بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Islam Agama Ku.
Dr Mahathir baru terjumpa pemimpin yang 'smart'
AKTA Pencegahan Jenayah (PCA) pula diperkenalkan dan ia nampaknya adalah pengganti kepada ISA yang telah dimansuhkan. Sesungguhnya ia merupakan ISA dengan nama yang berlainan. Ia ibarat menukar nama dari goreng pisang ke pisang goreng.
Pisang goreng dan goreng pisang itu sama saja rasanya.Sanusi Joned yang termasyur dengan kepandaiannya pernah menukar nama goreng pisang kepada nama ringkas, iaitu gorpis. Semuanya sama.
Saya bukan hendak menyokong atau menentang pindaan ini. Tetapi saya lebih cenderung untuk menuduh kerajaan sedang cuba untuk membohongi rakyat kerana itu merupakan janji BN dalam pilihanraya yang lalu.
Kadangkala kita bukan marah sangat kepada apa-apa akta yang digubal itu atau apa-apa pindaan kepada apa-apa akta. Yang kita kadangkala marah dan merungut itu ialah kerana tindakan mengelirukan rakyat.
Jika kerajaan mahukan perkara yang sama kenapa dimansuhkan ISA dahulu sedangkan penggantinya itu serupa ISA juga? Sebenarnya kita tahu tidak ramai yang tidak setuju dengan ISA itu dahulu kerana ia wujud untuk mejaga keselamatan rakyat dan negara.
Yang menjadi isu ialah ISA itu disalah gunakan oleh kerajaan. Tidak ada apa bahayanya pemimpin-pemimpin pembangkang atau kerajaan suatu ketika dahulu tetapi oleh kerana kepentingan politik peribadi maka kerajaan mengambil langkah untuk menangkap pemimpin politik dalam operasi lalang pada 1988 dahulu.
Ramai pemimpin politik pembangkang menjadi mangsa ISA. ISA itu wujud untuk menghapuskan jenayah yang dilakukan oleh pihak komunis yang telah berusaha untuk merampas kuasa dengan membuat kacau bilau.
Akta keselamatan dalam negeri itu telah dipergunakan untuk meyelamatkan atau menyambung usia politik pimpinan yang telah mula lemah dan tidak disokong rakyat.
Sesungguhnya Umno telah selamat begitu lama bukannya oleh kerana keindahan dan kebaikan parti itu tetapi oleh kerana tekanan terhadap rakyat melalui Akta tersebut. Ia bukan kerana kebaikan kepimpinan parti itu.
Mahathir sendiri dua hari yang lepas meminta Umno memilih pimpinan yang ‘smart’ kerana mengikut beliau Umno sekarang ini dipenuhi oleh mereka yang bodoh dan tidak pandai.
Sekarang Mahathir sudah semakin jelas mengakui hakikat yang Umno sudah tidak lagi ada pemimpin yang ‘smart’ seperti yang diperlukan oleh parti.
Tetapi oleh kerana terlalu banyak bercakap dan bertindak dengan segala ‘intrigue’ beliau dalam parti lebih dari dua dekad, akhirnya Umno berada di dalam keadaan yang beliau katakan hari ini.
Hanya yang tertinggal sedikit dalam kenyataan Mahathir itu, ialah ayat yang mengakui yang beliaulah yang memulakan budaya mencantas orang yang ‘smart’ dalam Umno itu.
Beliau tidak pernah merasa lega dan selesa semasa Umno itu dipenuhi oleh orang-orang ‘smart’ semasa itu, lebih-lebih lagi setelah beliau memegang tampuk kuasa.
Di hari pertama beliau mendapat kuasa itu pada 1981 dahulu sudah di cantasnya seorang arkitek pembinaan asas ekonomi negara yang telah banyak jasa kepada negara berserta dengan pengorbanan diri beliau seratus peratus terhadap pembangunan negara.
Orang itu tidak lain dari Tengku Razaleigh Hamzah yang sinonim dengan pembangunan dan pengurusan Petronas, Bank Bumiputra, PNB dan banyak lagi bekas tangan dalam pembinaan negara Malaysia ini.
Mahathir mahu menutup apa jasa TR dengan pimpinan lain kerana beliau hanya mahu semua pihak menumpukan kepada beliau sahaja. Mahathir tidak mahu mengakui dan sesiapa pun tahu bagaimana kepimpinan muda negara seperti TR menjadi seorang yang pertama di luar AS yang terpilih menjadi Pengerusi Bank Dunia.
Dalam masa yang sama TR juga merupakan pengerusi kepada IMF, Bank Pembangunan Asia dan Bank Islam Antarabangsa. Keempat-empat jawatan dan tanggungjawab ini dipikul oleh TR dalam masa serentak. Keempat-empat institusi kewangan ini mempunyai fungsi yang berlainan diantara satu dengan yang lain.
Di mana letaknya keikhlasan Dr Mahathir yang kini mahukan pemimpin yang muda untuk menerajui pimpinan negara sedangkan beliau terkenal dengan sikap menutup kebaikan dan jasa orang lain yang benar-benar jitu dan di sebaliknya mencari segala kelemahan untuk menafikan kemampuan orang lain.
Bagaimana sekarang Dr Mahathir pula yang bercakap mengatakan pimpinan Umno sekarang semuanya pemimpin bodoh dan wajar mengundurkan diri untuk memberi mereka yang lebih muda untuk tampil kehadapan.
Adakah apabila Mukhriz anak bongsu beliau sekarang sedang mencuba nasib bertanding Naib Presiden Umno baru beliau hendak bercakap tentang peranan penting orang muda.
Khairy Jamaludin merupakan anak muda dan beliau merupakan ‘budding leader’ yang kini menjadi perhatian ramai tidak mendapat sokongan Mahathir sedangkan Khairy jauh lebih muda dari anak bongsunya sendiri? Mahathi is Mahathir.
Sekarang apabila anak bongsunya mahu mencelah untuk menjadi Naib Presiden parti, maka Zahid Hamidi sudah menjadi pemimpin tua, Shafie Apdal sudah tua dan Hishamudin pun sudah tua. Bagi beliau pemimpin muda yang layak hanyalah anaknya Mukhriz.
Kita tidak menafikan Mukhriz itu ada sedikit kemampuan tetapi tidak payahlah mengata orang itu tua dan orang ini sudah lanjut usia dan sebagainya.
Sekarang ini Mahathir baru mengatakan yang Umno itu di penuhi dengan pemimpin bodoh. Jika itu benar maka kepimpinan yang beliau anggap bodoh itu adalah pemimpin yang beliau gunakan untuk bertepuk tangan menyokong beliau sendiri.
Kalau dahulu berguna kenapa sekarang tidak berguna lagi, semata-mata kerana anak kesayangannya hendak mengambil alih. Bagi Mahathir, jika anak atau ahli keluarganya berkehendakan jawatan dalam Umno orang lain mesti ketepi dan berikan laluan mudah untuk anaknya sahaja.
Apabila anaknya mahukan jawatan, orang lain mesti berundur dan menganggap pemimpin lain itu sebagai ‘Red Indian’ semata-mata. Orang lain itu di ibaratkannya sebagai orang semenda, dipanggil datang di suruh pergi’. Negara ini beliau yang punya.
Setiap pemimpin Umno telah beliau mangsakan untuk kepentingan beliau. Mahathir berjaya memperbodohkan pimpinan Umno kerana tidak ada seorang pun yang berani meminta Dr Mahathir untuk menutup mulut seperti beliau lakukan kepada ‘predecessors’ beliau apabila mereka (TUNKU dan Hussein) mengkritik pentadbiran beliau.
Jika benar barisan pimpinan Umno sekarang adalah barisan yang bodoh, ketahuilah yang membariskan pimpinan bodoh ini adalah beliau sendiri. Kita mesti ingat yang anaknya sendiri itu adalah hasil didikan beliau. Justeru tidak terkejut kita jika anaknya itu adalah dari kategori yang beliau anggap bodoh itu.
Selagi Umno berada dalam cengkaman pemimpin ini, selagi itulah Umno tidak akan berubah kerana kelemahan yang beliau wujudkan dalam barisan kepimpinan Umno itu sememangnya untuk menjadikan anaknya nampak cerdik..…kata perbilangan seorang yang celik dikalangan yang buta.
Puas Dr Mahathir mencari pemimpin yang smart selama ini di mana-mana, rupanya ia berada dalam rumahnya sendiri. Alhamdulillah!
ASPAN ALIAS
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
Sumber: (dr-mahathir-baru-terjumpa-pemimpin-yang-smart) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan