بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Islam Agama Ku.
Apakah sekadar menjadi berita menangok di air keruh?. Tahaluf Siasi (Kerjasama Politik). Tahalul lain pula maksudnya.
16 September, 2013
Kantoi!! Utusan Sememangnya BAHALOL.. Gambar Sebagai Bukti
Alahai Utusan "Tahalul" tu bercukur selepas ihram. PAS nak pergi haji dengan DAP dan KEADILAN ke?
~milosuam
Sumber: (kantoi-utusan-sememangnya-bahalol.html) .
Sumber: (http://www.utusan.com.my/utusan/CoverUtusan/20130916) .
Monday, September 16, 2013
Haram terus tahaluf siasi jika mudarat kata Ketua Pemuda PAS
Kata TG Nik Aziz mengenai cadangan Ketua Dewan Ulama PAS agar dikaji
semula hubungan PAS dan PKR ialah jangan beriakn UMNO pelampung..
Jelasnya lagi penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja.
Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan
melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum
2008.
Oleh itu beliau melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia.
Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji,
silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk
mengundur ke belakang.
Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada
UMNO yang sedang kelemasan katanya.. sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata saranan oleh
ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib untuk mengkaji semula kerjasama
dengan PKR dan DAP bertujuan untuk menguatkan lagi usaha berkenaan dalam
Pakatan Rakyat.
"Ini adat dalam politik, kita mestilah kaji setiap perjalanan. Kita hanya mahu kaji untuk kuatkan lagi muafakat.
"Kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat dan tiada kemungkinan untuk keluar dariapda Pakatan itu," katanya..
Kata-kata Presiden PAS itu disokong oleh Naib presiden Datuk Mahfuz Omar..
"(Cadangan) itu biasa. PAS sentiasa mengkaji setiap strategi untuk
memperlihatkan keberkesanan (fungsi PAS dalam Pakatan) di samping
memperkukuh dan memantapkan sebarang bentuk kerjasama yang kita
lakukan,"
Manakala, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad pula menegaskan
kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat "tidak sekali-kali" merugikan parti
itu, malah mendapat manfaat yang lebih banyak.
Beliau yang juga ahli parlimen Shah Alam turut bersetuju supaya PAS
mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan semata-mata untuk
"memperbaiki dan memperkukuhkan" kerjasama di kalangan parti
pembangkang,
"Dari dulu (PAS) ditolak Melayu dan bukan Melayu, kecuali di Kelantan.
Sekarang penerimaan oleh Melayu semakin ditingkatkan dan penerimaan
bukan Melayu, oleh kerana kebersamaan kita dengan Pakatan, amat
membanggakan.
Mari kita lihat apa pula kata Ketua Pemuda PAS yang dipetik dari Facebook Dewan Pemuda Pas...
SETELAH lima tahun kita bertahaluf siasi sementara tahaluf itu juga
adalah ijtihad para alim ulama kita dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang antara yang awal membentangkan kertas kerja tahaluf siasi
jauh lebih awal daripada itu.
Maka saya lihat cadangan supaya ianya dikaji semula adalah suatu yang wajar.
Kajian semula adalah wajar untuk melihat :
a] apakah tahaluf siasi yg berjalan selama ini menepati syarat-syarat tahaluf siasi yang dikehendaki oleh Islam
b] apakah tahaluf siasi yang disertai selama ini memberi keuntungan
kepada perjuangan Islam atau memberi kesan buruk kepada perjuangan
Islam.
c] apakah tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini banyak memberi kebaikan kepada Pas atau banyak memberi keburukan kepada.
Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siasi yang
dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syara' dan
memberi kebaikan kepada perjuangan Islam maka ia wajib diteruskan
berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama anggota parti yang
bertahaluf.
Namun jika hasil kajian itu didapati tahaluf siasi yang telah
berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah
digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan
keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didokong oleh Pas
maka haram tahaluf itu diteruskan.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Pas
Baca betul-betul apa kata Ketua Dewan Ulama PAS mengenai perkara ini...
"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku
perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di
dalam tahaluf siasi," kata Datuk Harun Taib.
Kata-kata beliau telah ditafsirkan oleh Prof. Agus sebagai penyatuan dengan UMNO dapat disegerakan.. sila baca di ( SINI )
Aku malas nak komen panjang-panjang dalam hal ini... cuma dari beberapa
kenyataan-kenyataan di atas ianya menjelaskan UG masih hidup dalam PAS
cuma ianya masih cuba untuk ditutup oleh segelintir pemimpin PAS..
Mudarat menurut Ketua Pemuda PAS itu mungkin bermaksud memudaratkan.. kalau cita-cita nak pakai Alphard tu tak sampai......
Mudarat juga kalau cita-cita untuk mengaut sebanyak mungkin elaun-elaun dari GLC-GLC milik Kerajaan Negeri tak kesampaian..
Sumber: (darisungaiderhaka : haram terus tahaluf siasi jika mudarat) .
Pusat boleh halang DAP 'tindas' rakyat.
PULAU PINANG 15 Sept. - Kerajaan Pusat diminta menggunakan kuasa
melalui Warta Kerajaan yang diwujudkan pada 1971 dengan mengarahkan
kerajaan DAP Pulau Pinang mematuhi peruntukan di bawah perkara
berkenaan.
Penasihat Koperasi Nelayan Bahagian Tanjong Berhad, Wan Zaharizan Wan
Zan berkata, perkara itu perlu memandangkan perkembangan terkini di
negeri ini menyaksikan kelulusan tebus guna tanah oleh kerajaan negeri
didakwa semakin menekan kehidupan nelayan dan rakyat miskin.
Menurut beliau, akta berkenaan diwujudkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang prihatin dengan kehidupan nelayan.
Dalam konteks di Pulau Pinang, tambahnya, warta itu penting kerana
memperincikan hampir keseluruhan kawasan di bahagian pulau bagi menjaga
kebajikan nelayan.
"Apa yang menjadi masalah apabila kelulusan diberikan kerajaan negeri
kepada pemaju untuk menebus guna tanah laut, nelayan hilang mata
pencarian kerana jeti pendaratan ikan musnah. Tanah yang ditebus itu
pula kemudiannya dimajukan untuk projek perumahan mewah mencecah nilai
jutaan ringgit yang tidak mampu mereka beli," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Keegoan Pas jerat diri sendiri.
KOTA BHARU 15 Sept. - Beberapa pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) Islam negeri ini menyifatkan konsep tahaluf siyasi Pas
dengan pakatan pembangkang sebagai jerat yang memakan diri sendiri.
Pengerusi Badan Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, sebelum ini banyak pihak membantah kerjasama tersebut tetapi tidak dipedulikan Pas kerana sikap ego.
"Sebagai gerakan Islam, Pas sepatutnya bertahaluf siyasi dengan orang
Islam, bukan dengan penentang Islam. Dalam konteks negara ini tahaluf
siyasi Pas itu adalah lebih relevan jika bersama UMNO.
"Kaedah ini sememangnya bertepatan dengan konsep atau tuntutan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendirian Dewan Ulama Pas supaya parti itu menyemak
semula tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang
dikatakan menyebabkan pengaruh parti tersebut semakin lemah.
Sementara itu, aktivis Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berkata, masa depan Pas semakin lemah sekiranya terus bekerjasama dengan parti yang tidak sama wadah perjuangannya.
Menurutnya, wawasan Pas lebih relevan sekiranya melaksanakan konsep
tahaluf siyasi bersama UMNO yang konsisten mempertahan kedaulatan agama
Islam di negara ini.
"Pas dilihat lebih berintegriti jika mengkaji semula konsep ini untuk
bersatu dengan UMNO untuk memudahkan parti itu merencanakan wadah Islam
yang diperjuangkan selama ini.
'Tahaluf siyasi' haram jika mudarat perjuangan Islam
Apakah sekadar menjadi berita menangok di air keruh?. Tahaluf Siasi (Kerjasama Politik). Tahalul lain pula maksudnya.
16 September, 2013
Kantoi!! Utusan Sememangnya BAHALOL.. Gambar Sebagai Bukti
Alahai Utusan "Tahalul" tu bercukur selepas ihram. PAS nak pergi haji dengan DAP dan KEADILAN ke?
~milosuam
Sumber: (kantoi-utusan-sememangnya-bahalol.html) .
Sumber: (http://www.utusan.com.my/utusan/CoverUtusan/20130916) .
Monday, September 16, 2013
Haram terus tahaluf siasi jika mudarat kata Ketua Pemuda PAS
Jelasnya lagi penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja.
Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.
Oleh itu beliau melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia.
Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.
Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan katanya.. sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata saranan oleh ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib untuk mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP bertujuan untuk menguatkan lagi usaha berkenaan dalam Pakatan Rakyat.
"Ini adat dalam politik, kita mestilah kaji setiap perjalanan. Kita hanya mahu kaji untuk kuatkan lagi muafakat.
"Kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat dan tiada kemungkinan untuk keluar dariapda Pakatan itu," katanya..
Kata-kata Presiden PAS itu disokong oleh Naib presiden Datuk Mahfuz Omar..
"(Cadangan) itu biasa. PAS sentiasa mengkaji setiap strategi untuk memperlihatkan keberkesanan (fungsi PAS dalam Pakatan) di samping memperkukuh dan memantapkan sebarang bentuk kerjasama yang kita lakukan,"
Manakala, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad pula menegaskan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat "tidak sekali-kali" merugikan parti itu, malah mendapat manfaat yang lebih banyak.
Beliau yang juga ahli parlimen Shah Alam turut bersetuju supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan semata-mata untuk "memperbaiki dan memperkukuhkan" kerjasama di kalangan parti pembangkang,
"Dari dulu (PAS) ditolak Melayu dan bukan Melayu, kecuali di Kelantan. Sekarang penerimaan oleh Melayu semakin ditingkatkan dan penerimaan bukan Melayu, oleh kerana kebersamaan kita dengan Pakatan, amat membanggakan.
Mari kita lihat apa pula kata Ketua Pemuda PAS yang dipetik dari Facebook Dewan Pemuda Pas...
SETELAH lima tahun kita bertahaluf siasi sementara tahaluf itu juga adalah ijtihad para alim ulama kita dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara yang awal membentangkan kertas kerja tahaluf siasi jauh lebih awal daripada itu.
Maka saya lihat cadangan supaya ianya dikaji semula adalah suatu yang wajar.
Kajian semula adalah wajar untuk melihat :
a] apakah tahaluf siasi yg berjalan selama ini menepati syarat-syarat tahaluf siasi yang dikehendaki oleh Islam
b] apakah tahaluf siasi yang disertai selama ini memberi keuntungan kepada perjuangan Islam atau memberi kesan buruk kepada perjuangan Islam.
c] apakah tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini banyak memberi kebaikan kepada Pas atau banyak memberi keburukan kepada.
Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syara' dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama anggota parti yang bertahaluf.
Namun jika hasil kajian itu didapati tahaluf siasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didokong oleh Pas maka haram tahaluf itu diteruskan.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Pas
Baca betul-betul apa kata Ketua Dewan Ulama PAS mengenai perkara ini...
"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Datuk Harun Taib.
Kata-kata beliau telah ditafsirkan oleh Prof. Agus sebagai penyatuan dengan UMNO dapat disegerakan.. sila baca di ( SINI )
Aku malas nak komen panjang-panjang dalam hal ini... cuma dari beberapa kenyataan-kenyataan di atas ianya menjelaskan UG masih hidup dalam PAS cuma ianya masih cuba untuk ditutup oleh segelintir pemimpin PAS..
Mudarat menurut Ketua Pemuda PAS itu mungkin bermaksud memudaratkan.. kalau cita-cita nak pakai Alphard tu tak sampai......
Mudarat juga kalau cita-cita untuk mengaut sebanyak mungkin elaun-elaun dari GLC-GLC milik Kerajaan Negeri tak kesampaian..
Pusat boleh halang DAP 'tindas' rakyat.
PULAU PINANG 15 Sept. - Kerajaan Pusat diminta menggunakan kuasa melalui Warta Kerajaan yang diwujudkan pada 1971 dengan mengarahkan kerajaan DAP Pulau Pinang mematuhi peruntukan di bawah perkara berkenaan.Penasihat Koperasi Nelayan Bahagian Tanjong Berhad, Wan Zaharizan Wan Zan berkata, perkara itu perlu memandangkan perkembangan terkini di negeri ini menyaksikan kelulusan tebus guna tanah oleh kerajaan negeri didakwa semakin menekan kehidupan nelayan dan rakyat miskin.
Menurut beliau, akta berkenaan diwujudkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang prihatin dengan kehidupan nelayan.
Dalam konteks di Pulau Pinang, tambahnya, warta itu penting kerana memperincikan hampir keseluruhan kawasan di bahagian pulau bagi menjaga kebajikan nelayan.
"Apa yang menjadi masalah apabila kelulusan diberikan kerajaan negeri kepada pemaju untuk menebus guna tanah laut, nelayan hilang mata pencarian kerana jeti pendaratan ikan musnah. Tanah yang ditebus itu pula kemudiannya dimajukan untuk projek perumahan mewah mencecah nilai jutaan ringgit yang tidak mampu mereka beli," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Keegoan Pas jerat diri sendiri.
KOTA BHARU 15 Sept. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam negeri ini menyifatkan konsep tahaluf siyasi Pas dengan pakatan pembangkang sebagai jerat yang memakan diri sendiri.Pengerusi Badan Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, sebelum ini banyak pihak membantah kerjasama tersebut tetapi tidak dipedulikan Pas kerana sikap ego.
"Sebagai gerakan Islam, Pas sepatutnya bertahaluf siyasi dengan orang Islam, bukan dengan penentang Islam. Dalam konteks negara ini tahaluf siyasi Pas itu adalah lebih relevan jika bersama UMNO.
"Kaedah ini sememangnya bertepatan dengan konsep atau tuntutan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendirian Dewan Ulama Pas supaya parti itu menyemak semula tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan menyebabkan pengaruh parti tersebut semakin lemah.
Sementara itu, aktivis Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berkata, masa depan Pas semakin lemah sekiranya terus bekerjasama dengan parti yang tidak sama wadah perjuangannya.
Menurutnya, wawasan Pas lebih relevan sekiranya melaksanakan konsep tahaluf siyasi bersama UMNO yang konsisten mempertahan kedaulatan agama Islam di negara ini.
"Pas dilihat lebih berintegriti jika mengkaji semula konsep ini untuk bersatu dengan UMNO untuk memudahkan parti itu merencanakan wadah Islam yang diperjuangkan selama ini.
'Tahaluf siyasi' haram jika mudarat perjuangan Islam
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).

Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan