perkasa…Perkasa ada apa,” soalnya.

Irwan Fahmi dalam entri blognya “Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan.” berkata kepimpinan Najib terbukti gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Beliau berkata slogan 1 Malaysia yang dibawa Najib gagal mendapat sokongan kaum Cina, malah menganggap Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang kononnya membantu rakyat sebenarnya adalah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan.

“Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal,” katanya Ahad lalu ~ Free Malaysia Today

Lagi apa yang Ketua Wira Perkasa tu kutuk Najib sila baca di SINI 

Baca Juga: 1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: