بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
DUIT PETRONAS DUIT RAKYAT MALAYSIA. Apakah sudah menjadi milik peribadi sejak era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia?. Milik siapa sebenarnya Prince Court Medical Centre (PCMC) sejak penubuhannya pada tahun 2008 - Hospital Mewah Swasta?.
BN leburkan RM1.08 bilion duit Petronas selamatkan syarikat swasta
KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER: Sebanyak RM1.08 bilion wang syarikat milik negara Petronas digunakan untuk menampung kerugian sebuah hospital mewah swasta, Prince Court Medical Centre (PCMC) sejak penubuhannya pada tahun 2008.Lebih mendukacitakan, pembinaan hospital bernilai RM544 juta yang juga turut ditanggung Petronas tidak pernah mengalami keuntungan dan yang menyukarkan keadaan, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen boleh mendapat akses kepada status kewangan menyeluruh Petronas melainkan Perdana Menteri kerana tertakluk pada Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum.
Menurut Ahli Parlimen DAP Bukit Benhdera Zairil Khir Johari, pada tahun 2008 PCMC mengalami kerugian RM111 juta, RM192 juta kerugian pada tahun 2009 dan RM450 juta kerugian pula pada tahun 2010.
baca lagi ..
zairil (1)“Hingga tahun berakhir 31 Disember 2011, jumlah kerugian yang dicatatkan hospital mewah swasta yang ditanggung Petronas itu ialah RM1.08 bilion.
“Adakah wajar wang negara, wang rakyat digunakan untuk menampung kerugian syarikat swasta?” soalnya.
Menimbulkan persoalan, Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan prestasi yang ditunjukkan PCMC jauh berbeza dengan hospital-hospital swasta yang lain.
“Mengikut Laporan Kewangan IHH Healthcare 2012, Parkway Pantai yang mempunyai rangkaian hospital swasta di Malaysia dan Singapura mencatat perolehan RM4.75 bilion dalam tahun 2012 manakala RM818 juta keuntungan,” dedah Zairil.
Dalam hal ini tegasnya, Petronas tidak sepatutnya terlibat dalam aktiviti perniagaan di luar bidang seperti hartanah dan kesihatan dan sepatutnya memberi tumpuan kepada industri petroleum dan gas sepertimana yang dipraktikkan oleh syarikat-syarikat petroleum yang lain.
“Apa yang berlaku ini mewujudkan satu keperluan mendesak agar hal ehwal kewangan Petronas diawasi memandangkan ia merupakan syarikat pengeluar minyak negara,” jelas Zairil
Sumber: (penburukonline.blogspot.com) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan