Ahad, 1 September 2013

1446. Konsep merdeka Islam.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

  • MoeSlim AlSundaniy "Konsep Merdeka"

    Setelah Bilal Ibn Rabbah ditebus dan dibebaskan oleh Abu Bakar dari perbudakan, ia ditanya oleh teman karibnya; Wahsy, yg masih mnjadi budak;

    "Wahai Bilal, bagaimana rasanya menjadi orang Merdeka?"

    Bilal pun menjawab; "Aku sudah Merdeka semenjak pertama kali aku masuk Islam!"
    -

    Konsep Kemerdekaan dlm Islam itu (adlh) Ber-lepas diri dari menyembah Manusia ('Ibad) menuju Penyembahan kpd Tuhannya Manusia (Rabbul 'Ibad). Dan keluarnya seorang manusia dari sempitnya dunia, menuju luasnya Dunia dan Akhirat ..

    (KabarDuniaIslam)
===================================================
shared Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]'s status.
APALAH ERTINYA MERDEKA.

Apalah ertinya merdeka,
Andai terpaksa berhutang 35 tahun untuk memiliki rumah,

Apalah ertinya merdeka,
Andai terpaksa berhutang 9 tahun untuk memiliki kereta,

Apalah ertinya merdeka,
Andai dilayan seperti penjenayah kerana cuma berhutang untuk belajar,

Apalah ertinya merdeka,
Andai penjenayah dilayan lebih baik daripada mahasiswa,

Apalah ertinya merdeka,
Andai bangla lebih bebas kemana berbanding anda yang dihimpit hutang,

Apalah ertinya merdeka,
Andai terpaksa menjadi penjenayah demi untuk hidup dan maruah,

Apalah ertinya merdeka,
Andai anda terpaksa mingrasi demi mencari sesuap nasi,

Apalah ertinya merdeka,
Andai rakyat lebih hiraukan nasib orang lain berbanding jirannya yang menderita,

Apalah ertinya merdeka,
Andai terpaksa berhutang ribuan ringgit untuk berkahwin,

Apalah ertinya merdeka,
Andai menjadi muflis ketika usia muda,

Apalah ertinya merdeka,
Andai jenayah berlaku dimana-mana,

Apalah ertinya merdeka,
Andai terpaksa menggadai dara demi mencari rezeki,

Apalah ertinya merdeka,
Andai pemimpin dan raja terus bermewah di eropah sedang anda cuma menghitung hari untuk mati,

Apalah ertinya merdeka,
Andai harga makanan dan perkhidmatan terus naik menggila,

Apalah ertinya merdeka,
Andai cuma 2,3 ekor menjadi jutawan dan billionwan sedang jutaan terus menderita,

Apalah ertinya merdeka,
Andai tiada kebebasan walau cuma untuk berkata,

Apalah ertinya merdeka,
Andai sengketa antara kita terus melebar kerana si bodoh terus berkuasa,

Apalah ertinya merdeka,
Andai sentimen agama dan bangsa terus menjadi rencah utama sedang kita cuma makan nasi saja,

Apalah ertinya merdeka,
Andai kita memandang orang lain hina sedangkan kita lebih terhina dan dihina,

Apalah ertinya merdeka, . . . .

oleh - Idris Abdul Rashid
==================================================================

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: