بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Islam Agama Ku.
Tentang Memaafkan.
Rabu, 18 September 2013
MCA dah hentam Najib isu Chin Peng
Semua agama tegas Gan Ping Siew menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.
Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.
Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang
sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat
bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan
pengebumian.
Najib
menegaskan bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok
itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat
melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas
pasukan keselamatan.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi kerana sakit tua.
Dia dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak. – 18 September, 2013. - www.themalaysianinsider
Sumber: (http://orangni.blogspot.com/2013/09/mca-dah-hentam-najib-isu-chin-peng.html) .
Tentang apa berita dibawah ini?.
Wednesday, September 18, 2013
Kubur PAS digali lagi - Jabat bersambut salam bersahut
kat dahi tu tanda apa ustaz? |
Walaupun PAS kini sudah pun diperalatkan, tetapi masih belum terlambat. Saya harap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz NIk Mat jelas dalam soal ini.
Kerap kali saya mengingatkan PAS supaya berhati-hati dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang. Nampaknya, ingatan saya mula menjadi kenyataan. Tidak ada guna berkawan dengan orang yang tidak suka pada Islam atau tidak beramal dengan Islam, apatah lagi menentang Islam, meskipun telah lama dipujuk. Tidakkah lebih baik kita berkawan dengan orang yang sudah sedia Islam dan bersedia untuk berbincang melaksanakan agenda Islam, iaitu Umno. Umno dahulu berbeza dengan Umno kini.
Mereka yang mahukan Islam semakin ramai, walaupun mungkin ada sedikit kalangan pimpinannya yang tidak mahu. Apatah lagi Umno hari ini berada dalam keadaan tersepit.
Tidakkah keadaan 'tersepit' itu boleh juga dimanipulasikan demi kepentingan Islam? Tidakkah tahaluf siyasi boleh dilaksanakan di sini daripada bersama penentang Islam.
Saya tidak nampak pakatan pembangkang boleh menjadi medan dakwah kepada Pas kerana PKR dan DAP tidak pernah berubah pendekatan terhadap Islam. PKR tidak mahukan Islam menjadi dasar, manakala DAP terang-terang menolak dan menentang Islam.......TMI
Lihatlah pada cara mereka membela kes di mahkamah, apabila berlaku pertentangan dengan Islam atau Islam lawan bukan Islam. Mereka langsung tidak menampakkan rasa hormat terhadap Islam. Sama juga isu rumah ibadat baru-baru ini. Tidak perlu saya sebut siapa dan di mana. Semua telah maklum.
Jika berhujah pasal hak, berapa banyak lagi rumah berhala diperlukan, sehingga bilangannya menenggelamkan surau dan masjid. Bilangan bukan sedikit, tetapi berkali-kali ganda. Statistiknya telah saya paparkan sebelum ini, sama ada yang sah atau tidak sah.
Ingin saya bertanya kepada PAS berapa ramai orang PKR dan DAP memeluk Islam setelah sekian lama berkawan? Atau sekurang-kurangnya berlembut dengan Islam? Boleh dikatakan tidak ada. Yang amat ketara, 'hak' mereka, walaupun bukan hak, pantang diusik sama sekali.
Paling tidak, hormatilah pendirian PAS mengenai Islam dan negara Islam. Ini tidak, pantang disebut sahaja nilai-nilai Islam dan negara Islam, maka DAP dan PKR tidak senang duduk, menunjukkan betapa antinya mereka terhadap Islam.
Kita mahu lihat betapa kuatnya pakatan pembangkang tanpa PAs. Jangan mimpilah untuk berkuasa jika Pas tidak berada dalam pakatan. Jangan mimpi juga untuk mengugut atau menggertak umat Islam.
Sejak sekian lama, sebahagian ulama dalam PAS mengkritik sesetengah pucuk pimpinan PAS kerana rapat dengan pimpinan pakatan pembangkang dengan pelbagai gelaran diberikan.
Gelaran demi gelaran diberikan oleh mereka yang telah keluar daripada PAS. Anwarinas, golongan parasit dan virus dalam PAS adalah gelaran yang popular.
Datuk Hasan Ali ketika dipecat daripada PAS, menggelar orang PAS yang rapat dengan pimpinan PKR sebagai parasit-parasit PAS.
Nasharudin Mat Isa sebelum disingkirkan daripada Majlis Syura ulama berulang kali mengingatkan PAS mengkaji balik kedudukannya dalam pakatan pembangkang. Beliau secara lantang menganjurkan PAS keluar daripada pakatan pembangkang kerana PKR dan DAP telah belot dalam tahalus siyasi.
Apabila idea ini dicadangkan, orang yang paling kuat menentang adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menyifatkan idea-idea sebegini adalah daripada musuh PAS sendiri yakni Umno. Sejak dahulu lagi beliau berpendirian sedemikian.
Menurut Sayuti Omar, penyokong kuat pakatan pembangkang tahalus siyasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan (sekejap) tetapi bersifat angin berjimak (lama). Jika PAS beralih angin kepada bekerjasama dengan Umno, apakah Umno akan bersikap jujur dan ikhlas dengan PAS?
Dan sejauh manakah PAS dapat meyakinkan Umno memperjuangkan Islam dan Melayu, sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan PAS.
Pada beliau, paling kurang, PAS perlu mengambil iktibar daripada politik Turki. Di Turki, parti Islam berpecah kepada dua kumpulan apabila kumpulan pimpinan Recip Tayyip Erdogan membentuk AKP dan meninggalkan penyokong Necmetin Erbakan dalam Saadet. AKP terbukti berjaya dan menjadi parti yang memerintah Turki sejak tiga penggal lalu dan Erdogan kini adalah Perdana Menteri Turki yang berpengaruh.
Dalam PAS, kumpulan yang dinamakan sebagai Erdogan mahu bersama pakatan pembangkang, manakala kumpulan penyokong Harun Taib ini mahu mengkajinya.
Pada saya, andaian ayam mengawan dan angin berjimak tidak boleh dipakai jika kawan-kawan itu jenis yang menentang Islam.
Malaysia tidak boleh disamakan dengan Turki dan sebagainya. Malaysia adalah Malaysia. Negara lain kebanyakan masyarakatnya adalah sebangsa (homogeous society). Pi mai pi mai tang tu juga. Negara mereka tetap terlepas kepada bangsa mereka.
Apakah kita tidak belajar daripada keadaan di Fiji. Apakah orang Fiji memerintah Fiji atau diperintah hari ini? Orang Fiji mengemis di bumi sendiri. Saya tidak perlu bercerita lanjut. Buatlah kajian atau sekurang-kurangnya bacalah politik Fiji. Seksanya orang Fiji apabila diperintah orang lain.
Kita adalah masyarakat berbilang bangsa. Lebih malangnya pecahan Islam dengan bukan Islam, tidak besar. Konsep majoriti-minoriti seolah-olah tidak wujud sebab penduduknya hampir seimbang.
Jika terlepas, sukar untuk dikembalikan. Justeru, sebelum terlepas, perlu berhati-hati. Sebelum nasi menjadi bubur. Menangis air mata darah sekalipun tidak ada gunanya jika tanah air yang berasaskan kepada payung anak watan (indigenous canopy) terlepas kepada orang lain.
Sebab itu dalam memahami politik Malaysia, ia bukan sekadar mengawan ayam atau berjimak angin. Tetapi lebih daripada itu. Masa depan dan survival umat Islam.
Selama-lamanya saya tidak akan percaya kepada PKR dan DAP jika mereka tidak lembut dan menerima Islam selaku agama persekutuan di negara ini. Selamanya mereka menentang, selama itu juga saya tidak akan berlembut dengan mereka.
Rayuan saya kepada PAS. Buanglah rasa buruk sangka terhadap Umno. Begitu juga Umno terhadap PAS. Mulakan langkah pertama. Perbincangan kerajaan perpaduan.
Jika kuasa yang menjadi matlamat, berapakah bilangan kerusi Kabinet yang boleh diberikan oleh Umno kepada PAS. Jika tidak bersetuju, berbincang lagi. Belum pun muktamad. Pokoknya kita mahukan segala keputusan menguntungkan Islam. Biar DAP kecut perut.
Lihatlah bagaimana bersatunya orang lain. Kerajaan begitu tegas dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), yang berkaitan rapat dengan penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) kepada 240 minit di SJKC.
Sebaik-baik sahaja idea ini dilontarkan, NGO-NGO Cina dan parti politik Cina begitu kuat menentang. Kita ingatkan MCA akan menasihatkan ultra kiasu ini dan bersama kerajaan. Rupa-rupanya tidak. MCA serupa dan senada dengan mereka. Bila tiba bab mempertahankan bangsa, semua bersatu.
Tidak cukup dengan itu, mereka begitu lantang mengkritik agenda Bumiputera yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Alasan mereka, GLC itu wujud hasil cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia berbilang kaum. Kenapa perlu ada agenda Bumiputera?
Setelah lebih 56 tahun merdeka, parti komponen BN sendiri dan pakatan
pembangkang, begitu jahil tentang Perlembagaan. Bagaimana ia boleh
diharap untuk memerintah negara.
Kita pula bagaimana? Kita bukan hanya bercakap soal bangsa, tetapi soal agama iaitu agama Allah SWT, Islam sebagai cara hidup. Kita perlu mengambil iktibar sebelum terlambat.
Memang mudah untuk berkata atau terpengaruh dengan kata-kata, sesiapa pun memerintah, kedudukan Islam, Melayu dan Raja pasti akan selamat.
Apakah keyakinan itu boleh kita harapkan kepada pakatan pembangkang, terutama DAP? Mereka bila-bila masa boleh bekerjasama dengan musuh-musuh Islam untuk memusnahkan kita.
PAS tidak perlu masuk ke dalam Umno untuk saling bekerjasama. Begitu juga dengan Umno. Mereka boleh kekal dengan parti masing-masing. Apa yang penting perlu ada kerjasama dalam isu-isu berkaitan agama, bangsa dan negara. – utusan.com.my, 18 September, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
adios
Sumber: (http://www.wasukalu.com/2013/09/kubur-pas-digali-lagi-jabat-bersambut.html) .
Yang ini tentang berita apa pula ya?.
18 September, 2013
Isu Panas Ini Hanya Rekaan Hassan Ali
SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan berlakunya amalan asabiyah (berpuak)
antara kumpulan ulama-profesional-erdogan-kerajaan perpaduan (UG) dalam
parti sehingga timbul perbalahan antara mereka.
Sebaliknya persepsi itu wujud berpunca daripada permainan politik bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali yang menerapkan fahaman terbabit
sebelum dipecat parti.
Katanya, isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar.
“Isu pertembungan Ulama-Profesional hanya rekaan.“Ia dibawa dulu oleh
Hasan Ali, bila dia tak puas hati selepas PRU 2008 dia bawa isu itu,”
katanya.
Sehubungan itu, Khalid mengingatkan ahli dan penyokong PAS supaya tidak
mudah termakan dengan rekaan yang dibawa Umno-Barisan Nasional (BN)
bahawa wujud kumpulan tertentu dalam parti dan mahu memecahkan-
belahkannya.
Tegasnya, PAS tidak membezakan mana-mana pihak dan menghargai semua
golongan termasuk profesional dan aktivis yang boleh berhujah
berlandaskan ilmu.
“Jangan jadikan diri kamu (ahli PAS)orang yang memanjangkan dakyah Umno-BN dalam PAS,” katanya.
Katanya, gabungan padu antara golongan profesional dan ulama adalah
kaedah mantap yang perlu diperkukuhkan demi mencapai kejayaan.
Sementara itu, dalam reaksi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang mahu Umno-PAS bersatu demi Islam, pelawaan itu
sama sekali ditolak.
“Selagi ada bulan, bintang dan matahari, PAS takkan bekerjasama dengan Umno,” tegas Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib.
Menurut Saari, jika Umno parti itu perlu mengubah dasar yang dulunya
bersifat zalim kepada Islam jika ikhlas mahu menjalinkan kerjasama.
Semalam, Muhyiddin dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) menyatakan hasrat melihat Umno dan PAS bersatu demi memastikan
kekuatan Islam terus kukuh dinegara ini.
Muhyiddin berkata, Umno bersikap terbuka dan tidak ada masalah jika ia membabitkan kebaikan Melayu dan Islam. ~free malaysia today
Sumber: (http://addin77.blogspot.com/2013/09/isu-panas-ini-hanya-rekaan-hassan-ali.html) .
Yang ini berita apa?.
Selasa, 17 September 2013
Macai UMNO...Mai baca apa kata Khalid Salleh
Allah
mengizinkan untuk beliau menjadi tetamu-Nya. Tentunya berkat sabar,
ikhlas, jujur dan tamakninah menghadapi cabaran dan dugaan hidup yang
dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Yang Maha Berkuasa.
Pada
sisi lain Wan Temela selayaknya adalah antara mereka yang sepatutnya
menerima Dana 1AZAM (Program Akhiri Zaman Miskin) yang dilancarkan pada
2010 dengan peruntukan 100 juta.
Tapi
dana itu kabarnya (sebagaimana diberitakan dalam suratkabar hari ini)
telah diselewengkan oleh mereka yang diberi amanah atau
dipertanggungjawabkan.
Mereka yang disyaki terlibat dengan penyelewengan itu ialah Bekas Setiausaha Politik BEKAS menteri bersama enam lelaki lain.
Mereka yang disyaki terlibat dengan penyelewengan itu ialah Bekas Setiausaha Politik BEKAS menteri bersama enam lelaki lain.
Beliau
juga adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri. Turut di sita bersamanya
ialah 10 kenderaan termasuk kereta mewah yang ketika ini diletakkan di
perkarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM).
Siasatan
masih diteruskan oleh SPRM. Soal mereka terbukti bersalah atau tidak,
itu bab lain.
Kadang-kadang disebabkan masalah teknikal atau kepintaran peguambela memutar belitkan hujah, pesalah yang sepatutnya dihukum gantung sampai mati boleh dibebaskan kerana 'ada keraguan munasabah' .
Kadang-kadang disebabkan masalah teknikal atau kepintaran peguambela memutar belitkan hujah, pesalah yang sepatutnya dihukum gantung sampai mati boleh dibebaskan kerana 'ada keraguan munasabah' .
Isunya,
kepada siapa lagi rakyat harus meletakkan kepercayaan jika jentera
pemerintahan dan tidak mustahil menteri sendiri terbabit dengan
penyelewengan atau salah guna kuasa.
Penyelewengan
yang sedang ditangani oleh SPRM itu tentunya berlaku ketika Bekas
menteri masih menjadi menteri dan bekas Setiausaha Politik masih
menjawat jawatannya.
Hal
ini memberi isyarat BAHAWA tidak mustahil penyelewengan atau
penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku atau sedang berlaku pada menteri
menteri yang lain atau jabatan mahu pun kementerian dan juga agensi di
bawah mana mana kementerian.
Tidak
terkecuali kementerian atau jabatan yang berkaitan keagamaan.
Begitulah, siapa pun boleh bertukar menjadi dajal (buta mata
hati=sukma=jiwa insani) apabila pangkat, kedudukan, wang (harta) menjadi
kiblat dalam kehidupannya.
Sumber - FB Khalid Salleh
Sumber: (http://orangni.blogspot.com/2013/09/macai-umnomai-baca-apa-kata-khalid.html) .
Satu lagi berita apa pula ya?.
Wednesday, September 18, 2013
Pengikut Syiah Report Polis - Apa Kerajaan Nak Buat?
KAH KAH KAHKAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Aku tertarik dengan berita neh. Tahu pasal apa? Cuba korang tengok muka2 pengikut syiah kat bawah neh hah ;
Ada nampak macam orang Iran? Jawapan nya takde. Baca dulu apa yang dorang tengah buat tue ;
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Syiah. Menurutnya, pihaknya akan melantik peguam dalam masa terdekat kerana tiada saluran untuk membuat kenyataan, selain dibimbangi dikatakan cuba berdakwah secara terbuka.
“Kami kesal apabila Mufti Kedah membuat kenyataan pada 13 September lalu, yang disifatkan memfitnah, menghasut dan berunsur spekulasi terhadap pengikut Syiah,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar, semalam.
Abdullah berkata, berdasarkan kenyataan Mufti Kedah itu, menunjukkan seolah-olah golongan minoriti Syiah berpotensi merosakkan keamanan di negeri ini, di mana pengikut dan penyebar fahaman itu akan dikenakan hukuman berat.
Katanya, pertambahan ahli di negeri ini atas kerelaan individu yang menawar diri untuk memahami fahaman itu, bukannya daripada penyebaran dakwah.
“Walaupun di Kedah sudah ada Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013, yang akan digunakan untuk sekat penyebaran Syiah, kami tidak akan berhenti mengamalkan fahaman ini,” katanya.
Abdullah turut menafikan wujud pemberian dana kepada golongan itu seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya menegaskan kehidupan mereka secara keseluruhannya miskin dan tidak harap bantuan sesiapa.
“Begitu juga dakwaan tawaran wanita yang tidak benar sama sekali. Nikah mutaah bukan dibuat sewenang-wenangnya,” katanya.
Katanya, dianggarkan sekitar 3,000 pengikut Syiah aktif di Kedah, terutama di Pendang, Jitra, Sungai Petani, Tikam Batu, Sik dan Baling. -SH-
Aku cakap dengan korang sebelum neh. Semua citer2 pasal Syiah yang digembar gemburkan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk meraih millage politik. Takde apa2 tujuan khusus untuk membanteras mereka pun. Takde. Apa yang ada ialah kita tuduh PAS syiah dan kita biarkan orang ramai sangka buruk dan kutuk2 PAS kaw2. Kita akan sentiasa mengaitkan PAS dengan syiah secara berterusan dan jadikan ia salah satu serangan berbentuk politik.
Ini permainan mereka.
Masih tak percaya dengan sangkaan aku? Lihat berita di atas. Fahamkan ;
1. Penganut Syiah report polis.
2. Penganut Syiah terang2 tunjuk muka, identiti dan sebagainya.
3. Mereka juga rakyat Malaysia.
4. Mereka mengakui mereka tidak akan berhenti dari mengamalkan ajaran Syiah.
5. Mereka juga akan mengambil tindakan undang2. Iaitu lawan guna mahkamah. Lawan kenyataan Mufti Kedah yang disifatkan sebagai menfitnah peribadi mereka.
6. Setakat neh hampir 3ribu pengikut Syiah berada di Kedah.
7. Ajaran Syiah tak berkembang kerana dakwah tetapi kerana ada rakyat2 di negara ini berminat kepada ajaran tersebut.
8. Bahkan nikah mutaah juga di amalkan. Tetapi tertakluk kepada apa yang ditetapkan dalam fahaman Syiah.
Bayangkan. Seorang ketua syiah boleh slumber gile buat kenyataan macam neh kat media massa. Pernah fikir kenapa? Bayangkan siap nak amek tindakan undang2 terhadap mufti Kedah lagi. Pernah fikir kenapa?
Persepsi yang timbul ialah tak lain tak bukan, fahaman Syiah yang diamalkan oleh rakyat berkelahiran negara ini, dibolehkan di Malaysia. Bila ko amalkan pun kerajaan tiada kuasa untuk membendung kegiatan ko. Ada tengok ayah pin buat kenyataan di media berani2 pergi balai polis? Mampus la ko kena tahan.
Apa yang berlaku sekarang neh tak lebih dari satu permainan. Agenda. Kita semua adalah pemain2 yang terlibat dalam agenda ini. Pihak A dengan agenda nya, pihak B dengan agenda nya. Berbeza pihak berbeza agenda. Ketahuila geng. Korang nak berpihak kepada agenda yang mana satu? Agenda kerajaan yang sembang kencang kutuk PAS dengan syiah tapi tak banteras syiah ataupun agenda menjadi pejuang islam yang suci murni dengan bunuh semua pengikut syiah?
HAHAHA.
Sumber: (http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/pengikut-syiah-report-polis-apa.html) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan