بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Hipokrit atau munafik. Berpura-pura: lain di muka, lain di belakang (BUDAYAWAN terkenal Mochtar Lubis). Jalan membawa kepada Neraka dan menafikan Syurga.
Allah SWT., berfirman didalam Al-Qur’an yang bermaksud:
“Dan di antara manusia ada yang berkata, “Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian,” padahal mereka bukanlah orang yang beriman.” “Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang beriman padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedangkan mereka tidak sadar.” (Al-Baqarah ayat 8-9).
“Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman, ” mereka menjawab, “Apakah kami akan beriman sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengetahui.” “Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ”Kami telah beriman”. Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan, “Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanyalah orang yang memperolok-olokkan.” (Al-Baqarah ayat 13-14).
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu dan berkata, ” Kami mengakui bahawa sesuangguhnya engkau adalah utusan Allah.” Dan Allah mengetahui sesungguhnya engkau adalah utusanNya. Dan Allah menyaksikan sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar pendusta.” “Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai pelindung, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan.” (Al-Munafiquun ayat 1-2).
Definisi munafik dalam ayat al-Qur’an adalah orang yang berpura-pura beriman untuk menipu orang lain. Ayat-ayat ini merujuk pada orang-orang yahudi di Madinah yang pura-pura mengakui keNabian Rasulullah SAW., namun sebenarnya mereka hanya mencari aman saja.
Di belakang Rasulullah SAW., mereka tidak Solat dan juga tidak mengeluarkan zakat. Di sisi lain, mereka juga diam-diam berkomplot dengan kaum kafir Qurayis untuk menyingkirkan Rasulullah SAW., dari Madinah. Mereka hanya pura-pura beriman dan baik terhadap Nabi Muhammad SAW..
Ciri orang munafik ada 3:
- Bila berkata, dia berdusta
- Bila berjanji, ia mengingkari
- Bila dipercaya, dia berkhianat
Merujuk kepada ayat Al-Qur’an di atas, menyerlahkan sifat-sifat orang-orang yang berpura-pura beriman. Banyak orang yang tidak Solat tapi menampilkan muka sebagai penerima Zakat atau Qurban. Ada pula yang Hari Raya Aidil Fitri menjadi Islam, (((hari natal meminta-minta di gereja, lalu saat imlek ikut meminta sumbangan di kelenteng dan vihara.))) Lalu bagaimana dengan orang yang ibadahnya bagus tapi tetap berbuat maksiat?. Apakah mereka sama dengan orang munafik?.
Merujuk kepada ciri-ciri orang munafik, tentu jiwanya penuh kepura-puraan. Orang munafik akan sering berdusta, ingkar janji dan yang jelas ia berkhianat kerana telah menipu orang yang telah mempercayainya. Tidak menjadi rahsia lagi, orang yang jujur akan dimusuhi. Kepura-puraan, penipuan dan kebohongan telah menjadi wajar atas nama mayoritas (majoriti).
Begitu pula masalah ingkar janji, banyak sekali pengusaha yang menipu dengan kontrak palsu atau orang yang berhutang enggan membayar. Pengkhianatan? pekerja bekerja tanpa kejujuran dan keikhlasan, namun kalau ada masalah tidak mahu bertanggung jawab dengan berkata “bukan saya?.”
Bahkan ada pepatah, “kalau jujur akan terbujur, kalau ikhlas akan tergilas.” Namun apakah mereka sama dengan orang-orang munafik yahudi madinah yang disebut dalam Al-Qur’an?. Munafik yang disebut dalam Al-Qur’an adalah berpura-pura beriman sedangkan menipu dalam hal lain. Misal berpura-pura kerja, berpura-pura kaya, berpura-pura pintar dan sebagainya.
Rentetan beriman kepada Allah SWT., bererti beriman pula bahawa Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala sesuatu. Mungkin ia bermaksud menipu sesama manusia, namun kalau memang beriman kepada Hari Akhirat, kenapa harus berpura-pura dan berdusta padahal mereka mengetahui dusta itu akan membawa mereka kepada neraka jahanam.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang jujur.” (At-Taubah ayat 19).
Nabi Muhammad S.A.W., bersabda:
“Sesungguhnya kejujuran hanya membawa pada kebaikkan, dan kebaikkan mengiakan kepada Syurga. Sesungguhnya seorang biasa berlaku jujur sehingga disebut As-Shidiq. Sedangkan dusta hanya mengiakan kepada perilaku zalim dan perilaku yang mengiakan kepada Neraka. Sesungguhnya orang biasa berlaku dusta disebut pendusta besar.” (Riwayat Bukhari Muslim).
Bila ditelaah/diteliti lagi, bahawa bahaya ketidakjujuran di Hari Akhirat nanti sangat mengerikan. Al-Qur’an menampilkan kisah-kisah kaum yang ingkar kepada RasulNya yang akhirnya mendapat azab seperti bani israil, kaum aad, kaum tsamud, kaum madyan, kaum soddom dan lain-lain. Namun keimanan seseorang tidak ditentukan dari kaumnya.
Pengajaran dari kisah-kisah orang munafik dari Al Qur’an dan Al Hadis adalah jangan meniru mereka kerana kita tidak berupaya menipu Allah SWT., dan para Malaikat. Dengan berperilaku munafik, kita hanya menipu diri sendiri yang akhirnya membenam diri ke dalam api Neraka.
In Syaa Allah kita sentiasa mendapat perlindungan Allah S.W.T..supaya tidak menjadi orang-orang yang demikian.
Amin Ya Robbal Alamin.
(1) Sumber: Edit dari makalah asal Memahami Pribadi Pribadi Munafik.
(2) Gambar snap dari artikal asal oleh PSIKOLOGI2009.
(3) Nota: Berhadapan dengan orang yang berpura-pura baik dengan aku. Carilah apa kesilapan aku, jangan
cari silap orang lain. Setiap kejadian memberi ruang aku mengenali maksud kejujuran dan keikhlasan diri
aku sendiri dan sesiapa sahaja dihadapan aku.
===
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG
MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu
mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan
Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti
berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang
menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan
mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.
Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu
memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat
118-120].
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi
dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan