بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Islam Agama Ku.
Kisah Ibu terjahat didunia.
Pernikahanku yang pertama.
20 tahun yang lalu aku melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku menamakannya Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Aku berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu.
Akhirnya aku terpaksa membesarkannya juga. Setelah Yusri berusia 2 tahun, aku pun melahirkan adiknya seorang anak perempuan yang cantik. Aku menamakannya Yasmin. Aku sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian kanak-kanak yang cantik-cantik...
Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun aku sering melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.
Setelah usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu.
Hilangnya perasaan kemanusiaan.
Keluargaku menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Aku mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan aku menyesal seumur hidup. Aku pergi meninggalkan kampung kelahiranku bersama Yasmin. Aku tinggalkan Yusri yang sedang nyeyak tidur.
Kali ke duanya.
Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Aku dinikahi Kamal, seorang bujang. Setelah lima tahun usia pernikahan kami, berkat Kamal, sifat-sifat burukku seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkannya di sekolah jururawat.
Mimpi.
Aku tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan aku dengannya. Hinggalah pada satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arahku.
Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya?. Saya rindu sekali dengan mama!" Sesudah berkata demikian dia pun pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?" "Nama saya Yusri, makcik." "Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"
Lelah.
Aku terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pada masa itu juga pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri ini. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepalaku. Baru sekarang aku menyedari betapa jahatnya perbuatanku dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.
Ya, aku patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau yang inginku torehkan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...
Ke pondok.
Petang itu aku membawa dan meletakkan kereta Civic biruku di samping sebuah pondok dan hal ini membuatkan Kamal berasa hairan. Kamal menatap wajahku lantas dan bertanya, "Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"
"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas mengetahui kisah yang aku lakukan dulu," Aku terus menceritakan segala-galanya dengan terisak-isak... Ternyata Allah S.W.T., sungguh baik kepadaku. Dia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian.
Selepas tangisanku reda, aku keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mataku menatap lekat kepada pondok yang terbentang dua meter di hadapan. Aku mula teringat yang aku pernah tinggal dalam pondok itu dan telah aku tinggalkannya.
Memori silam merentap keegoanku.
Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Aku meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih aku berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!
Perlahan-lahan mataku mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun aku masih tidak menemui sesiapa pun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Aku mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mataku mulai berkaca-kaca, aku mengenali cebisan kain itu .
Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari... Beberapa ketika kemudiannya, dengan perasaan yang sangat sedih dan rasa bersalah, aku pun keluar dari ruangan itu... Air mataku mengalir deras. Saat itu aku hanya mendiamkan diri sahaja.
Seseorang dibelakangku.
Kemudiannya aku dan Kamal masuk ke dalam kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, aku dapat melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Aku terkejut sebab suasana waktu itu sangat gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua.
Aku terperanjat sekali lagi, apabila dengan suaranya yang parau, tiba-tiba dia menegurku. "Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"
Aku miskin.
Dengan memberanikan diri, aku pun bertanya, "Ibu, apakah mak cik kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?" Lantas dia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, ''Mama..., mama!''
Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang aku memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama. Walaupun aku miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun aku tidak akan meninggalkan anakku seperti kamu!
Aku menatap hasil yang tidak pernah aku peduli.
Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."
Aku pun membaca tulisan di kertas itu...
"mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."
Janji tinggal janji.
Aku menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagitahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuhku yang terketar-ketar dan lemah.
Dengan nada lembut mak cik berkata memberitahuku "Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal dunia di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu mamanya dia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meski pun hujan deras, dengan keadaannya yang semakin lemah dia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!"
Pengsan seadanya.
Kemudian aku pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi. Semoga menjadi pengajaran bagi kita sebagai orang tua atau pun bagi yang akan bernikah, berkahwin dan berkeluarga. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah S.W.T.. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah S.W.T.. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia, pasti kurniaan Allah S.W.T.. ada hikmat yang tidak terjejak akal normal manusia.
Kredit: Edit dari kisah asal "Kisah Ibu terjahat didunia. Posted on 1:32 AM by Sitcom - SUNDAY, FEBRUARY 22, 2009" Refoward.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan