Rabu, 25 September 2013

1839. Wajarkanlah setiapnya kerana Allah S.W.T..


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Kisah Seorang Koperal Trafik Yang Berhati Mulia (Menarik!) | Siapa di sini perna pernah berhadapan dengan masalah minyak motor habis di pertengahan jalan. 

Bayangkan jika masalah itu kita hadapi di kawasan yang agak terpencil ataupun jauh dari stesen minyak. Untunglah nasib jika ada orang yang lalu ataupun menghulurkan bantuan. 

Kisah ini bermula apabila seorang lelaki telah kehabisan minyak motosikal, namun dirinya telah didatang seorang anggota polis berpangkat koperal trafik. 

Anggota polis berkenaan telah membantu dirinya untuk mendapatkan minyak. Ada sesuatu yang menarik di sebalik kisah ini.
Walaupun wang ringgit yang dikeluarkan untuk membantu mungkin tidak mahal, nilainya amat tinggi buat orang yang sedang memerlukan pertolongan

Itulah contoh kejadian yang berlaku jam 6 petang semalam, apabila seorang pemuda bernama Khairi Amer kehabisan minyak motor di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. 

Khairi amat bersyukur apabila seorang anggota trafik berpangkat Koperal sudi membantunya membelikan minyak motor. 

Malah menurut Khairi yang berkongsikan kejadian ini di Facebook PDRM, anggota trafik berkenaan datang bersama minyak motor dalam botol besar yang dibeli dari stesen minyak berhampiran walaupun dia cuma memberikan botol kecil kepadanya sebelum itu.
Anggota trafik itu juga hanya tersenyum dan tidak mahu menerima wang yang dikeluarkannya untuk membelikan minyak motor tersebut walaupun dihulur. 

Tahniah diucapkan kepada PDRM yang berjaya melahirkan penjawat awam yang berdedikasi menjalankan tugas seperti anggota trafik tersebut. Semoga lebih banyak lagi kes-kes seperti ini dapat didengar pada masa akan datang.


Peceq: Setiap rezeki Allah S.W.T.. ada bahagian untuk diri kita dan untuk diri orang lain. Contoh kalau dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan, acap kali orang yang sudah bersara yang membayar belanja makan., apakah ceritanya ya?. Tambah menarik lagi yang membayar makan mengongkitlah pulak dilain hari ... wahuhu huh!. ameq kau, muhasabah dirilah dayanya kerana Allah S.W.T..

So untuk kisah di atas pandai-pandailah penerima minyak, sedekahkan  pula sebahagian rezeki dariNya kepada hambaNya yang lain.

Sumber: (kisah-seorang-koperal-trafik-yang-berhati-mulia) . 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: