بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Puas jadi tikus. Melanun, Mengenepikan kejujuran, Menjadikan kata-kata 'telus' sekadar halwa telinga dan tidak menjadi amalan penyampainya, talibarutnya, pengampunya, penyokongnya dan inilah antara padahnya. Dapat pemimpin yang tidak cekap.
Sebenarnya Umno boleh terus tambah teguh dengan mewar-warkan Islam sebagai tanda utama dan meletakkan semangat Melayu dilonggokkan kedua. Buktikan anda umat Islam bermula dari rumah sebelum jadi ahli Umno, penyokong Umno dan pemimpin Umno. Buktikan anda pemimpin Islam bermula dari rumah.
Alah bisa tegal biasa. Payah hendak berubah. Islam cukup berbeza dengan Melayu. Tikus memang bijak, hendak mengekalkan kuasa macam-macam peraturan dan perlembagaan di ubah. Berbeza zaman Umno yang dipimpin sebelum Tun Dr Mahathir. Jenis pemimpin tidak takut hilang kuasa, sebab amanah dengan amanah yang diberikan oleh penyokongnya dan rakyat jelata. Pemimpin yang seumpama tikus sahaja cukup takut kehilangan kuasa.
Inilah saki baki seperti kata Mantan PM Tun Mahathir yang juga arkitek pembina generasi bodoh dalam umno. Macam cerita Singapura dilanggar todak. Apa jadi budak cerdik?. Kecik-kecik dah tunjuk pandai. Nanti dah besar bahaya. Kita hapuskan budak cerdik itu. Pandai-pandai tukar kepada batang pisang dari berkubukan betis.
Ada yang tidak amanah dalam soal penyampaian borang dan akhirnya menjebak kepada "Beri keputusan dalam suntuk waktu."
Tertulah.
Wanita UMNO Gua Musang baling mikrofon (Video Inside)
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.
Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.
Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.
“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu tidak berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.
Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.
Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan, menurut sumber Awani.
“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.
“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.
Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini.
Sumber: (darisungaiderhaka) .
Patutlah semua pencabar Khairy dapat kosong..
Tertanya-tanya juga aku semalam bila melihat keputusan yang diperolehi oleh semua pencabar Khairy semalam...Kesemua pencabarnya iaitu Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali tidak mendapat sebarang undi.
Rupa-rupanya bukan kerana langsung tidak mendapat undi tetapi sistem yang digunapakai oleh UMNO dalam pemilihan ini yang menyebabkan keputusannya begitu rupa.
Ianya telah didedahkan oleh Blogger UMNO sendiri, selain itu beliau juga mendedahkan seperti Najib yang berkuasa bukan kerana undi popular begitulah juga Khairy dan Shahrizat.
Bacalah..
Kemenangan yang diraih oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khary Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru "electoral college" bagi pemilihan Umno,..Keputusan rasmi sehingga jam 3.55 pagi Ahad ini adalah seperti berikut. Jumlah undi tidak rasmi dalam kurungan.
Tidak kira berapa banyak undi dibuang, ia hanya dianggap sebagai satu undi bagi peringkat bahagian kata penulis blog pro Umno Syed Akhbar Ali.
Beliau yang menggendalikan blog "Outsyed The Box" menyifatkan kemenangan yang diperoleh kedua-dua penyandang Ketua Pemuda dan Ketua Wanita tersebut hanyalah "menang mudah".
"Tidak kiralah banyak mana undi yang diperoleh, setiap bahagian dikira sebagai satu undi.
"Terdapat 191 bahagian Umno. Jika calon menang 97 bahagian (lebih daripada setengah 191 bahagian), beliau diisytiharkan sebagai menang mudah," kata Syed Akbar, merujuk kepada kemenangan yang diraih oleh Khairy dan Shahrizat semalam.
Penulis blog yang pernah menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel" itu mahu pengiraan keputusan pemilihan sayap Umno kali ini dinilai menerusi "undi popular", namun malangnya ia tidak dilaksanakan.
"Terdapat banyak perkara yang diselindung dalam Umno. Mereka tidak akan membocorkan undi popular," kata beliau.
Syed Akhbar menerangkan terdapat kira-kira 400 pengundi setiap bahagian dan menggesa pecahan undi kepada empat calon yang menentang Khairy juga sewajarnya dikira bagi melihat jumlah keseluruhan undi popular sama ada memihak kepadanya atau tidak.
"Katakanlah terdapat 500 pengundi di setiap bahagian dan KJ menang 200 undi. Akhram menang 180 undi dan tiga lagi calon menang 40 undi setiap seorang - pengiraan akhir masih satu untuk KJ dan kosong kepada lain.
"Realitinya, KJ mungkin tewas undi popular. Jadi apa berlaku kepada undi popular? Adakah KJ dan Shahrizat tewas undi popular?" soal Syed Akbar lagi merujuk kepada pencabar Khairy Akhramsyah Sanusi.
Menyifatkan pemilihan kali ini satu malapetaka, Syed Akhbar berkata Umno ketandusan bakat dan dan tidak mampu mengilap pemimpin yang lebih berkaliber.
"Umno pastinya hadapi malapetaka," katanya lagi.
Dalam pada itu, Syed Akhbar juga berkata pemilihan kali ini berkecamuk dan huru-hara kerana pelbagai insiden dan kontroversi yang berlaku sepanjang proses membuang undi berlangsung daripada isu kertas undi hinggalah terdapat mereka yang keliru cara untuk memilih calon pada pemilihan kali ini.
"Ini mungkin masalah merumitkan, mungkin terdapat manipulasi. "Apa pun yang berlaku, Umno kini berhadapan malapetaka," katanya.
Dalam keputusan pemilihan semalam, Khairy dan Shahrizat berjaya mengekalkan jawatan mereka sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita manakala Mas Ermieyati Samsudin dinobatkan sebagai Ketua Puteri Umno yang baru.
Shahrizat memperoleh 100 undi, Khairy mendapat 97 undi dan Mas Ermieyati dengan 97 undi daripada 191 bahagian dalam pemilihan semalam lapor The Malaysian Insider
WANITA
Ketua Wanita:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil : 100 undi (98)
2. Raihan Suleiman Palestin : 1 undi (1)
3. Datuk Maznah Mazlan : 1 undi (3)
Naib Ketua Wanita:
1. Datuk Azizah Mohd Dun : 26 undi (54)
2. Datuk Suraya Yaacob : 9 undi (12)
PEMUDA
Ketua Pemuda:
1. Khairy Jamaluddin : 97 undi (115)
2. Syed Rosli Syed Harman : 0 undi
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi : 0 undi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar : 0 undi
5. Abd Karim Ali : 0 undi
Naib Ketua Pemuda:
1. Khairul Azwan Harun : 14 undi (64)
2. Mohamad Iruan Zulkefli : 6 undi (10)
3. Jamawi Jaafar : 8 undi (22)
4. Lokman Noor Adam : 3 undi (4)
PUTERI
Ketua Puteri:
1. Mas Ermieyati Samsudin : 96 undi
2. Jamilah Hanim Othman : 12 undi (26)
Naib Ketua Puteri:
1. Zahida Zarik Khan : 28 undi (56)
2. Norsabrina Mohd Nor : 15 undi (31)
3. Nazliah Ali : 7 undi (17)
Sumber: (darisungaiderhaka) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan