Isnin, 7 Oktober 2013

1946. Pertama kali rasa lega dengan kematian sebelum kematiannya sendiri.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Maha Suci Allah S.W.T.. Usaha dan doa untuk menghindari azab kubur.


Mengapa seseorang itu merasa lega dengan kematian seseorang yang lain?. Sedangkan dia pun akan turut mati di masa yang ditetapkan Allah SWT.

Apakah sebenarnya kehebatan atau disebabkan kedurjanaan si mati, makanya seseorang yang masih hidup menarik nafas lega dengan kematian tersebut. Si mati seorang yang zalim?. Si mati seorang pendusta?. Semasa masih bernyawa si mati pemutus silaturahimkah dia?.

Berwatak mulut longkangkah si mati semasa hidupnya?. Si mati semasa hayatnya suka membuka dan menyebarkan aib orang lain?. Tanpa memperdulikkan orang yang diaibkan itu masih hidup atau telah Allahyarham atau Allahyarhamah, seperti dia sekarang. Bagaimana agaknya jika seseorang yang pernah diaibkan, menjulang title "dosa tak berampun" sebagai hadiah atau bonus kepada rohnya. Nauzubillah minzaliq.

Ingat, Allah S.W.T., Maha Pengampun. Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pelindung, Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Agong.

Walau pun dia sudah mati, dia masih membekalkan atau pembekal utama perkara subahat kepada yang masih hidup. Subahat kepada perkara fitnah. Subahat kepada perkara dusta. Subahat kepada hal-hal tidak menyembunyikan keaiban orang yang masih hidup atau yang telah mati.

Wahai aku semasa hidup berjaga-jagalah dengan tutur bicara, tingkah laku dan langkah-langkah sebelum mati. Nescaya aku tidak tergambar seperti perlakuan silap semasa hidup. Jadikanlah nukilan di atas sebagai batu sempadan antara baik dengan yang jahat, antara benar dengan yang dusta, antara yang suci dengan yang kotor dan juga antara yang terpuji dengan yang terkeji.

Kisah di atas bernawaitukan muhasabah diri kerana Allah S.W.T., beringat sebelum mati. Mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu lebih afdhal, sebelum mengaitkannya dengan orang lain. Dunia adalah fitnah dan kehidupan kita di dunia ini ada fitrahnya.

Pantangilah diri dari membuka aib orang lain atau bersubahat dengan hal sedemikian. Alamat jadi bekal di alam berzah seawal malam pertama di alam kubur, jika melanggari pantang tersebut. Pantang tersebut juga terserlah dalam mematuhi perentah Allah S.W.T., dan memagari diri dari mendekati perkara-perkara larangan Allah S.W.T..

Penuhilah roh dengan mencari redha Allah S.W.T.. Nescaya bila mati nanti In Syaa Allah beroleh Rahmat-Nya dan mendapat Syafaat Junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Prihatin kepada bekalan roh.
In Syaa Allah bermanfaat.

Nota:
Aku jadi pendengar setia. Tanpa komen dengan apa yang disampaikannya. Kepada yang rasa dirinya terlibat maafkanlah orang itu. Kisah ini semuanya diulang-ulang dengar setiap kali berjumpa. Sepatutnya hal ini tidak ingin pun aku tahu. Sebab aku tidak pernah tahu pun sebelumnya.

- Teringat kisah yang diceritakannya tentang seseorang berkongsi langgan pelacur dengan bapa mertua.
- Teringat kisah seseorang yang diceritakannya "engkau ingat dia ada duit ke?"
- Teringat kisah orang pergi umrah dikatakan mengiakan title haji bila orang panggil sedangkan sepatutnya
   haram. Hal ini diulang-ulang sebut, parah telinga mendengar.
- Teringat kisah rumah bujang itu pun dia ceritakan.
- Teringat pula kisah orang yang tidak dapat sesuatu tetapi digambarkan orang itu ingin sangat anugerah
   tersebut.
- Teringat kisah dia selalu bayar makan, "banyak duit aku keluar untuk menangi hatinya." Kaki pangkah
   maafkanlah dia.

Banyak lagi kisah-kisah aib orang yang cukup aku tidak suka dengar tetapi terpaksakan diri dengar. Terutama hal-hal dengar dari sebelah pihak sahaja.

Sumber: (Manisan Kehidupan) . 
Sumber gambar: (blogspot.com) . 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: