بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Itu tandanya dunia semakin dekat kepada Kiamat. Orang
Islam lebih percaya munafik dan khafir dari Saudara seIslamnya.
Friday,
September 13, 2013
Mesir
: Sebuah Rangkaian Pembohongan
Adalah merbahaya untuk menjadi rakan kepada Amerika Syarikat
di Timur Tengah. Suatu fakta bahawa kerajaan Amerika lebih mengetahui situasi
Timur Tengah berbanding mana-mana pemain politik di dunia Arab, bermula dengan
kawan terbaik Amerika! Strategi ini mudah : tutup jejak anda, lupakan sejarah,
jangan biarkan kebenaran menghalangi jalan.
Sejak 60 tahun yang lalu, Amerika Syarikat telah menyokong
tentera Mesir dan rejim-rejim diktator berturut-turut (Nasser, walaupun
hubungan yang tegang, kemudian Sadat dan Mubarak) yang melindungi kepentingan
geostrategik mereka, menggalakkan "keselamatan serantau" dan, sudah
tentu, mempertahankan Israel. Tiada apa-apa yang telah berubah: pentadbiran
Amerika adalah dalang di sebalik rampasan kuasa tentera 30 Jun, yang telah
dirancang sejak awal lagi melalui arahan tentera atasan dan sekutu-sekutu awamnya,
termasuk Mohammed el-Baradei. Seawal 2008-2009 el-Baradei, salah seorang aset
strategik Mesir utama Amerika, telah maju ke hadapan secara sembunyi.
Dalam ‘My Islam and Arab Awakening’ saya ada menerbitkan komen-komen dari
pegawai-pegawai Amerika mengenai beliau dan penglibatan beliau dalam Gerakan 6
April. Pada hari rampasan kuasa, Amerika enggan menggambarkannya sebagai
rampasan kuasa supaya sokongan kepada tentera sekutunya dan struktur kuasa
politik baru tidak terjejas. Setiausaha Negara AS, John Kerry hanya mengesahkan
perkara yang para penganalisis sudah pun tahu penipuan tersebut, apabila dia
menyatakan beberapa hari selepas 30 Jun bahawa tentera telah "memulihkan
proses demokrasi." Tidak ada keraguan bahawa kerajaan AS menyokong
sepenuhnya tentera Mesir. Sekutu-sekutu serantau Amerika begitu pantas
mengambil tindakan : berbilion ringgit dicurahkan dari Arab Saudi, UAE dan
Kuwait.
Menutup jejak menjadi strategi pilihan. Secara domestik, mesin propaganda di
dalam gear yang tinggi : "Amerika Syarikat telah campur tangan dalam hal
ehwal Mesir dengan menyokong Ikhwan Muslimin (IM)". Penguasa politik baru
(presiden sementara, Perdana Menteri dan sudah tentu, El Baradei) memainkan
bahagian mereka dengan sempurna : Mereka mendakwa "dikecewakan"
disebabkan kekurangan sokongan Amerika. Dalam ‘Washington Post’ dan tidak dalam
akhbar Mesir, Jeneral As-Sisi -walaupun menghairankan- menuduh kerajaan Amerika
Syarikat meninggalkan beliau : "Anda berpaling tadah daripada rakyat
Mesir, dan mereka tidak akan pernah melupakannya" Washington Post , 3 Ogos
2013.
Ia adalah satu langkah pertama yang bijak, berjaya menipu sebahagian penduduk
Mesir. Tindakan ini menjadikan tentera dan kerajaan peralihan seolah-olah
menjadi perajurit yang berani dan bebas (tanpa sokongan luar), manakala ejen
Amerika dan kuasa-kuasa asing kononnya bersama-sama menyokong Ikhwanul
Muslimin. Amerika jelas memahami kuasa propaganda itu, dan isyarat simbolik
diperlukan untuk menampakkan propaganda kelihatan meyakinkan. Tetapi ia
merupakan satu pembohongan sejak dari awal hingga akhir.
Fakta-fakta dan angka-angka yang dihasilkan adalah satu pembohongan yang lebih
besar : 30 juta rakyat Mesir turun ke jalan-jalan, dakwa mereka, dan 16 juta
menandatangani petisyen anti-kerajaan Mursi. Dari mana datangnya angka-angka
ini, lalu dihebahkan dengan begitu meluas dalam media? Apabila membandingkan
imej jemaah haji ke Mekah dengan imej-imej yang dikeluarkan tentera Mesir pada
30 Jun (yang dihantar kepada agensi-agensi akhbar di seluruh dunia : Google
mengatakan mereka tidak menyiarkannya), pakar-pakar menganggarkan jumlah yang
keluar berprotes tidak lebih daripada 4 atau 5 juta. Malah, angka 30 juta sama
sekali tidak masuk akal, begitu juga dengan 16 juta tandatangan petisyen,
terutamanya bagi sesiapa yang biasa dengan keadaan sosial di bumi Mesir.
Propaganda baru; pembohongan baru.
Tidak dinafikan, jelas ramai rakyat Mesir yang kecewa dengan situasi semasa,
diburukkan lagi dengan gangguan elektrik dan kekurangan petrol sebelum 30 Jun,
yang tiba-tiba berakhir sehari selepas rampasan kuasa. Tetapi pergerakan protes
yang telah meledak dengan begitu pantas amat menghairankan. Hampir sebulat
suara rakyat Mesir -dijadikan cerita-mengisytiharkan sokongan kepada pembebas
itu, jeneral As-Sisi, demokrat agung yang kononnya tiada langsung kaitan dengan
Amerika Syarikat. Manakala ‘International Herald Tribune’ mendedahkan dalam
beberapa hari kemudian, hubungan rapat as-Sisi dengan Amerika Syarikat dan
Israel (3).
Bagi memastikan propaganda berjalan lancar, adalah penting untuk menunjukkan
bahawa penunjuk perasaan hari ini hanyalah sebagai penyokong Presiden Muhammad
Mursi, ataupun sebagai ahli Ikhwanul Muslimin. Hakikatnya rakyat Mesir tidaklah
semuanya bodoh, melihat golongan "demokrat" yang menyokong tentera
atau "Islamis" yang menyokong IM. Pembohongan ini disumbat kedalam
kerongkong kita oleh media Mesir dan Barat, direka untuk mengaburi dimensi
ideologi demonstrasi menentang rampasan kuasa.
Dalam semua bandar-bandar di Mesir (yang berlaku demonstrasi menentang rampasan
kuasa), bukan semuanya ahli atau penyokong Ikhwan Muslimin. Mereka adalah
wanita dan lelaki, di samping golongan sekular dan Islamis, koptik dan muslim,
belia serta orang tua yang menolak manipulasi dan kembali kepada pemerintahan
tentera atas nama "demokrasi." Ramai orang muda sememangnya, dan
tetap kritikal pada Dr Mursi dan Ikhwan Muslimin serta dasar-dasar mereka,
tetapi tiada apa yang naif tentang pemahaman mereka dalam pertaruhan politik.
Malah, protes besar-besaran yang berterusan kelihatan seperti sepana yang tidak
dijangka dalam kerja-kerja strategik tentera Mesir, kerajaan sementara dan
sekutu mereka Amerika. Limpahan himpunan rakyat non-keganasan menentang
'"demokrasi" rampasan kuasa tentera yang dijalankan telah menyebabkan
banyak pihak tergamam.
Tetapi tunggu! Kita tambah satu lagi pendustaan, mereka mendakwa bahawa
penunjuk perasaan bukan hanya ahli Ikhwan Muslimin, malah pelampau yang bekerja
secara tersembunyi dengan "pengganas" Hamas (helah propaganda yang
tidak pernah gagal di Barat) yang tidak akan teragak-agak untuk menggunakan
kekerasan. Menteri Luar, Nabil Fahmy, mempertaruhkan kepercayaan orang awam
apabila dia mendakwa bahawa ‘Amnesty International’ menyatakan penunjuk
perasaan bersenjata atau menyembunyikan senjata. Amnesty International segera
menerbitkan kenyataan tajam menafikan dakwaan beliau.
Pihak berkuasa Mesir baru-baru kini cuba untuk memburukkan penunjuk perasaan
secara aman; semasa pembunuhan beramai-ramai 8 Julai, apabila polis melepaskan
tembakan ke arah orang ramai yang tidak bersenjata di atas nama pembelaan yang
sah. Satu kempen media baru kini sedang dijalankan : Jika kerajaan berhasrat
untuk membersihkan jalan-jalan-penunjuk perasaan-seperti yang didakwa
mereka-penunjuk perasaan mestilah digambarkan sebagai berbahaya dan kejam,
sebagai "pengganas."
Media Barat malangnya cukup suka untuk mengikut rentak tentera Mesir dan pihak
berkuasa tempatan. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari-hari yang akan
datang, tindakan ganas oleh kumpulan ‘pelampau’ atau ‘pengganas’ yang kecil dan
tidak dikenali (perkhidmatan rahsia Mesir adalah laluan utama pada ramuan
segera untuk "pertempuran" atau "serangan") boleh digunakan
untuk mewajarkan tindakan polis dan tentera secara besar-besaran (ketika cuba
untuk mengelilingi dan mengasingkan penunjuk perasaan). Pembohongan besar
seterusnya : Pasukan tentera hanya mempertahankan diri mereka.
Seperti yang saya selalu tekankan, golongan Islamis tidak boleh dikecualikan
daripada kritikan. Keadaan di Timur Tengah seperti kubur; masa depan kelihatan
keruh. Ia seolah-olah projek untuk membawa demokrasi ke rantau ini, seperti
yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat George W. Bush pada 2003, akan
membawa kepada ketidakstabilan serantau seperti yang dimodelkan melalui
"pembebasan" Iraq. Sistem politik dan rejim akan dilemahkan, sumber
minyak dan mineral diperoleh, dan Negara Israel, mengiringi satu lagi episod
"proses damai" akan meneruskan strategi kolonialisasi mereka. Iraq,
Syria, Mesir, Libya, Tunisia, Yaman (dan juga Sudan) telah pun terperangkap
dalam pergolakan ini; negara-negara Teluk pula beroperasi dalam kawalan dan
pantauan.
Harapan diletakkan begitu tinggi bahawa Barack Obama akan menjadi presiden yang
membawa pembaharuan dan keterbukaan dasarnya. Namun sebaliknya yang terjadi.
Rekodnya begitu menyedihkan! Noam Chomsky telah menyatakan, Obama hanya telah
melakukan lebih sedikit daripada presiden-presiden terdahulu untuk
menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Malah, dia tidak mencapai apa-apa. Imej
beliau sebagai Presiden Afrika-Amerika yang menarik, pemidato yang berbakat
yang telah terbukti hanya skeptikal seperti yang sebelumnya. Sementara itu,
penipuan terus berjalan; rakyat Mesir, seperti Iraq, Syria dan Palestin, harus
ingat bahawa kerajaan AS bercakap benar apabila ia menegaskan bahawa ia tidak
suka sesuatu yang lain kecuali 'demokrasi.'
Dalam menghadapi pembohongan ini, penunjuk perasaan secara aman -wanita dan
lelaki, sekular dan Islam, golongan koptik dan umat Islam, agnostik dan ateis-
adalah ekspresi sebenar kebangkitanMesir. Mereka harus berdiri teguh, tanpa
senjata; menolak pembohongan, propaganda dan manipulasi, mereka mesti menjadi
penentu kepada nasib mereka sendiri.
Sumber :
(www.TariqRamadhan.blogspot.com)
- #mesirkini
(Bohong).
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
copyright©
s3v3n
copyright©
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan