Rabu, 18 September 2013

1738. Rugi?.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.
Semalam aku berbual dengan kawan lama. Antara kisah menariknya anak saudaranya yang gagal mohon ke universiti tempatan walau pun berkeputusan cemerlang, telah mengubah arah belajar di negara seberang tambak.

Di sana anak saudaranya mendapat tawaran hebat kerana kecemerlangan pelajarannya. Anak Malaysia yang cemerlang dihargai di negara orang. Tawaran biasiswa datangnya dari kerajaan negara tersebut. Setelah menerima tawaran biasiswa individu tersebut tetap meneruskan kerja sambilannya bekerja di syarikat ternama negara kota.

Persoalannya marahkah kita kalau individu tersebut benci Malaysia kerana dia China (*Harapannya agar tidak begitu jadi benci Malaysia kerana pengalaman yang dilaluinya dan peluang untuk dia bekerja menyumbang bakti di Malaysia semakin menipis sebab sudah digam dengan biasiswa tersebut). Dalam hal ini di manakah kesilapannya?.

Aku teringat kata Lee Kuan Yew mantan PM negara tersebut dalam sebuah artikal karangannya, sebenarnya Malaysia telah banyak kerugian kerana sikap perkauman. Dia menambah lagi banyak pakar-pakar hebat berasal dari Malaysia lebih senang bekerja di luar negara. Walau pun usaha memanggil pulang mereka, hal ini telah terlambat berpuluh-puluh tahun lamanya. Yang sudah jadi menteri di Australia pun ada, walau pun asalnya orang Malaysia, tetapi dia itu China.

Agaknya kalau tidak kerana dasar begitu - Malaysia lama muncul negara maju mendahului Kota Singa - RM pasti tidak serendah nilainya seperti hari ini bila dibandingkan dengan mata wang asing. Dulu RM1 boleh dapat dua ratus lebih Yuan, sekarang tinggal seratus lebih Yuan sahaja bagi setiap seRinggit Malaysia. SD1 bersamaan dengan RM2.60 sekarang.

Dasar sedemikian rupa agaknya yang melahirkan terjadinya peristiwa begini:

Wednesday, September 18, 2013

Pemimpin UMNO yang kotor dan akan terus kotor buat se lame2 nye....................................

Inilah malaon bekas pembantu Shahrizat yang 10 kereta mewahnya dirampas SPRM


PUTRAJAYA: Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.

Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM. 

Nasib baik ada title latuk dan ahli politik... Tak payah dijamin oleh orang lain & letak ribu ribu duit jaminan. Kalau kasim bin kulup tu dah dah kena dah walaupun di syaki mencuri RM1. 
 
Originally Posted by irsaffy/CariGold Forum./17 Sep 2013 11:45am 
SPRM rampas 10 kenderaan mewah pembantu Shahrizat
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu dibebaskan pagi ini.

Lelaki berpangkat datuk itu ditahan oleh SPRM Jumaat lalu berhubung dakwaan terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Beliau yang juga bekas Adun dan bekas presiden sebuah NGO belia dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut merampas sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik lelaki tersebut.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry, Volkswagen Golf GTI dan mosikal berkuasa tinggi.

Program 1Azam adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Malaysia dilancar ketika Shahrizat menjadi menteri.

Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin.

Sumber Link
-tranungkite-


Akhirnya aku hujahkan kepada kawan aku "Itu Melayu, kalau Islam tidak begitu". Engkau jangan salah faham cakap aku. Senyum lebar dia, kerana ada harapan cerah hidup dengan orang Islam umat Muhammad S.A.W.. Allah Maha Mengetahui.

Sumber "Inilah malaon bekas pembantu Shahrizat yang 10 kereta mewahnya dirampas SPRM":    
1: (http://wak-labu.blogspot.com/2013/09/pemimpin-umno-yang-kotor-dan-akan-terus.html) .
2: (http://gigitankerengga.blogspot.com/2013/09/inilah-malaon-bekas-pembantu-shahrizat.html) .

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 


Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: