Isnin, 9 September 2013

1576. Ayahanda pekida?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 

Monday, September 9, 2013

Nik Aziz adalah ayahanda PEKIDA? - biar betul...

Saya selaku ahli baiah yang berpangkat Abang Long ingin menegur diri saya dan juga semua ayahanda yang di bai’ah.

Dewasa ini kita lihat ramai ahli kita sudah jauh terpesong. Melakukan maksiat bukan menjadi satu larangan buatnya. Di mana badan bertidak yang sudah di lantik? Tidur nyenyak di buai maksiat atau sudah lama berkubur tanpa nisan. Sedih yang teramat.

Sejak kematian Pak Long Burung, tentera-tentera 30 seolah-olah menjadi retak seribu.

Memang Pak Long Burung juga bukan Ayahanda yang hebat, seperti Ayahanda Nik Aziz dan juga Ayahanda Harun Sani Mufti Perak. Tetapi titik tolak ini berlaku sejak dari itu. Seolah-olah pintu kambing sudah dibuka. Banyak sungguh serpihan 30 di tubuhkan. Mula dengan Pekida, Sahabat dan sekarang ini geng panji hitam pula. Memang atas kertas, perjuangan nampak baik. Sufi sungguh. Tapi hakikatnya, hancur dan jijik.

Sebagai Ayahanda, abang long, kita ini tergolong dalam golong terawal merentas titian siratul mustakim. Tidak takutkah kita. Ayahanda yang asalnya hanya ada 16, tapi kini sudah beribu. Di Melaka saja sudah dengar ada 77 orang ayahanda. Agaknya pangkat ayahanda ni boleh jual dekat pasar malam.

Kita bukan berjuang untuk pangkat. Bukan untuk harta dan kuasa. Tapi Alif,baa,taa. Apa butakah kita sampai tak lihat mana yang baik, mana yang tidak. Sudahlah tidak membanteras kejahatan, tapi menepuk dada seolah-olah perwira bangsa. Lakanatullah Ayahanda seperti ini. jangan di cium tangannya sebagai ayahanda. Munafik kamu!

Setakat pakai songkok, berjalan diiring oleh pengikut, menyalak seperti anjing, sudah di panggil Ayahanda perwira. Munafik kamu!!!

Sebagai ayahanda, kamu ketua. Harus tunjuk ahklak yang baik. Jadi orang yang menjadi contoh baik. Kalau dulu kamu kaki tonggang arak, berubahlah jadi orang yang memegang biji tasbih. Jadi pemikir idealogi yang baik. Membantu anak-anak bangsa supaya menjadi baik. Bukan bila sudah jadi ayahanda makin mahal arak di tonggangnya.

Saya menyeru seluruh ahli bai’ah yang sebenar,yang berjanji akan dilaknat oleh Allah jika melakukan kemungkaran. Sama-sama kita berdoa, hapuskanlah sifat jahat di dalam persatuan 30 ini, jika ada yang masih mengamalkan kemungkaran, insafkanlah mereka, dan jika mereka degil, laknat saja mereka.

Pemutihan harus bermula dari peringkat Ayahanda!!! - PEKIDA BATU 4 JLN KAPAR, KLANG



Sumber: (Ayahanda-pekida-biar). 
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 
>>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: