Ahad, 20 Oktober 2013

2082. Rupa-rupanya memang tidak sampai-sampai.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.
*Nota: Miya dan Azni sekadar pelengkap carta nama dalam cerita, tidak lebih dari itu.

Sepi itu derita.

Alasan Miya banyak terkandung dengan perkara tersirat, yang asalnya banyak tidak terduga oleh daya pemikiran Azni. Lama kelamaan hal ini dapat Azni sedari. Pernah Azni tanya untuk merungkai apa yang tersirat disebalik alasan Miya, jenuh Azni meladeni kerenah ketidak puas hatinya.

Untuk mengelak perkara itu berulang, Azni mampukan diri memikirkan sendiri setiap alasan Miya. Semalam siang sebelum mengakhiri perbualan, nanti malam Miya akan call semula. Rupa-rupanya sampai malam ini Miya terus senyap.

Alasan-alasan Miya cukup hebat. Sedangkan Azni bukan seorang yang pandai memberi alasan. Azni terus-terang dalam sesuatu hal. Tapi sikap terus-terang ini akan tewas dengan alasan-alasan yang Miya berikan.

Itulah antara hal yang tidak tertanggung oleh Azni sejak menikahi Miya. Sudah enam tahun juga tinggal berjauhan atas sebab pekerjaan. Baru-baru ini Azni cadangkan untuk Miya bertukar kerja yang dekat dengan tempat tinggal suaminya. Seperti biasa Miya memberikan alasan. Alasan yang kalau diperkirakan akan mengambil masa lebih 7 tahun lagi untuk menjadi kenyataan tinggal sebumbung.

Untuk dapatkan zuriat pun Miya memberikan pelbagai alasan bila terjadinya perundingan. Hakikatnya sampai ke hari ini tiada zuriat Azni dengan Miya. Apalah ertinya rumah-tangga ini. Natijahnya setiap alasan Miya, Azni sebagai suami kena patuh, tidak boleh membangkang. Alamat tidak bertegur sapalah Azni dengan Miya berhari-hari.

Lama kelamaan Azni semakin sedar, setiap alasan yang terpancul dari mulut Miya adalah sebagai cara bahasanya menolak setiap cadangan, pandangan, saranan Azni sebagai suami Miya secara halus.

Aku suka benda nie

Tetapi bukan senang Azni dapat. Jangan mimpilah untuk setiap hari. Paling-paling tidak sebulan sekali atau langsung tidak ada. Itu pun Azni kena mengalah pulang ke rumah tempat tinggal Miya. Hendak harapkan Miya balik ke rumah Azni. Macam-macam alasan dia beri.

Bila Miya hendak balik ke rumah Azni, Azni kena memandu hampir enam jam menjemput Miya. Bermalam satu malam, esoknya Azni kena hantar Miya balik. Itulah yang kerap berlaku.

Pernah Azni memandu sejauh hampir seribu lima ratus kilometer, hanya dalam masa tiga hari. Kononnya perjalanan tersebut untuk melancung sambil berehat. Jadi tiga hari itu pun sebab Miya hanya dapat cuti tiga hari. Tetapi macam-macam rencana Miya yang memerlukan pemanduan Azni dan perjalanan cukup jauh, bila disebutkan nama tempat yang dicita-citakan Miya.

Penat belum habis, Miya kata dia tak puas di tempat tersebut, sekejap sangat, kata Miya. Azni hanya mampu diamkan diri. Kalau dijawab lain jadinya. Biarlah Miya faham sendiri dalam keadaan Miya beri Azni cuma tiga hari.

Itulah juga rupa-rupanya kalau tidak beri Azni balik temuinya, Miya akan beralasan dalam bentuk menasihati Azni jangan terburu-buru balik. Akhirnya Azni semakin nampak kejanggalan rumah-tangganya.

Sedangkan Azni sering mengimpikan sekujur tubuh didepan mata sentiasa. Untuk menyerlahkan rumahtangga bahagia, impian dan cita-cita setiap pasangan suami isteri.

Inilah hakikat rumahtangg Azni dewasa ini. Betullah Miya pun bukan pendengar setia. Azni hanya layak menjadi pendengar setia Miya. Tanpa bantah.

Sumber: (Sepi itu derita.) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77

Tiada ulasan: