بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .

TID
BIT PARENTING PRIHATIN 10 : AJAR ANAK BEKERJA
Anak terbentuk mengikut acuan kita. Jika kita tidak didik anak bekerja mereka akan jadi MALAS dan tidak kreatif. Jika kita tidak rajin menegur sejak awal, mereka akan jadi degil. Jika kita jarang senyum pada mereka mereka akan membentuk wajah yang sentiasa masam dan macam macam lagi.
Ada orang sayang anak, mereka biarkan anak jadi raja. Anak tunjuk itu kita beli, anak tunjuk ini kita beli. Anak nak itu dapat, anak nak ini dapat. Berbeza dengan pendekatan yang kami jalankan. Walaupun kami sayang anak kami, walaupun ada yang mampu berikan apa yang anak mahukan tetapi kami bertindak untuk berundur ke belakang mengikut cara dan uswah orang-orang Jawa dahulu yang MENDIDIK anak berbanding MEMBELA (ternak) anak.
Jika kita nak TERNAK anak, kita akan pastikan mereka cukup makan, pakai juga cukup gembira BERSUKARIA. Jika bela lembu, hujungnya kita boleh sembelih dan makan tanpa ada rasa bersalah atau kasihan kepada lembu itu. Tetapi, takkan anak mahu kita lakukan sama sahaja dengan lembu? Ironinya, lembu pun boleh di didik untuk membajak sawah.
(JANGAN MARAH KAMI SEBAB SELEPAS FATIHAH, KITA ADA SURAH lEMBU).
Tulisan Arab, bahasa quran telah di`Melayu'kan melalui tulisan Jawi / Jawa. Sejarah “Wali Songo” juga membawa peranan pendidikan gaya Jawa "Totok" walaupun bukan semua 9 Wali itu dari suku Jawa. Ia datang dari jaluran Islam yang dipraktis secara istiqomah. Setelah roboh legasi Kota Melaka, Wali Songo antara sekumpulan ulama akhir sebelum kegemilangan Islam berkubur dengan pemansuhan Sistem Islam berKhalifah dan ditukar kepada sekular pada tahun 1924. Selepas itu Islam tiada kemudi dan terpisah-pisah.
Pendidikan bukan sekadar di sekolah. Amat mudah kerja ibu bapa jika semuanya dilonggok ke sekolah untuk mendidik anak mereka. Jika anak jadi rosak, tuding jari pada sekolah. Diri sendiri tak mahu muhasabah melihat kelemahan diri.
Anak-anak kami dari mula faham bahasa sahaja telah kami berikan tugas. Bayarannya hanya pujian, pendidikan dan kasih sayang sahaja. Contohnya Anakanda Jannah dan Siti Hajar yang baru berusia 3 tahun, setiap hari kita tugaskannya untuk menyusun kasut dan selipar saja. Bersesuaian dengan umur mereka. Untuk yang besar sedikit seperti Anakanda Ain Mardiyah & Damia, pada usia 7 tahun mereka dah boleh mula menolong kemasan rumah dan dapur. Anak yang sebesar Sarah Sofiah, NurHani, Fatini pula dah mula menolong memasak. Nik MohdHarrazi, Hakim, Irfan dan mereka yang berada di sekolah menengah dah mula turun tangan dalam pembinaan rumah, bengkel kereta, kerja kayu, welding dan banyak lagi.
Dengan cara itu, mereka mampu membina "Sense of Belonging" , “Sense of Engineering” dan kreativiti tangan secara semulajadi sejak awal.
Dalam gambar yang di ambil semalam ini ialah Mohd Raimie Masjuki Pencinta Damai. Beliau sedang bercuti dari pengajian di UITM. Masih mengekalkan CGPA tertinggi sehingga kini. Waktu ini beliau mengerjakan kerja-kerja mengecat kereta untuk dijual. Cuti sebelum ini, beliau dilatih secara intensif untuk mengecat kereta. Walaupun cara Jawa ni agak kasar sikit, sebagai pelajaran yang menyerikkan bagi kesilapan atas kecuaian yang berulang, tapi hasilnya nyata. Sepanjang cuti sahaja, Raimie atau mesra kami panggil Uda mampu menyiapkan kereta yang dengan hasil lebih dari RM25k sebulan (Jika dia bekerja sendirilah). Oleh kerana Uda bekerja dengan Prihatin, satu sen pun beliau tak ambil upah, HANYA kerana "sense of belonging" dalam mengutamakan pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin yang membelanjakan RM35-45 Ribu sebulan.
Bukan itu saja, Uda juga mahir dalam bidang welding, konkrit bahkan cekap mengendalikan KESEMUA mesin ringan dan jentera berat yang digunakan di Prihatin. Beliau juga antara MC, DJ, pemuzik, pemain kompang, vocal utama selawat dan marhaban, multimedia, serta sound engineering terbaik yang mengurus high level PA & Video System milik Prihatin menggantikan peranan bapa-bapa. Sekali sekala ada orang sewa PA System atau panggil jadi DJ, semua bayaran diserah kepada Prihatin juga.
Bukan Uda sahaja, Mohd Abid, Muhamad Dinie, Hani, Harraz, Hakim, Irfan, Syafaat Yazid, Afiq Aisar dan ramai lagi. Semuanya tidak terjadi begitu sahaja. Mereka memerhatikan ibu dan bapa mereka bekerja sama dengan penuh semangat berkasih sayang dan mereka juga ikut bekerja.
Masalah utama ibu bapa moden sekarang, Mereka menyuruh anak mereka mengemas, mereka sendiri menyepah. Mereka suruh anak bekerja tapi mereka sendiri PEMALAS.
CUBA mulakannya dari kecil dan mereka akan membesar dengan kerajinan yang semulajadi. Boleh juga anda cuba dengan anak dara dan bujang anda, cuma mungkin liat sedikit sehingga mampu membentuk habit yang dah jadi habitat dalam diri mereka ini. Anda akan bahagia nanti anak anda jadi seperti anak di Prihatin, anak-anak jadi rungsing kalau tak diberi kerja.
Jika dahulu, kami pengasas-pengasas terpaksa lakukan kesemua kerja dan anak masih kecil memerhatikan kita sambil menolong sedikit sekali sekala di sana sini. TETAPI hari ini, jika kami nak buat majlis keramaian, kami HANYA PERLU CAKAP SAHAJA kerana selebihnya anak-anak yang uruskan. Dari PA system, dekorasi, susunan meja, memasak, persembahan, montaj video dan banyak lagi. Kami bapa-bapa pengasas yang 20 ini hanya pasang badan pakai baju cantik-cantik untuk sambut tetamu.
Bukannya kami tak mahu lakukannya...tetapi anda boleh bayangkan jika kami nak turun tangan buat kerja-kerja sahaja terus anak-anak besar datang sambar dan berkata "Ayah-ayah mandi dan pakai baju cantik-cantik, biar kami buat semua ni". Kami hanya senyum melihat hasil yang terbentuk dari penerapan kerjatangan pada anak-anak.
Inilah juga faktor yang meyakinkan kami bahawa PRIHATIN tidak akabn berkubur setelah kami semua 'tiada lagi' di mukabumi ini. Mereka inilah juga yang kami harapkan untuk menemani hidup anak-anak anda, terutama yang sudah mula prihatin dengan kerjabuat Prihatin dan belum dapat kami terima masuk anak-anak untuk di didik. Allah itu Maha Adil dan menapati JANJI.
Rupanya tak susah kalau kita ada ANAK RAMAI pun jika semuanya kita biasakan dengan kerjatangan. YANG SUSAH jika dari kecil anda RAJAkan anak-anak sehingga jika anda ada anak 4 orang sahaja pun dah cukup pening kepala kerana di rumah anda ada 4 orang raja…
Itu tak termasuk kalau ISTERI PUN NAK JADI RAJA JUGA...!
Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN
Sumber: (FB Warga
Prihatin). Anak terbentuk mengikut acuan kita. Jika kita tidak didik anak bekerja mereka akan jadi MALAS dan tidak kreatif. Jika kita tidak rajin menegur sejak awal, mereka akan jadi degil. Jika kita jarang senyum pada mereka mereka akan membentuk wajah yang sentiasa masam dan macam macam lagi.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf,
lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan
(perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah:
263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami
nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta
orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).

Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
>>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan