Khamis, 8 Ogos 2013

Tahniah Orang Islam. 1216.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Foto Zaleha Abu Hashim.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMAeaho

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 


Alhamdulillah hari ini Hari Raya Aidil Fitri 1 Syawal 1434H. Tidak mengira di mana anda Umat Islam berada. Alhamdulillah kita sempat berAidil Fitri lagi untuk kali ini., dengan izinNya.

Tahniah juga kepada warga Singapura yang berAgama Islam. Kerana dengan izin Allah SWT., dapat kalian cuti berlanjutan 2 hari + cuti Sabtu dan Ahad. 1 Syawal bersamaan 8 Ogos dan 9 Ogos Hari Kebangsaan Singapura. Payah nak jumpa Singapura dapat cuti sebegitu. Malaysia cuti umum Hari Raya Aidil Fitri Pertama dan Kedua.

Brunei Aidil Fitri akan di sambut pada hari esok Jumaat bersamaan 9 Ogos 2013.


MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa merukyah anak bulan Syawal tahun 1434H/2013M.(Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor).

Hilal Syawal tidak sahih kelihatan. Oleh: Abdullah Asgar.


JERUDONG, Rabu, 7 Ogos. – Umat Islam di negara ini akan mula meraikan Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal pada hari Jumaat, 9 Ogos berikutan anak bulan Syawal atau Hilal Syawal tidak sahih kelihatan setelah dilakukan rukyah di beberapa lokasi di negara ini lewat petang tadi.


Bagi Daerah Brunei dan Muara, seperti lazimnya Bukit Shahbandar digunakan sebagai tempat merukyah anak bulan Syawal, begitu juga di Bukit Agok dan Bukit Ambok bagi Daerah Tutong dan Bukit Lumut bagi Daerah Belait.

Di Bukit Shahbandar petang tadi Hakim-hakim Syarie, Pegawai-pegawai Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan beberapa orang pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama pegawai-pegawai Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan berada di sini bagi tujuan berkenaan.


K Sama-sama berdoa kepada Ilahi In Syaa Allah diizinkanNya kita berjumpa Ramadhan 1435. In Syaa Allah. 

Singapura 1 Syawal 1434 Bersamaan 8 Ogos 2013.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: