Sabtu, 31 Ogos 2013

1425. Arahan meninggalkan hospital.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

 • ayu_84gurlz • 

YA ALLAH..KAU LINDUNGILAH SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA INI DARI KEKEJAMAN DAN KEJAHATAN ... AMIN..

Hospital Medan Rabaah

Sebagai salah seorang peserta demonstrasi yang telah biasa berkhemah di Rabaah, saya memang berada di situ sejak Rabu pagi.Seawal jam 6 pagi, arahan dikeluarkan kepada semua agar meninggalkan khemah dan berada di dataran, dan sudah ada tanda-tanda kecemasan. Sekitar jam 6.30 pagi, saya mula mengalami masalah dengan isyarat talian internet menyebabkan saya termangu-mangu, dan ketika saya tiba di belakang “TibaMall” jam 6.40 pagi, barulah saya menyedari serangan telah bermula dengan lontaran bertalu-talu gas pemedih mata yang dilontarkan tepat ke tengah-tengah kawasan di mana peserta demonstrasi aman duduk.

Dalam tempoh beberapa minit, saya dapat melihat mangsa pertama dilumuri darah dari luka yang parah di tangan yang kelihatannya telah melibatkan sebahagian besar otot tangan kanannya. Sebagai pakar bius dan pakar perubatan kecemasan (critical care physician), saya mengambil keputusan untuk menawarkan diri bertugas di hospital Medan Rabaah sejak awal perhimpunan diadakan, iaitu selepas Presiden Morsi digulingkan.

Hospital medan agak tersusun. Ia barangkali telah belajar daripada dua episod pembantaian lepas. Walaubagaimanapun mangsa bertali arus masuk dan dengan segera, keadaan menjadi kelam kabut. Saya tidak merasai sendiri pengalaman ketika pembantaian “Republican Guards’ atau pembantaian Al-Azhar, maka saya berasa sangat terkesan melihat betapa ramainya mereka yang mengalami kecederaan pada hari ini.

Dalam masa kurang dari 3 jam, hospital dan ruang-ruang dewan berhampiran hampir penuh dengan mayat dan mereka yang cedera. Kecederaan yang dialami adalah sama ada dari peluru tabur (birdshot) kepada peluru hidup (live bullet). Kebanyakan luka dari peluru hidup dijumpai di bahagian atas badan dengan sebahagian besarnya di kepala dan leher yang langsung mengakibatkan kematian.

Sekitar jam 10-10.30 pagi, gas pemedih mata mula dilemparkan ke arah hospital, menyebabkan udara sekitar amat melemaskan dan semua kakitangan hospital mula memakai topeng mulut. Oleh kerana saya tidak berdaftar di hospital tersebut, saya tidak mempunyai bekalan topeng. Sukar bernafas, saya tinggalkan aras pertama, aras di mana pesakit diterima, dan cuba naik ke aras kedua untuk mencari topeng tersebut di bilik bekalan.

Di aras kedua, saya terjumpa sebuah bilik di mana kaum ibu membawa anak-anak kecil mereka berlindung dari asap pemedih mata yang cukup pekat itu. Saya akhirnya hanya menjumpai topeng biasa dan bukan topeng yang dapat melindungi dari asap pemedih mata.

Saya menyambung tugas membantu mangsa-mangsa baru yang tiba di hospital, tetapi keadaan semakin teruk dengan pertambahan jumlah mangsa. Ini termasuk kes-kes yang parah, asap pemedih mata (saya mendapat tahu kemudiannya botol gas ini dilemparkan dari atas oleh helikopter). Bunyi tembakan juga semakin hampir dengan hospital.
Jam 12.00 tengahari, terdapat arahan untuk mengosongkan hospital kerana terdapat kebimbangan serangan di situ. Semua staf di arah menyorokkan tag pengenalan identiti perubatan mereka, menyorokkan kot putih atau sarung tangan bagi mengelakkan tangkapan atau soal siasat.

Arahan meninggalkan hospital
Saya meninggalkan hospital tersebut dan melintasi satu dewan yang dipenuhi mayat-mayat mangsa serangan, dan kemudiannya melalui satu dewan lain yang penuh juga dengan mereka yang tercedera yang dikategorikan sebagai kurang teruk (apabila saya maksudkan kurang teruk, ini hanyalah bermaksud mereka ada beberapa jam untuk mengharungi kecederaan tanpa pemerhatian rapi, tapi sebenarnya, dalam keadaan normal, mereka adalah pesakit yang memerlukan pembedahan segera).

Hati saya sangat tersentuh tatkala saya melihat senario wanita dan orang tua yang hanya mampu menangis di samping anak-anak atau saudara mereka yang tercedera kerana memang tidak ada siapa yang dapat menolong mereka di tengah-tengah serangan berdarah ini.

Saya berdiri di sebuah koridor di belakang hospital, yang berdekatan dengan Masjid Rabaah. Di sini juga beberapa mangsa di kalangan pemprotes berlindung setelah mereka tiada lagi tempat di hospital. Salah seorang dari mereka yang cedera (ditembak di kaki) berkata kepada saya “Dr, kenapa berdiri sebegini? Pergilah dan pindahkan atau tolong pesakit lain”. Saya berasa sangat simpati kepada anak muda ini, yang tidak pedulikan kecederaan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan sahabat-sahabat lain di tengah-tengah serangan berdarah ini.

Saya sendiri tidak tahu hendak ke mana setelah arahan mengosongkan hospital, jadi saya terus berlindung di situ, hampir dengan masjid di mana wanita dan orang tua berada. Bunyi tembakan peluru bersambungan dan semakin dahsyat, asap terus memenuhi ruang. Selepas beberapa minit saya lihat gas pemedih mata menguasai koridor di mana saya berdiri tadi, saya teringatkan pemuda yang menegur saya tadi dan yang lain yang tercedera, adakah mereka sempat dipindahkan atau tidak? Orang ramai mengipas-ngipas ruang udara mereka dengan baju dan kain untuk cuba mengusir asap dan bau yang cukup melemaskan itu.

Hospital di Rabaah
Selepas sejam, saya berjumpa seseorang dari hospital medan tadi, dan dia memberitahu sebuah hospital dari badan kebajikan Rabaah telah dibuka untuk menerima pesakit. Saya segera ke situ dan segera bertugas kembali, saya merasakan sedikit lega kerana dapat bekerja di hospital sebenar, apatah lagi sahabat-sahabat sekerja saya berjaya mendapatkan bekalan perubatan dari hospital medan tadi. Kami mula bekerja dan saya gembira kadar mangsa baru yang datang berkurang. Saya mula terfikir yang tentera telah memberhentikan serangan mereka.

Saya mula bekerja dengan kes yang ada dengan sepenuh kemampuan saya. Ada beberapa kes yang teruk. Salah satu daripadanya adalah kes seorang wartawan asing (saya diberitahu bahawa mereka dariSky News) telah ditembak di bahagian bawah dada, mengalami pendarahan yang banyak sehingga beliau kelihatan pucat. Saya sempat memberitahu rakan-rakan wartawan tersebut yang sahabat mereka memerlukan pembedahan segera (hanya beberapa minit kemudian, saya telah tidak dapat menemukan mereka, dan tidak tahu sama ada sahabat mereka terselamat atau tidak). Namun saya sempat berpesan kepada kumpulan wartawan ini, jika mereka boleh memberitahu dunia, untuk menyeru tentera supaya jangan mensasarkan hospital dengan serangan peluru hidup dan gas pemedih mata.

Sniper mensasarkan hospital
Dalam keadaan yang agak aman ini, saya turun ke aras bawah tanah untuk cuba merehatkan diri, tapi nasib saya, saya terjumpa dua orang yang kebetulan dari kampung halaman saya. Mereka bertuah kerana hanya cedera dengan tembakan di kaki dan di betis, dibandingkan dengan kes-kes di luar sana.

Saya kemudiannya melakukan bantuan kecemasan resusitasi (CPR) kepada seorang mangsa lain, malangnya tidak berjaya menyelamatkan beliau. Saya cuba membantu pasukan perubatan untuk memindahkan jasad beliau, tapi kami diberitahu bahawa peti penyejuk tempat simpanan mayat telah pun penuh dengan lebih 40 mayat, dan diarah membawa mayat tersebut ke tingkat 3. Saya amat terkejut melihat dewan di tingkat 3 juga penuh dengan 30-40 mayat.

Saya meletakkan jenazah ke satu bahagian di situ, dan turun ke tingkat bawah, hanya untuk kemudiannya diberitahu bahawa pintu masuk ke hospital sekarang adalah di bawah ‘ehsan’ seorang penembak tepat (sniper) yang akan menembak sesiapa sahaja yang cuba masuk ke hospital.

Satu pemandangan yang memilukan melihat orang ramai berlari membawa sama ada bekalan hospital, ataupun mangsa yang tercedera, dengan susah payah mengelakkan diri darisniperyang juga mensasarkan tembakannya hatta kepada mereka yang cuba mengintai di balik tingkap hospital.

Tidak berapa lama kemudiaan, tembakansniperitu mengenai kaca tingkap yang pecah berderai. Jam 3 petang, keamanan yang kami nikmati seketika hancur dengan ramai lagi mangsa dibawa ke hospital dengan kecederaan yang lebih parah daripada apa yang dilihat di sebelah pagi tadi. Saya melihat mangsa yang berkecai kepalanya dan bersepai tisu otak di atas lantai. Saya juga melihat mangsa dengan tembakan yang disasarkan tepat mengenai kepala dan leher, ditembaksniper.

Jam hanya menunjukkan jam 4 petang, apabila lantai di aras bawah tanah dan tingkat satu telah mula penuh dengan mereka yang tercedera dan terkorban. Saya tahu, di aras lain pun keadaannya serupa. Terdapat beberapa ambulan yang cuba memindahkan pesakit dari pintu belakang, tetapi dengan kecederaan parah mangsa-mangsa yang ada, saya rasa mereka hanya dapat memindahkan sekitar 5% sahaja dari keseluruhan yang memerlukan pembedahan. Keadaan semakin teruk, kami tidak dapat merawat semua kes yang baru tiba. Kami hanya memikirkan kes-kes yang mempunyai peluang cerah untuk hidup walaupun bilangannya sedikit.

Lantai dilumuri darah, dan pesakit baru terpaksa dibawa merentasi mereka yang lain yang telah ada di atas lantai. Saya bekerja seperti sebuah mesin, dan tidak percaya saya masih hidup melihat perkara ini terjadi di negara saya sendiri. Saya pernah menjadi sukarelawan di hospital lapangan di Dataran Tahrir pada tahun 2011, tetapi tiada yang dapat dibandingkan dengan pembantaian Rabaah ini. Saya sehinggakan tidak sempat mengambil gambar pesakit atau dokumen mereka kerana terlalu sibut menyelamatkan nyawa.

Bau kematian berada di mana-mana, dan baju saya basah dilumuri darah. Saya terpaksa menulis sebuah buku jika harus menceritakan semua pesakit yang saya rawati.

Polis menyerang hospital
Jam 5 petang, peluru sekali lagi menghujani pintu, dan meranapkannya sama sekali. Bunyi tembakan semakin dekat dan bingit. Setengah jam kemudian, tembakan dilepaskan ke Jabatan Kecemasan yang dipenuhi dengan pasukan perubatan dan mangsa.

Ketakutan menyelubungi hospital dan semua orang seperti terperangkap di tempat sendiri. Sepuluh minit kemudian, pegawai polis memecah masuk ke hospital. Mereka berbadan besar dan memakai pakaian khas berwarna hitam dengan senjata api besar, yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Mereka mengarahkan semua orang meninggalkan hospital.

Perdebatan tercetus di antara kami tentang apa yang kami perlu buat dengan ratusan yang lain yang tercedera yang masih hidup di hospital, dan adakah kami dapat mempercayai polis-polis ini, namun apabila seorang polis masuk ke ruangan di mana kami berada, seorang demi seorang mula beredar.

Ketika mula beredar, saya memberitahu seorang polis, yang masih terdapat mereka yang tercedera di hospital itu. Dia menjerkah saya berkata “Biarkan mereka mati! Biarkan mereka mati!” dan berjalan ke arah saya dengan senapang yang besar itu, seakan ingin menyerang saya. Nasib baik, saya sempat lari menerusi pintu kaca yang pecah ketika dia sibuk dengan mereka yang lari ke arah berlawanan.

Polis membakar hospital
Di luar hospital, keadaanya lebih mengerikan, mayat-mayat di atas jalan, dan tembakan di sana sini. Kami berjalan di sepanjang tembok dengan tembakan demi tembakan dan saya tidak tahu jika orang di belakang saya terbunuh atau tidak. Saya berjalan terus ke jalan berhampiran, risau jika saya ditembak atau ditangkap, tapi nampaknya polis sibuk dengan saki-baki pemprotes di tempat protes tadi.

Saya toleh ke belakang dan lihat asap tebal, setelah mereka membakar hospital dalam keadaan masih ramai orang di dalam, mayat-mayat dan mereka yang tercedera yang tidak dapat meninggalkan hospital.
Sehingga saat ini, saya tidak dapat melupakan kes terakhir saya, seorang tua yang datang setelah ditembak di kepala, tetapi beliau masih hidup. Beliau ditemani oleh anak saudaranya yang berumur antara 15-16 tahun.

Saya lakukan bantuan kecemasan , memasukkan tiub intubasi (intubation) dan meminta anak saudaranya mengepam udara masuk ke ruang pernafasan menggunakan pengepam (ambu-bag breathing). Dalam perjalanan keluar, saya masih terlihat riak wajah tak berdaya remaja ini memohon pertolongan dari kami untuk bapa saudaranya. Bapa saudaranya mungkin terbunuh dengan terbakarnya hospital, tapi saya tidak tahu nasib remaja ini.


Saya berjalan keluar, berfikir, adakah spesies manusia yang menyerang kami, atau bukan. Segala tembakan adalah untuk membunuh, dan segala keceraan adalah di luar imaginasi. Saya tidak mahu percaya bahawa saya telah hidup melihat penduduk Mesir terbunuh di jalan-jalan dan hospitalnya dibakar, dengan pesakit masih di dalamnya.

Jika ini berlaku kepada kita, oleh mereka yang juga kaum Mesir yang sepatutnya melindungi kita, apa akan terjadi jika kuasa asing menyerang negara kita? Saya menulis setiap baris ini dan saya masih tidak mempercayainya. Saya berharap semua ini adalah mimpi ngeri yang saya akan terjaga darinya.

Coretan ini ditulis oleh Dr Islam Abdel Rahman, doktor pakar bius (anesthetist).
Medan Rabaah.
9.44pm, 15 Ogos 2013.
Telah diterjemah oleh Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Sumber: (virtualfriends.net) . 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: