بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Islam Agama Ku.
9 comments:
- tak der ker, sirah nabi ini yang dibukukan dalam konteks yang lengkap. boring la asyik membaca benda yang sama sahaja..
- ma seh....i.Allah jp lg ley jwb..sume tlong la ea doakn sy..
- salam...
izinkan sy share kisah ini di blog sy...
sangat suker baca sirah nabi Muhammad S.A.W....
- terima kasih atas ilmu yg dikongsikan....
- seronok membaca sirah nabi ni, semoga ada sambungannya lagi
- smoga sirah Rasullulah S.A.W ini mnjadi panduan n pedoman untuk kita menjadi muslim dan muslimah sejati.Insya Allah.
- semoga
sirah Rasullulah S.A.W menjadi panduan dan pedoman untuk kita menjadi
muslim dan muslimah yang sejati di sisi Allah S.W.T.insya Allah
- ana izin share
Sirah Nabi Muhammad S.A.W
Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana
jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di
Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah
peradaban manusia.9 comments:
- tak der ker, sirah nabi ini yang dibukukan dalam konteks yang lengkap. boring la asyik membaca benda yang sama sahaja..
- ma seh....i.Allah jp lg ley jwb..sume tlong la ea doakn sy..
- salam...
izinkan sy share kisah ini di blog sy...
sangat suker baca sirah nabi Muhammad S.A.W.... - terima kasih atas ilmu yg dikongsikan....
- seronok membaca sirah nabi ni, semoga ada sambungannya lagi
- smoga sirah Rasullulah S.A.W ini mnjadi panduan n pedoman untuk kita menjadi muslim dan muslimah sejati.Insya Allah.
- semoga sirah Rasullulah S.A.W menjadi panduan dan pedoman untuk kita menjadi muslim dan muslimah yang sejati di sisi Allah S.W.T.insya Allah
- ana izin share
Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum Baginda SAW dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke Ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad SAW disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima Baginda SAW kerana Muhammad SAW seorang anak yatim.
Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad SAW ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad SAW sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda SAW telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa Baginda SAW kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Muhammad SAW tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu Baginda SAW dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad SAW dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad SAW sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah Baginda SAW dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad SAW diasuh oleh Abu Talib
Selepas kewafatan datuk Baginda SAW, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad SAW. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad SAW seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad SAW yang mulia.
Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti Baginda SAW sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut.
Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad SAW juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda SAW mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda SAW juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda SAW mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda SAW selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya.
Oleh sebab itu Baginda SAW jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda SAW terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas Baginda SAW mula meningkat dewasa, Baginda SAW disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda SAW melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur.
Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia Baginda SAW dan keupayaan Baginda SAW sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad SAW yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad SAW menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad SAW dan Khadijah sebagai suami isteri.
Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad SAW telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai Nabi SAW sekelian alam. Ketika itu, Baginda SAW berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat Quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad SAW.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah SAW pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan Baginda SAW. Apabila semangat Baginda SAW mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian Baginda SAW mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai keNabian Baginda SAW.
Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran Baginda SAW. Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah SAW pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94.)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh Baginda SAW. Baginda SAW dan para pengikut Baginda SAW telah dimemusuhi mereka, termasuk Abu Lahab, bapa saudara Baginda SAW sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah SAW memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah SAW seterusnya. Lantas jawab Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"
Baginda SAW menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah SWT. Bukan Rasulullah SAW sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Kewafatan Khadijah dan Abu Talib
Pada tahun itu juga bapa saudara Baginda SAW Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah SAW kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh Baginda SAW.
Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah SAW semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara Baginda SAW. Maka Rasulullah SAW mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh Baginda SAW.
Negara Islam Madinah
Negara
Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum
Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan
Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad S.A.W berjaya juga
menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran
dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam.
Islam
adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek
pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara.
Rasulullah SAW telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan
dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah
Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626
M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan
diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad S.A.W. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah SAW ialah Perang Tabuk dan Baginda SAW dan pengikutnya beroleh kemenangan. Pada tahun berikutnya, Baginda SAW telah menunaikan Haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikut. Baginda SAW juga telah menyampaikan amanat Baginda SAW yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda Baginda SAW yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah S.W.T. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW)."
Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W
Baginda SAW telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda SAW wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda SAW berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
Beliau SAW juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahu pun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda SAW menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur
Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi (SAW) berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, Beliau (SAW) cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah Baginda SAW pulang pada waktu pagi. Tentulah Baginda SAW amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi SAW bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah (SAW)."
Rasulullah SAW lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Pernah Baginda SAW bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya Baginda SAW sebagai kepala keluarga.
Pada suatu ketika Baginda SAW menjadi Imam Solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Baginda SAW antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Baginda SAW yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda SAW itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah (SAW), kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah (SAW)?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah (SAW)... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah SAW mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut Baginda SAW yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh Baginda SAW.
"Ya Rasulullah (SAW)! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu Baginda SAW menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH (SWT) nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH (SWT) buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda SAW pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan Baginda SAW membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH SWT dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah SAW menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH SWT tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk Baginda SAW, Baginda SAW masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah Baginda SAW terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah (SAW), bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab Baginda SAW dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud; "Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"
Ada
10 wasiat Rasulullah SAW kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah (SAW).
Sepuluh wasiat yang Beliau (SAW) sampaikan merupakan mutiara yang termahal
nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.
1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah (SWT) pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.
2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah (SWT) menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah (SWT) akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah (SWT) akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah (SWT).
6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka Malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah (SWT) menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah (SWT) menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah (SWT). Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari Taman Syurga. Dan Allah (SWT) memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah (SWT) mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah (SWT) memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan Para Malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah (SWT) mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.
Sumbangan Dari:
Muhammad Yusri Bin Muhammad
http://ilmumaklumat.blogspot.com
Sumber: (sinar-islam) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan