Rabu, 25 September 2013

1842. Mengapa oh mengapa.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini Bersepah | Mana mungkin syarikat penerbangan akan membiarkan kabin pesawat mereka dalam keadaan kotor dan bersepah. Lebih-lebih lagi jika pesawat berkenaan bakal menerima penumpang

Namun jika anda melihat gambar di bawah adalah sebaliknya. Mungkin ada tertanya-tanya apakah yang terjadi terhadap pesawat ini. 

Melayukini.net difahamkan pesawat dari syarikat Singapore Airlines ini berhadapan dengan detik cemas apabila diserang ribut di udara yang dikenali sebagai Turbulence.
ribut1
Sebuah pesawat Singapore Airline Airbus A380-800 yang dalam perjalanan dari Singapora ke Heathrow, London, mengalami ribut di udara setelah berlepas hampir 90 minit

Ketika kejadian, sarapan pagi baru sahaja dihidangkan oleh krew kabin.
ribut2
Penerangan – Gambar pramugari terpaksa ditutup kerana tidak menutup aurat dengan sempurna. Bimbang mereka adalah orang Islam. Harap maklum. 

Menurut maklumat, ribut tersebut menyebabkan perbezaan altitud hampir 100 kaki secara mendadak, hingga menyebabkan barang-barang yang tidak terikat terbang dan terapung didalam kabin, sebelum bersepah jatuh di dalam pesawat, begitu juga dengan tray dan makanan yang jatuh di laluan tengah pesawat ketika ribut berlaku. 

Mujur pesawat dapat meneruskan perjalanan dan mendarat di London dengan selamat selepas 13 jam perjalanan. 7 penumpang dilaporkan cedera ringan.


Sumber: (mengapa-dalam-pesawat-singapore-airlines-ini-bersepah) . 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: