بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Islam Agama Ku.
'Bakar Obama' Menifestasi Bantah Kehadiran Obama dan Menolak Perjanjian TPPA
Kenyataan Umum
19 Sept 2013
'Bakar Obama' Menifestasi Bantah Kehadiran Obama dan Menolak Perjanjian TPPA
Pelancaran
Jelajah #BantahObama #TolakTPPA di Taman Melati, Wangsa Maju malam
semalam menjadi satu permulaan mobilisasi besar 'menyambut' kehadiran
Presiden Amerika pada 11 Oktober ini di KLCC.
Majlis
yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama SMM
dan NGO Bantah TPPA dipanaskan dengan aksi 'bakar Obama' sebagai satu
amaran penting simbolik penolakkan terhadap perjanjian penuh kerahsiaan
TPPA dan juga kehadiran Obama ke Kuala Lumpur. Dalam aksi berkenaan,
satu replika Obama dan bendera Amerika telah dibakar hingga rentung di
depan ratusan hadirin.
Barack Obama
dijadualkan ke Kuala Lumpur pada bulan depan untuk menjadi saksi
tandatangan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA, namun tekanan
yang hebat dari rakyat dan pelbagai NGO telah menyebabkan kerajaan
Malaysia menangguhkan tandatangan metrai perjanjian tersebut.
Turut
memeriahkan majlis pelancaran adalah termasuk YB Tian Chua, YB Dato
Tan, YB Dr Hatta Ramli, che'GuBard, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan
Safwan Anang manakala wakil NGO pula antaranya Syed Ibrahim (IKRAM), Azlan Awang (Blindspot), Sivarajan (JERIT).
Jelajah
#BantahObama #TolakTPPA akan merentasi seluruh negara merangkumi 13
lokasi dari setiap negeri. Hari ini, jelajah siri kedua akan menyusul ke
utara tanahair di Bayan Baru, Pulau Pinang bertempat di Tapak bekas Astaka Bukit Gedung bermula jam 8.30 malam, sebelum ke Kangar dan Alor Setar pada hari berikutnya.
Semoga
jelajah ini berjaya menyedarkan lebih ramai golongan masyarakat bahawa
negara ini sebenarnya sedang dijual oleh pemerintah melalui skim
Perjanjian TPPA, dan semua harus bersatu tanpa mengira warna NGO dan
fahaman politik - memastikan 'samseng antarabangsa' tidak menjejakkan
kaki ke bumi Malaysia bersama jerangkap samarnya.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan