بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Yes!, seandainya manusia terus-terusan lalai dengan kesenangan dunia. Sebagaimana Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
"FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... (Zulfarizan Zakaria - menulis mengingatkan dirinya dan diri manusia semua)
KISAH MANUSIA: Dikurung enam hari, dirogol berkali-kali oleh kenalan facebook menyamar lelaki tampan.
“Mangsa tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang,” katanya.
Kuala Lumpur: Seorang mangsa setiap bulan. Itu purata gadis negara ini yang menjadi mangsa kelicikan seorang kasanova berasal dari Singapura yang setakat ini merogol dan memperdaya 10 mangsa sejak Januari lalu.
Suspek baru berusia 25 tahun dan semua mangsa dipancing melalui Internet dengan memaparkan gambar lelaki berwajah tampan di laman Facebook (FB) sedangkan wajah dia sebenarnya tidak kacak, malah bergigi jongang.
Sumber polis berkata, lelaki berbangsa Cina itu juga bijak mengumpan mangsanya dengan menjanjikan peluang perniagaan serta kemewahan.
baca lagi ..
Menurutnya, semua mangsa lelaki kaki belit itu berusia 18 dan 19 tahun yang turut membabitkan gadis Melayu, Cina serta India.
“Mangsa terbarunya ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Johor yang membuat laporan polis 13 Oktober lalu mendakwa dia bukan saja dirogol, malah turut disamun hingga kerugian lebih RM2,000,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Menurut sumber itu, di dalam aduannya mangsa memaklumkan dia mengenali suspek menerusi laman FB pada Ogos lalu dan lelaki itu mengumpannya dengan pelbagai kemewahan termasuk mengajaknya menjadi rakan kongsi untuk membuka perniagaan kafe siber.
“Selepas dipujuk hampir dua bulan melalui FB, mangsa yang berasal dari Johor kemudiannya datang ke ibu kota pada 4 Oktober lalu untuk bertemu suspek.
“Mangsa tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang tidak mempunyai pilihan kerana tiada kenalan lain di ibu kota memberitahu dia terpaksa mengikuti suspek sebelum dibawa penjenayah itu ke sebuah hotel di ibu kota.
“Mangsa dikurung dalam hotel itu selama enam hari dan dirogol berulang kali. Pada 10 Oktober barulah mangsa berjaya keluar dari hotel itu selepas suspek menghilangkan diri ketika mangsa menunggunya di lobi hotel berkenaan untuk dihantar ke stesen bas.
“Suspek turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM2,200,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian pulang ke kampung di Johor dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

“Kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee dan sedang disiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya.
Harian Metro difahamkan, setakat ini pihak berkuasa belum berjaya menahan lelaki terbabit, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan. sumber
Sumber: (penburukonline.blogspot.com) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan