Rabu, 18 September 2013

1740. Tamadun Islam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Sejarah Tamadun Islam

Menyelami Keagungan Sejarah Islam
MUQADDIMAH
ISLAM DALAM SEJARAH DUNIA
Firman Allah S.W.T.:
  1. 1. “Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiyaa: 107)
  2. 2. “Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan” (Saba’: 28)
  3. 3. “Katakanlah: Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua“(Al-A’raaf: 158).
Islam adalah agama universal, agama untuk manusia seluruhnya. Sejak kemunculannya konsep kesejagatan telah sedia difahami. la ti­dak memerlukan sampai berabad-abad untuk menyedari keperibadian universal itu. Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas: ‘The idea of the universal religion did not originate in man’s intellect and gra­dually evolve and develop in his culture and history”. Ertinya ide uni­versalisme bukannya berasal dari pemikiran manusia, tetapi dari ajaran agama itu sendiri.

Atas sifatnya sebagai agama universal, maka tidak hairanlah jika dengan kemunculannya ia dengan sekelip mata telah merubah sejarah dunia. Selain dari membawa revolusi besar di Tanah Arab, kemunculan Islam telah memulakan Zaman Pertengahan bagi Dunia Eropah. Me­nurut Henri Pirenne, kemunculan Islam telah membawa dua perubahan besar: 

1. Pemusnahan perpaduan kebudayaan (Barat) di sekitar Laut Tengah, yang sejak berabad-abad membentuk cara hidup penduduk­-penduduk di situ.  

2. Pemindahan punca atau paksi kehidupan bangsa Eropah dari Rom ke Utara yang berpusat di Aix La Chapelle sewaktu kerajaan Ca­rolingian (481-877 M) sedang berkuasa di situ.

Dengan perubahan-perubahan tersebut, ini bermakna kemuncul­an Islam bukan sahaja merubah ‘jasad’ (body) orang-orang Eropah, bah­kan (soul) mereka juga. Bagi Henri Pirenne, perubahan-perubahan seperti inilah yang seharusnya menjadi kriteria sebenar dalam menentu­kan permulaan Zaman Pertengahan di Eropah. Ertinya, Islamlah yang bertanggungjawab dalam memulakan zaman baru di Eropah.

Memang pernah dikatakan bahawa Zaman Pertengahan bermula dengan kejatuh­an Empayar Rom pada akhir abad ke-6 M., akibat serangan Kaum Bia­dab Jerman. Sebenarnya menurut Pirenne, pencerobohan Kaum Biadab itu tidaklah membawa apa-apa perubahan kepada sejarah Eropah oleh sebab mereka datang dengan kehampaan budaya. Sebab itu setelah menakluki Empayar Rom, Kaum Biadab itu mengambil gilirannya untuk ditakluki pula oleh kebudayaan Rumawi, hingga terpaksa mengabdi kepada cara dan kebiasaan hidup Rumawi, dan dengan demikian memperkukuhkan dan memperkekalkan keadaan yang telah sedia ada.

Ketika menggambarkan suasana Zaman Pertengahan tersebut, Bertrand Russell menegaskan: “A great deal of the Middle Ages may be interpreted as a conflict between Roman and Germanic traditions: on the one side the Church, on the other the State; on the one side theology and philosophy, on the other chivalry and poetry; on the one side the law, on the other pleasure, passion, and all the anarchic, impulses of very headstrong men”.

Jadi bagi Russell, salah satu ciri Zaman Pertengahan ialah konflik antara kuasa Gereja dengan kuasa Negara. Kuasa negara di tangan Raja, sedangkan kuasa agama di tangan Gereja. Bagaimanapun dalam konflik tersebut, kuasa Gereja mencapai kemenangan. Ujar Russell: “All the armed forces was on the side of the Kings, and yet the Church was victorious”.

Setelah berabad-abad dunia Eropah mengalami ‘zaman kegelapan’ (Middles Ages dinamakan juga Bark Ages), timbullah zaman baru (Renaissance) bagi mereka. Apakah punca yang menimbulkan Zaman Renaissance itu? Beberapa teori telah dikemukakan untuk mencari sebab-sebab kemunculannya, tetapi semua sebab-sebab itu berpunca dari satu sebab sahaja, iaitu akibat hubungannya dengan tamadun Islam. Ada baiknya kita bicarakan sebab-sebab tersebut:

1.         Teori pertama mengatakan Zaman Renaissance berpunca daripada kegiatan menghidupkan kembali klasik-klasik Yunani. Tetapi seperti yang diakui oleh Dr. F.J.C. Heamshaw, Dr. Stanley Lane Poole, Max Kahn dan Philip Hitti, orang-orang Islamlah yang sebenarnya bertanggungjawab menghidupkannya, malah memberi nafas baru terhadap klasik-klasik Yunani itu di kala dunia Eropah sedang tenggelam di alam tahyul.

Kata Dr. Hitti: “Between the middle of the eight and the beginning of the thirteenth centuries the Arabic speaking peoples were the main bearers of the torch of culture and civilisation throughout the world. Moreover they were the medium through which ancient science and philosophy were recovered, supplemented and transmitted in such a way as to make the Renaissance of Western Europe”.

2.         Teori kedua pula menganggap Zaman Renaissance muncul akibat kelenyapan kekuasaan Gereja dan penghargaan terhadap nilai-nilai perseorangan. Tentang ini pun punca asasinya harus dihubungkan dengan tamadun Islam juga. Menurut Earnest Barker: “The Crusades, if they did not remove, at any rate weakened the old clear distinction between sacred and profane, the lay and the clerical, the temporal and the spiritual; the were the consecration of the fighting layman, and in their way they led to the emancipation of the laity”.

3.         Teori lain tentang sebab kebangkitan Eropah ialah dengan terjumpanya (discovery) Amerika. Sekali lagi faktor ini berkait rapat dengan tamadun Islam juga. Sebenarnya ketika Columbus hendak mengembara di Lautan Atlantik, beliau ditentang hebat oleh pihak Gereja.

Sidang Salamanque telah memutuskan bahawa hasrat itu bercanggah dengan prinsip-prinsip agama, dan walaupun hal ini ditinjau kembali dan ditelaah ucapan pemuka-pemuka agama seperti Crisistum, Agustein, Girum, Griguar, Bazel, Imbroaz dan disesuaikan dengan semua risalah-risalah para Rasul, Injil, Zabur dan lain-lain, namun penelaahan ini tetap tidak merubah ketetapan asal. Tetapi Columbus telah dibantu oleh beberapa orang Raja Eropah dalam membangkang pendapat Gereja tersebut. Bagi Columbus: “Yang memberi ilham kepadaku untuk melakukan tujuan yang mulia ini, adalah buku-buku dari lbnu Rusyd!”

4.         Akhirnya dikemukakan faktor penciptaan alat percetakan sebagai sebab Renaissance. Untuk kesekian kalinya faktor ini pun bertali dengan tamadun Islam juga. Sebenarnya kilang kertas yang pertama telah ditubuhkan di Baghdad pada 794 M. Seperti yang ditegaskan oleh Dr. Hitti, perkataan ‘ream’ itu adalah berasal dari istilah Arab ‘risma’ yang bermakna suatu bungkusan. Menurut Abbott: “The material (paper) had entered Europe from the Orient with the coming of Arabs . . . . Its peculiar adaptation to the new method of book-making combined with the use of the press and types to revolutionise the world, making and epoch in affairs more important even than the fall of Constantinople”.

Akibat langsung daripada Zaman Renaissance itu ialah timbulnya Revolusi Sains dan kemudiannya Revolusi Industri di Eropah. Dan kemuncak dari semuanya itu ialah apabila Eropah melancarkan gerakan penjajahan secara besar-besaran, yang hasilnya telah merubah wajah dunia. Semuanya itu terjadi berkat sumbangan tamadun Islam belaka. Jadi pada hakikatnya Islamlah yang merubah sejarah dunia. Atau dalam ertikata yang lain, Sejarah Islam adalah Sejarah Dunia, dan Sejarah Dunia itu adalah juga Sejarah Islam!

Sumber: (http://sejarahtamadunislam.wordpress.com/) .

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 


Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: