بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Dia seorang kanak-kanak biasa. Seusianya dimasukkan ke sekolah biasa. Beberapa waktu kemudian dia dibawa ke hospital dan waktu itu terlalu mudah untuk seseorang kanak-kanak disahkan sebagai seorang yang "bermasalah pembelajaran"
Maklumlah waktu itu kesedaran tentang "Pendidikan Khas" masih terawang-awang dalam pengetahuan masyarakat.
Makanya dia dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas. Dia tidak tahu apa-apa. Dia hanya menurut kata orang tuanya. Di kelas tersebut dia bergaul dengan pelbagai kanak-kanak yang digolongkan sebagai kanak-kanak hyper aktif, lembam dan pelbagai jenis kekurangan kepada seseorang manusia.
Dia pun tidak tahu dia akan berada di kelas itu sehingga menjangkau usia 14 tahun. Ramai kawan-kawan yang serupa dengannya. Tidak bermasalah pembelajaran tetapi dipaksa 'like' untuk mengikuti program pembelajaran sedemikian rupa. Akhirnya dia rasa seronok di kelas murid-murid 'Bermasalah Pembelajaran'
Rupa-rupanya ada ongkos bulanan kepada setiap pelajar dari pihak kerajaan. Guru menyimpan buku bank dan sentiasa update buku tersebut.
Satu hari bapa membawa dia ke bank. Dia dapat buku bank. Rupa-rupanya bapanya mengadukan hal kehilangan buku bank. Sepengetahuannya dalam ingat-ingat lupa buku bank disimpan oleh pihak guru sekolah untuk kebaikkannya.
Hari itu bapanya telah membeli sebuah kereta. Seperti biasa guru kelasnya mengupdate buku bank setiap murid. Guru mendapati buku banknya sudah tidak availabel lagi. Maka terbongkarlah segala rahsia kejahatan bapanya menipu.
Dia juga sedar tanpa sokongan guru-guru kelas Bermasalah Pembelajaran, dia tidak akan dapat baju raya yang cantik. Baju sekolah pun sering terabai dari tanggung-jawab ibu bapanya.
Dengan duit itulah gurunya akan membelikan serbanika kelengkapan sekolahnya. Tetapi apakan daya duit itu sudah menjadi sebuah kereta.
Sumber gambar: (www.google.com) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan