Ahad, 15 September 2013

1694. Ghaznul Fikri - Tajdidkan akal yang terbantut.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku. 

Fenomena Ghazwul Fikri [Perang Pemikiran] dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh Allah S.W.T., Tuhan yang menciptakan kita.. Supaya umat Islam semakin jauh dengan Al Quran dan Hadis.

Ghaznul Fikri - Tajdidkan akal yang terbantut.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. 

Dia menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. 

Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan. Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka katakanlah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. 

Beberapa ketika kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang ambil perhatian. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. 

Bila diulang-ulangkan seperti tadi, tentu sahaja murid-murid tadi menjadi keliru dan kekok dan sangat sukar untuk mengubahnya. 

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa ketika, permainan pun diberhentikan. 

Si guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil”

“Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksa kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.”

“Pertama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, 
tapi kerana terus disosialisasikan 
dengan cara-cara menarik oleh mereka, 
akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. 
Kamu akan mulai dapat mengikutinya. 
Musuh-musuh kamu tidak pernah 
berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.” 

“Keluar berduaan, 
berzina, 
berpakaian seksi menjadi hal yang lumrah, 
tanpa rasa malu, 
sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, 
hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”

“Semuanya sudah terbalik. 
Tanpa disedari, 
kamu sedikit demi sedikit menerimanya 
tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. 
Faham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. 
“Faham cikgu..”

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

“Cikgu ada Al Quran, 
cikgu akan letakkannya di tengah karpet. 
Sekarang kamu semua berdiri di luar karpet. 
Permainannya adalah, 
bagaimana caranya mengambil Al Quran yang ada di tengah-tengah tanpa memijak karpet?” 

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet dan diambil Al Quran tersebut. Ia memenuhi syarat dengan tidak memijak karpet.

“Murid-murid, 
begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya.. 
Musuh-musuh Islam 
tidak akan memijak-mijak kamu dengan terang-terang.. 
Kerana tentu kamu akan menolaknya mentah-mentah.”

“Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung kamu perlahan-lahan dari pinggir, sehingga kamu tidak sedar.”

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, 
maka dibina tapak yang kuat. 
Begitulah Islam, 
jika ingin kuat, 
maka bangunlah Aqidah yang kuat. 
Sebaliknya, 
jika ingin membongkar rumah, 
tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, 
tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, 
kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, 
baru rumah dihancurkan..”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. 
Tidak akan menghentam terang-terangan, 
tapi akan perlahan-lahan meletihkan kamu. 
Mulai dari perangai kamu, 
cara hidup, 
pakaian dan lain-lain. 
Sehingga meskipun kamu Muslim, 
tapi kamu telah meninggalkan Ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka lakukan.. 
Dan itulah yang mereka inginkan.”

“Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri [Perang Pemikiran] Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh Allah S.W.T., Tuhan yang menciptakan kita.. ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya, 
dahulu mereka terang-terang menyerang, 
misalnya Perang Salib, Perang Tartar dan lain-lain. 
Tapi sekarang tidak lagi.”

“Begitulah Islam.. 
Kalau diserang perlahan-lahan, 
mereka tidak akan sedar dan akhirnya hancur. 
Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,
mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar.”

Firman Allah S.W.T didalam Surah Al Baqarah ayat 120 yang bermaksud;

“Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.”

MUHASABAH DAN MUJAHADAH....
kredit- Khairana Imani

Sumber: (Ghaznul-fikri-tajdidkan) .

Juzuk : 1Surah : AL-BAQARAHNo. Surah : 2Ayat : 120
Profil Surah : RqrMainM new
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Ayat
Surah
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
   
   
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Never will the Jews or the Christians be satisfied with thee unless thou follow their form of religion. Say: "The Guidance of Allah,-that is the (only) Guidance." Wert thou to follow their desires after the knowledge which hath reached thee, then wouldst thou find neither Protector nor helper against Allah.

Download Terjemahan
dalam Bahasa Malaysia
Download Terjemahan
dalam Bahasa Inggeris
Download Kaligrafi
M2A120E2V120k2120.jpg

:::: Best viewed with 1024x 768 resolution using IE 5.0 and above :::::
Copyright® 2013. All rights reserved. The Government of Malaysia
Al Quran: (WebNotesApp-OpenDocument) .

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 


Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: