Sabtu, 7 September 2013

1553. Dapat pun aku...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 

Kasar bahasanya "Padan muka aku". Huhuhu. Hari ini baru aku tahu langit itu tinggi rendah. Itu pun kalau aku faham. 

Aku kan ego. Mana ada rasa diri berlaku takbur, munafik dan pelbagai. Hampa?. Aku megah istiharkan tak kecewa pun. Itu pun kalau aku faham. 

Hari ini aku ada panggilan temuduga sambung belajar. Andai berjaya dalam temudaga tersebut, kena bayar pendaftaran terus sebanyak RM300.00. Bagusnya, bapak aku tanya RM300.00 tuu sapa nak bayar?. Indahnya, aku laju je jawab "Entah!." Bapak aku sambung cakap lagi "Aku dah serik nak bayar macam itu lagi". Kesal aku bergegas balik dari KL last night. Hehehe.

Sebabnya... Sebelumnya aku dapat tawaran sambung belajar. Pendaftaran RM400.00 Bapak aku bekalkan RM450.00. Lepas daftar itu aku lesapkan diri, ikut kawan. Pelaburan RM400.00 bapak aku tuu, aku sia-siakan begitu sahaja. Itu pun kalau aku faham. Hohoho.

Aku kembali ke rumah setelah jaminan RM2000.00. Itu pun kalau aku faham. Hahaha. 

Kemudian dapat tawaran sambung belajar lagi. Aku ikut sekerat jalan, kemudian pihak kolej singkirkan aku, setelah bapak aku lebur RM950.00 tak sampai sebulan aku berada di kolej tersebut. Elaun yang aku dapat setiap bulan RM500 aku maklumkan kepada bapak aku, aku belum dapat lagi. Padan muka bapak aku kena tipu bulat-bulat. Hekhekhek. 

Seronok berkawan, terutama waktu suka-suka. Hahaha itu pun kalau aku faham. Waktu sepatutnya untuk persiapan Hari Raya bapak aku, ada lah pada tahun tuu, musnah buat bayar saman RM600 untuk dua kesalahan jalan raya. Kawan aku yang bersekongkol masa tuu lepas tangan terus sampai hari ini cuma bayar RM50.00. Alasannya sudah tak kerja. Semua bapak aku tanggung. 

Aku sejak zaman sekolah sudah beberapa kali kena hukum buang sekolah, gantung asrama dan pelbagai. Itu pun kalau aku faham. Huwek huwek huwek. Rupa-rupanya aku sudah tiada jaminan dan sudah tidak dipercayai lagi, sebab sikap aku tidak pernah berubah. Subuh tak bangun dan tidur sampai dekat tengahari, padahal itulah perkara pertama yang paling bapak aku tak suka, tapi aku buat selalu. Hehehehe. Itu pun kalau aku faham.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 
>>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: