بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Islam Agama Ku.
(Gambar) Mata Wang Kolonis Jepun semasa WW2!
Oleh: takusahrisau
Ketika Jepun menawan Asia Tenggara pada
tahun 1942, mereka telah mengeluarkan mata wang Jepun bagi urusan jual
beli di sekitar wilayah yang mereka jajah. Penggunaannya berakhir ketika
Jepun menyerah kalah kepada Pakatan Berikat pada 1945.
Di Tanah Melayu, istilah ‘Duit Daun
Pisang’ telah digunakan untuk merujuk kepada mata wang yang
diperkenalkan oleh Jepun. Panggilan tersebut sebenarnya merujuk kepada
imej pokok pisang yang terdapat pada dada mata wang bernot 10.
Duit Daun Pisang telah menyebabkan kadar
inflasi yang cukup tinggi apabila penjajah Jepun telah
sewenang-wenangnya mengeluarkan mata wang tersebut tanpa had. Ketiadaan
nombor siri pada mata wang tersebut menambahkan keparahan ekonomi Tanah
Melayu di saat itu. Kepada yang masih percaya kepada penjajah British,
mereka telah bertindak menyimpan mata wang Dolar Selat dan mata wang
Dolar Malaya semasa penjajahan Jepun.
Pada tahun 1945, Jepun telah menyerah
kalah dan British kembali ke Tanah Melayu sejurus selepas itu. British
kemudian memansuhkan penggunaan mata wang Jepun dan nilai tersebut jatuh
merudum. Kepada mereka yang menyimpan Dolar Selat dan Dolar Malaya
semasa penjajahan Jepun, mereka telah berjaya mengatasi kemerosotan
ekonomi dan bankrapsi di rantau Asia Tenggara.
Mata-mata wang serupa turut dikeluarkan
di Burma(dipanggil Rupee Jepun), Hindia Timur Belanda, kini dikenali
Indonesia(dipanggil Guilder Jepun) dan Filipina(dipanggil Peso Jepun).
Not 1 shilling Jepun yang digunakan di kawasan pengguasaan British sebelum kedatangan Jepun.
5 Guilder Jepun yang digunakan di kawasan pengguasaan Belanda sebelum kedatangan Jepun.
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)
Mata wang 100 Yuan semasa pengguasaan Jepun di China. Dikeluarkan pada 1938.
Mata Wang Peso semasa pengguasaan Jepun ke atas tanah jajahan Amerika Syarikat di Filipina.
Mata wang bernot 10 Burma-Rupee semasa pengguasaan Jepun ke atas Burma(Myanmar). Keluaran 1943.
Mata wang Dollar semasa pengguasaan Jepun ke atas Tanah Melayu. Mata wang ini bernilai 1000 Dollar.
Sumber: (http://takusahrisau.wordpress.com/tag/mata-wang-jepun-semasa-penjajahan-jepun/) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan