Sabtu, 5 Oktober 2013

1924. Lelaki munafik memang tidak layak.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

10 Jenis Lelaki Yang Tidak Patut Dijadikan Suami.

Ni sy nak kongsi sikit panduan. Kalaulah boleh dijadikan sempadan. Petua memilih lelaki yang dipetik daripada Ensiklopedia Petua Melayu Lama. Sepuluh jenis lelaki yang WAJIB dijauhi dan TIDAK PATUT patut dijadikan calon suami.

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. 


Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk, lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

sumber
Sumber: Blogku (10-jenis-lelaki-yang-tidak-patut) rangkai.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..


Tiada ulasan: