Ahad, 15 September 2013

1687. Menggali kubur. Penggalinya sudah segerombolan siap!.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Kubur PAS sedang digali

Sejak pertemuan beberapa pemimpin PAS dengan wakil-wakil umno sebaik sahaja PR memenangi pilihanraya 12 di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan perlu dirujuk oleh semua penyokong PAS, PKR dan DAP.

Pemimpin-pemimpin PAS yang bersetuju bertemu dengan wakil-wakil umno itu perlu dilihat sebagai pengkhianat parti. Yang kena sembelih hanya Hassan Ali sedangkan beberapa pemimpin lain tidak diambil tindakan. Mereka masih bermaharajalela dalam parti dan melancarkan 'jarum dari dalam' untuk meneruskan cita-cita mereka menjadikan PAS sebagai hamba umno.

Kelompok yang diberi jolokan UG ini disedari masih wujud dalam PAS. Dari akar umbi hingga kepada pemimpinan tertinggi parti. Kata-kata Nasharuddin Mat Isa dan Hassan Ali harus diingat sampai bila-bila. Kedua-dua mereka ada memberi 'hint' bahawa PAS akan musnah oleh kelompok UG ini walaupun tidak secara langsung (tetapi berkias).

Kini sudah mula timbul desakan agar kerjasama dengan PKR dikaji semula. Kelompok ini semakin menunjukkan diri mereka. Apa tujuan sebenar seruan itu dibuat? Adakah kerana dalam PKR ada parti yang dituduh memuja Lenin dan komunisme????; atau????

Rasanya lebih Islamik jika mereka berterus terang kepada umum. Jika mereka mahu mendesak kepimpinan tertinggi menyertai UMNO semula, eloklah diperkatakan sahaja. Jangan jadi bacul.

Seronok bukan main kelompok UG ini apabila seruan itu dibuat secara terbuka. Apa tidaknya jarum sudah masuk cuma menunggu masa untuk tembus.

Kekuatan PAS

Sejak pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet Magadeath, PAS menjadi tumpuan orang-orang melayu Islam yang membenci kekejaman ke atas Anwar Ibrahim dan keluarganya. Daripada individu yang berlatar belakangkan agama hinggalah kepada kutu brahak yang tidak tahu apa-apa juga turut menyertai PAS.

Pada pandangan mereka PAS adalah parti Melayu kedua selepas umno. 'Melayu' masih menjadi teras mereka dalam berpolitik. Apabila kedudukan umno mula goyah dan kalah di beberapa negeri di Semenanjug dalam PRU12, kelompok ini adalah yang paling mengelabah. Mereka mula berfikir mengikut cara umno yang pernah didukung mereka.

"Cina akan memerintah" adalah satu-satunya ketakutan mereka. Kebodohan lama berulang kembali. Muncul ayat-ayat bangang ala pencacai yang berbunyi, "Malaysia akan jadi macam Singapura!" sehingga mereka terus lupa bahawa Pulau Pinang memang sejak sekian lama di bawah pemerintahan Cina.

Susah nak ajar makhluk-makhluk macam ini...,
Tidakkah mereka tahu bahawa seandainya Pulau Ketam diangkat menjadi sebuah negeri maka Pulau Ketam juga akan diberikan kepada pemerintahan parti cina kerana majoriti penduduknya adalah orang-orang cina. Itu adalah cara Malaysia.

Pilihanraya 13 adalah kemuncak kebangkitan UG ini. Dengan Hassan Ali memulakan langkah menyokong umno diikuti oleh Nasharuddin Mat Isa walaupun mereka tidak menganggotai umno. Sementara yang lain masih memilih untuk bersama PAS (berpura-pura). *Munafikun?.

Kesilapan hingga membawa kepada pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan adalah sesuatu yang disengajakan oleh kelompok UG dalam PAS. Jika ianya adalah kesilapan maka masih ada ruang untuk mereka menarik diri sebelum pilihanraya berlangsung. Tetapi mereka tidak berbuat demikian.

Alasan-alasan yang diberikan oleh Harun Taib dalam gesaannya...

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Kebijaksanaan apakah yang mendorong perkara ini menjadi alasan kepada gesaan beliau? Ke manakah semua undi itu pergi? Adakah kepada PKR? Jika kepada PKR atau DAP pastinya Kedah tidak akan jatuh kepada BN.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun.

Fikir semula, berapa banyak kerusi yang dimenangi PAS sebelum bersama PR... Sila rujuk keputusan pilihanraya 10 dan 11.

Sajauh manakah kekuatan sebenar PAS?

Adakah PAS memerlukan UG ini untuk terus mendominasi melayu Islam dalam dunia politik tanah air? DAN kuat benarkah PAS tanpa PR?  Fikir!!!!!!!

Jika ahli-ahli PAS mahu PAS terus hidup sebagai PAS yang benar-benar memperjuangkan Islam dan bukannya melayu; Semua kepimpinan yang termakan racun UG harus ditendang keluar termasuk TGHH sekali jika dia turut terlibat.

ADA OTAK SILA BERFIKIR, JANGAN SAMPAI KENA TAJI DENGAN UNGKAPAN 
" KEPALA WOTAK LU!"
Sumber: (kubur PAS sedang digali) .

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
dfrg.

Tiada ulasan: