12 September, 2013
Karpal Singh Bawa Video Lucah Ke Dalam Parlimen
Rahsia terbesar mengenai pita video lucah yang dibentangkan peguam
Karpal Singh (gambar) dalam Dewan Rakyat pada tahun 1992 akhirnya
terbongkar.
Bimbang pita tersebut tidak akan diterima dan kemungkinan didakwa kerana memiliki bahan lucah, Karpal merencana pelan bantuan.
Beliau membawa masuk ke Dewan dengan sebotol petrol dan disimpan dalam
bekas logam dibina khas yang dipasang dengan kemas dalam beg
peribadinya.
Pelan ini adalah untuk menggunakan bekas tersebut untuk memusnahkan
bukti di dalam dewan parlimen ketika ia dibahaskan jika Speaker, atau
salah satu timbalan beliau mempengerusikan sesi, enggan membenarkan
pembentangan pita video itu.
"Saya pada awalnya melakukan ujian ringkas di dalam pejabat saya untuk
memastikan pita video tersebut boleh dimusnahkan serta-merta jika ia
dikembalikan kepada saya," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Cerita itu yang tidak diketahui umum didedahkan oleh Karpal dalam buku
biografinya setebal 325 muka surat, yang dikarang oleh wartawan New
Zealand, Tim Donoghue.
Buku berjudul "Karpal - The Tiger of Jelutong" telah dilancarkan di
sebuah hotel ibu kota Sabtu lepas oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Ahli politik berusia 73 tahun itu yang terpaksa menggunakan bantuan
kerusi roda akibat kemalangan jalan raya pada 2005 berkata beliau
mengetahui pihak polis akan menunggunya di luar Parlimen untuk merampas
pita dan kemudiaan mendakwanya.
"Saya tidak mempunyai pembelaan. Saya mungkin didapati bersalah di bawah
Akta Penapisan Filem yang membawa kepada denda hampir RM10,000," kata
beliau, serta menambah kemungkinan hilang pekerjaannya sebagai peguam
dan dilucutkan jawatan sebagai ahli Parlimen.
Pada 20 Julai 1992, beliau mengambil peluang untuk menyerahkan pita
tersebut kepada Timbalan Speaker Datuk Seri Ong Tee Keat yang sedang
mempengerusikan sidang dewan ketika perbahasan Akta Syarikat.
Semasa perbahasan berlangsung, beliau mengeluarkan pita video daripada beg peribadinya dan berjalan ke arah Ong.
Dengan mengatakan pita video itu adalah hadiah kepada rakan-rakan ahli
Parlimen, Karpal lega kerana menjangka Ong sedia menerima dan
menyifatkannya sebagai sebahagian daripada prosiding Parlimen.
Beliau berkata mendiang Speaker Tun Mohamed Zahir Ismail kemudiannya
telah meminta beliau untuk mengambil kembali pita itu tetapi ditolaknya.
"Seorang pegawai polis juga datang untuk merekodkan kenyataan saya
tetapi saya enggan kerana kejadian itu berlaku di dalam rumah, " katanya
merujuk kepada hak istimewa yang dimilikinya dalam Parlimen.
Karpal berkata beg peribadinya tersebut kekal di dalam kawasan Parlimen sehingga ia diserahkan kepada pihak polis.
Pada Disember 1989, Karpal menuduh bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat
D.P. Vijandran terlibat dalam video lucah sehingga menyebabkan beliau
digantung daripada menghadiri sidang Parlimen atas dakwaan melakukan
pembunuhan watak.
Setahun sebelum itu, satu laporan polis telah dibuat berikutan penemuan
11 pita video dan empat sampul surat mengandungi 2,000 gambar-gambar
yang dicuri daripada peti simpanan rahsia Vijandran selepas rumah
disamun.
Pada bulan Januari tahun 1990, pengarah CID Tan Sri Zaman Khan
mendedahkan pihak pendakwa raya telah mengarahkan pita video dan
gambar-gambar tersebut dimusnahkan.
Karpal berkata malahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga bertanya dimana beliau memperolehi pita tersebut.
Pita video tersebut yang diserahkan Karpal kepada Dewan Rakyat
kemudiannya menjadi asas kepada suatu penyiasatan polis yang akhirnya
membawa kepada sabitan Vijandran ini dalam satu kes saman sivil kerana
menghasilkan bukti pada tahun 1994.
Karpal, yang merupakan saksi pendakwaan, akhirnya mendedahkan individu
tidak dikenali telah menelefonnya ketika beliau berada dipejabat
guamannya di Pulau Pinang dan memintanya untuk mengutip pita video yang
ditinggalkan di depan pintu pejabatnya.
Vijandran didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh tetapi Mahkamah
Rayuan pada tahun 1999 dia membebaskannya kerana kekurangan bahan bukti
dalam pendakwaan kes tersebut.
Pada majlis pelancaran itu, Donoghue menggambarkan Karpal adalah seorang individu yang lurus dan suka berjenaka.
Beliau berkata ketika sedang mencari penamat kepada buku tersebut,
Karpal terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan tulang belakangnya
patah ketika beliau di dalam sebuah teksi di Pulau Pinang.
Donoghue berkata selepas mendengar tentang kemalangan tersebut, beliau mengganggap buku itu tidak akan diterbitkan.
Buku tersebut dijadualkan keluar pada 1999 tetapi ia ditangguhkan
selepas Karpal tewas di kerusi Parlimen Jelutong dalam pilihan raya umum
pada tahun itu.
Buku biografi tersebut menceritakan pertarungan perundangan serta politik yang dihadapinya selama 40 tahun. ~the malaysian insider
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..™
Tiada ulasan:
Catat Ulasan