Jumaat, 4 Oktober 2013

1911. RM732 Bilion sejak 1974.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

BERITA Rabu Oktober 2, 2013

Petronas Sumbang RM732 Bilion Kepada Kerajaan
KUALA LUMPUR: Petronas telah menyumbang sejumlah 732 bilion kepada kerajaan sejak penubuhan syarikat minyak itu pada 1974 sehingga 31 Disember 2012.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis pada Rabu berkata, jumlah itu meliputi dividen terkumpul sebanyak RM278 bilion, bayaran hasil petroleum (RM124 bilion), cukai pendapatan (RM310 bilion) dan duti eksport berjumlah RM20 bilion.
"Petronas memang banyak memberi sumbangan yang besar kepada negara sejak penubuhannya pada 1974," katanya.
Najib menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang meminta beliau menyatakan satu persatu sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak 1974 sehingga hari ini.
Sementara itu, pada sidang media di lobi Parlimen, Nga mendesak kerajaan supaya melakukan pindaan ke atas Akta Pembangunan Petroleum 1974 agar pengurusan hasil kekayaan minyak dan gas dilakukan secara telus.
"Seksyen 3 dalam akta itu hanya membenarkan Perdana Menteri untuk mengakses akaun kewangan Petronas yang diklasifikasikan sebagai sulit dan persendirian," dakwanya.
Sehubungan itu, Nga berkata pindaan terhadap akta sedia ada perlu dilakukan dan laporan kewangan Petronas harus dimaklumkan kepada rakyat.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..


Tiada ulasan: