Ahad, 15 September 2013

1696. Sampah yang tidak boleh dikitar semula.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Peceq: AKU PUN MALAS HENDAK BACA ARTIKAL INI. POST sekadar untuk yang berminat membacanya. 

15 September, 2013


Artikel Terbaru Utusan Melayakkannya Ke Tong Sampah.. Saksikanlah

Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini menyifatkan kaum Cina telah lama menguasai kekayaan negara sambil menegaskan p pengumuman pemerkasaan ekonomi Bumiputera oleh Datuk Seri Najib Razak semalam tidak mengambil hak kaum lain.
Beliau menjelaskan sokongan pengundi kaum Bumiputera semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu terbalas setelah pengumuman Perdana Menteri meredakan keresahan golongan itu yang merupakan faktor penentu kejayaan Barisan Nasional (BN).“Memperkasakan ekonomi Bumiputera yang merupakan kaum teras lebih 60 peratus meliputi Sabah dan Sarawak bukan satu dosa. 

Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama sektor korporat, perniagaan dan pemilikan aset.“Seperti kata Perdana Menteri, jika kaum majoriti tidak dibela dan merasa diri terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan menikmati keamanan serta kestabilan berpanjangan,” katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Dalam ruangan itu, kolumnis tersebut sempat menyelar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyifatkan mereka telah lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhannya.
“Awang setuju sangat kerana ramai peneraju GLC makin lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhan GLC,” katanya.Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata inisiatif terbaru itu perlu dijadikan lonjakan untuk golongan wanita menjana pendapatan.
Beliau berkata dasar yang diumumkan Perdana Menteri itu selari dengan perjuangan Wanita Umno serta memperjuangkan golongan itu dalam bidang politik dan ekonomi.
"Semua peluang yang diumumkan Perdana Menteri perlu direbut usahawan wanita kerana mereka juga tonggak kepada pendapatan isi rumah. Saya minta golongan wanita jangan mengehadkan diri kepada sektor tradisional sahaja kerana peluang yang diberikan begitu banyak untuk mereka terokai," katanya.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali pula gembira dengan pengumuman Perdana Menteri kerana sebahagian besar yang disebut Najib merupakan hasil cadangan yang dikemukakan Perkasa sebelum ini.
Katanya, Perkasa telah memperjuangkan agenda Bumiputera sebagai agenda nasional yang mengambil kira keperluan kaum majoriti."Jika yang majoriti tidak dapat menikmati 'kek' ekonomi yang adil, sudah tentu akan menjejaskan masa depan negara. 
Antara pengumuman yang saya sambut baik adalah mewujudkan kembali Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian yang dahulu telah dihapuskan kerana ini merupakan resolusi meja bulat Perkasa lima tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, Ibrahim turut mengingatkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) hanya mampu berperanan secara optimum dalam pembangunan ekonomi jika ahlinya mempunyai jati diri Melayu-Bumiputera yang tulen.Katanya, Perdana Menteri diminta lebih teliti memilih individu yang berwibawa untuk berada dalam MEB tanpa menggunakan khidmat pakar asing.
“Malaysia tidak ketandusan anak Bumiputera yang ada kepakaran, kelayakan dan sifat jujur serta semangat jati diri untuk membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi Bumiputera.
“Selaku badan bukan kerajaan, Perkasa sedia memainkan peranan jika diberi kepercayaan untuk berada dalam MEB. Jika Perdana Menteri boleh memberi kepercayaan kepada Hindraf, saya harap beliau juga boleh memberi kepercayaan kepada Perkasa,” katanya seperti disiar akhbar Berita Harian hari ini.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula berkata tidak ada lagi ruang untuk membuat silap oleh pelaksana dasar supaya ianya mampu direalisasikan dan tidak diperlekeh orang lain.
Beliau berkata komitmen kerajaan untuk memberikan tumpuan dan fokus kepada isu ekonomi Bumiputera perlu dilaksanakan oleh penggubal dasar, penjawat awam, kumpulan pengusaha dan usahawan Melayu-Bumiputera dengan amanah bagi mengelak ketirisan.
"Kita mengalu-alukan pewujudan semula Unit Penyertaan Bumiputera namun semua yang diberikan tanggungjawab menjaga unit ini perlu menandatangani Ikrar Integriti supaya tidak malas dalam melaksanakan tanggungjawab.
"Jika boleh, UPB dianggotai kumpulan penjawat awam yang mempunyai semangat dan komitmen tegas mengenai agenda Bumiputera," katanya seperti dilapor akhbar Mingguan Malaysia.
Katanya, kerajaan dipinta agar mengkaji kaedah memperkenalkan Pinjaman Modal Tunai Mudah untuk usahawan kecil Bumiputera tanpa penjamin dan cagaran."Pinjaman itu khusus untuk usahawan yang memerlukan modal yang kecil (bawah RM10,000). 
Berdasarkan maklum balas diterima, modal tunai mudah ini menjadi sangat penting kepada usahawan kecil Bumiputera."Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) juga perlukan dana dan suntikan sumber manusia yang lebih baik. Berdasarkan maklumat, SL1M tidak mendapat bantuan syarikat gergasi bukan Bumiputera," jelasnya. ~the malaysian insider

Sumber: (Artikel-terbaru-utusan-melayakkannya-ke) .

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 


Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: