بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.
SAYA harap rakan saya berbangsa Melayu tidak salah faham membaca artikel ini. Saya tidak memandang rendah kepada orang Melayu. Pada saya, semua bangsa dijadikan ALLAH mempunyai kekuatannya tersendiri. Tiada istilah Melayu malas, bangsa lain rajin dan sebagainya, sebagaimana yang dipersepsikan. Semua bergantung kepada diri sendiri. Seperti kata Pendeta Za’ba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh diubah. Terpulang kepada kita, nak pilih yang mana!
Kebelakangan ini, banyak sangat ‘kelemahan’ Melayu sama ada yang saya lihat sendiri atau didedahkan. Saya yakin Melayu tahu dan memahaminya. Tetapi Melayu sengaja membiarkannya. Dalam apa jua bidang, Melayu bermasalah. Dalam politik, mereka saling tikam-menikam walaupun sesama parti. Saling fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuh dan sebagainya. Dalam ekonomi, saling dengki-mendengki melihat orang lain berjaya. Bila tidak puas hati, berlaku santau-menyantau. Mereka tidak faham falsafah korban, walaupun tiap-tiap tahun menyambut Hari Raya Korban.
Pendek kata, dalam apa jua profesion, Melayu bermasalah. Dalam perjawatan awam (juga swasta), politik untuk naik pangkat,. Oouuhhh! dahsyat. Untuk mencapai matlamat itu, kerjanya membodek sepanjang masa untuk naik, walaupun kualiti kerja macam...
Itu belum sebut lagi masalah sosial yang lain seperti gejala sosial remaja, dunia hiburan artis, dadah, dedah, gejala tak solat, masalah keluarga, perceraian dan lain-lain. Berdasarkan statistik, setiap 15 minit, akan lahir anak luar nikah dan pasangan Melayu bercerai.
Mudah sahaja untuk menjadi popular di negara ini. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau masuk universiti. Cukup sekadar masuk industri hiburan, tonjolkan kontroversi atau masuk pertandingan menyanyi, melawak, menonjol dalam sukan dan lain-lain berkaitan. Popularlah.
Kenapalah Melayu pantang popular sedikit? Usahkan diri empunya yang mungkin ‘popular’, mereka yang tidak kena-mengena pun terasa popular seperti isteri atau suami artis popular tersebut atau pegawai peribadinya. Maka menyombonglah tidak tentu pasal.
Kepopularan ini menjadi dia glamor. Artis-artis pun suka. Maka mengoratlah mereka. Sanggup hadiahkan rumah berjuta-juta. Akhirnya, kedua-dua jadi popular. Persoalannya, kenapa susah sangat nak cari artis atau orang popular yang warak atau low profile. Kenapa hidup penuh kontroversi. Tidak teringin ke masuk syurga? Takkan nak tunggu tua baru nak bertaubat!.
Lebih pelik lagi, mereka inilah yang menjadi rebutan syarikat swasta untuk menjadi duta sana sini. Peribadi duta-duta produk tidak diambil kira, yang penting popular. Produk laku.
Terbaharu, dilema Melayu popular. Saya naik muak dan lemas menonton YouTube mengenai gelagat isteri seorang pemain bola sepak terhadap pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang. Ini baru bola sepak, belum lagi bola lain.
Cuba banding dengan jaguh-jaguh negara bukan Melayu seperti pemain badminton nombor satu dunia. Beliau amat popular. Isterinya juga popular. Kedua-dua mereka berharta dan kaya-raya. Kehidupan mereka tidak pula kontroversi. Bayangkan jika pasangan itu orang Melayu.
Ingatlah Melayu, popular di sisi ALLAH, kita bukan apa-apa pun jika tidak ada bekalan iman dan takwa. Sepatutnya kita guna populariti itu untuk cari keredaan ALLAH, menjadikan kelebihan itu untuk mendidik manusia jadi manusia, bukan sebaliknya.
Berbeza dengan artis di Barat. Mereka amat popular, bertaraf dunia lagi tetapi mereka tidak sombong, walaupun tidak Islam. Kepopularan mereka digunakan untuk membaiki diri dan keluarga. Buat bekalan di hari tua. Sebab itulah, jarang dengar orang Barat popular merana di usia tua, sebab mereka ada bekalan. Kita pula berlagak tak tentu pasal dengan red carpet sana sini, tetapi poket kosong. Bila tua, merana.
Sempena Hari Raya Korban ini, marilah kita muhasabah diri. Kita hanya makhluk ALLAH. Sepopular mana pun, kita tetap hamba ALLAH. Kita akan ditanya tentang Tuhan kita, agama kita, amalan kita dan sumbangan kita. Sejauh manakah sebenarnya kita berkorban?
Sumber: (www.sinarharian.com.my) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77
Tiada ulasan:
Catat Ulasan