Sabtu, 19 Oktober 2013

2071. Rahsia dan peristiwa hari Sabtu dalam Islam.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


Sumber: (Sucikan Hati Dari Penyakit Hati "Rahsia dan Peristiwa Hari Sabtu Dalam Islam "

Allah SWT menjadikan 7 hari dalam seminggu iaitu Isnin, Selasa .. Rabu.. Khamis .. Jumaat.. Sabtu dan Ahad...

Dalam setiap hari, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat di dalam diari Islam itu sendiri... menjadi memori sepanjang zaman..



Hari Sabtu adalah Hari Tipu Daya, karena pada hari ini terdapat 7 peristiwa helah dan tipu daya oleh tujuh kaum:

Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as – mereka membangkang kepada Nabinya,

Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Sholeh as terhadap Nabi Sholeh as – mereka mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka,

Peristiwa Tipu daya saudara-saudara Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as – saudara-saudara Nabi Yusuf mengkhianati Nabi Yusuf as dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.,

Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as – Raja Firaun mencabar Nabi Musa as,

Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as – Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah SWT mengangkat Nabi Isa as ke langit,

Peristiwa Tipu daya para musyrikin Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw – Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad SAW di Darun Nadwah.

Peristiwa Tipu daya kaum Bani Israil terhadap Larangan Allah SWT – kaum yahudi melanggar perintah Allah SWT dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Lalu Allah SWT mengubah mereka menjadi kera-kera yang hina.

Sebagian daripada ulama menganggap hari Sabtu ini juga adalah hari yang baik untuk berburu.

Zikir hari Sabtu:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ



In Syaa Allah Bermanfaat ) . 


وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: