Isnin, 30 September 2013

1884. Munafikun.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.' (Al-Maaidah: 8)

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Sabda Nabi Muhammad S.A.W..
"Akan masuk syurga orang yang hatinya bagaikan hati burung (hati yang baik, tidak kejam, bertawakkal, sungguh dan percaya jaminan Allah padanya)." Allahummaj 'akna min ahli jannah Allahumma ameen.

Alhamdulillah. Wafika Barakallah. Jazakallahu kher ... 

Bermuka-muka/Lidah Bercabang

Posted by akarimomar

Orang yang bermuka dua, atau biasanya disebut orang yang mempunyai lidah bercabang dua, ialah orang yang mendatangi kedua-dua orang yang sedang bermusuh-musuh, seraya berkata kepada setiap satu dari keduanya dengan kata-kata yang menghasut permusuhan antara satu sama lain. Ia sering memuji yang satu dan mencaci yang lain, serta berjanji pula untuk menolong tiap-tiap satu ke atas musuhnya. Inilah tanda-tandanya orang itu seorang munafik.

Akan tetapi jika ia mendatangi kedua-duanya, lalu menyampaikan kata-kata yang manis terhadap setiap satu dari keduanya, sedang segala yang dikatanya itu benar pula, maka ia bukanlah terkira orang yang mempunyai lidah yang bercabang dua dan bukan juga semorang munafik, sebab memang biasa ada orang yang berkawan dengan kedua-dua orang yang sedang bermusuh-musuhan. Tetapi dalam berkawan itu, dia suka menyampaikan percakapan seorang kepada yang lain, maka ia dicap seorang yang lidahnya bercabang dua, dan sifat ini adalah lebih buruk daripada sifat mengadu-domba, kerana si pengadu-domba itu hanya membawa cakap-cakap satu pihak kepada pihak yang lain saja. Tetapi orang ini telah melakukan lebih dari itu, yakni membawa cakap kepada kedua-duanya untuk kepentingan dirinya, manakala permusuhan antara kedua orang itu pula dibiarkan saja berlarutan.

Adapun orang yang terpaksa menjaga hati salah satu dari dua pihak yang bertelagah, lalu memjui yang satu tanpa yang lain kerana dharurat, dan ia merasa bimbang hendak meninggalkan perbuatan itu, maka keuzurannya dapat diterima. Sebab memelihara diri dari kejahatan orang adalah harus dan dibolehkan.
Berkata Abu Darda’ r.a.: Adakalanya kita terpaksa menunjukkan kegembiraan kita di hadapan sesuatu kaum, meskipun hati kita menyumpah-nyumpah mereka itu.

Berkata Saiyidatina Aisyah radiallahu-anha: Ada seorang lelaki dating meminta izin berjumpa dengan Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Izinkanlah dia masuk, dan ia adalah seburuk-buruk manusia dari golongan ini. Apabila orang itu masuk, Rasulullah s.a.w. berbicara kepadanya dengan lemah-lembut kepadanya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Aisyah! Sejahat-jahat manusia, ialah orang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

Tetapi jangan sampai terkeliru dalam hal ini, kerana yang dibolehkan bersikap serupa ini, hanya ketika menyambut orang datang dengan ramah-tamah dan muka yang tersenyum. Selain dari itu, maka tidak boleh diberikan pujian, atau membenarkan kata-kata, atau menganggukkan kepala tanda persetujuan terhadap segala percakapan yang batil atau salah, kerana melakukan serupa itu adalah munafik. Malah mestilah ia mengingkarinya, jika tiada berkuasa, maka bolehlah ia berdiam diri, tetapi hatinya mestilah mengingkati kelakuan itu. Dan dalam keadaan yang terpaksa ada hukum-hukumnya yang tertentu pula.

Sumber: (Bermuka-muka lidah bercabang) .

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: