Isnin, 21 Oktober 2013

2109. Naik bas aje.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.

Monday, 21 October 2013

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT SELANGOR SUDAH KANTOI!!!!! ... KINI GILIRAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR ...MENJALANKAN TUGAS RASMI KERAJAAN DENGAN BERMEWAH-MEWAH????


Apalah punya pemimpin Pakatan Rakyat Selangor ni ... mentang-mentang negeri terkaya di Malaysia yang kini sudah ada wang rizab sebanyak lebih RM3 billion sampai joli sakan untuk kepentingan diri sendiri.

Tadi kisah Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim naik bas di Singapura untuk lawatan kerja rasmi kesana...

Kini ADUN Meru, merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) pula buat hal dengan menaiki bas bersama rombongannya meninjau kemajuan para peserta SKIMSEL yang menjalankan perusahan membuat mee kuning dan pau.

Bas yang di naiki YB Dr Rani dan rombongan bukannya bas jenis Kelas Eksekutif tapi jenis bas biasa tapi berhawa dingin .. Aduhhhhh .. apasal tak naik bas mewah ... kalau macam ini habis lah modal juak-juak UMNO nak serang Kerajaan PR Selangor.

Juak-juak UMNO selama ini ingatkan gelagat dan perangai para pemimpin PR sebiji seketul macam perangai pemimpin-pemimpin mereka seperti mana di gambarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak dulu dan terkini 2012.

Alhamdulillah kini mereka sudah dapat meraih pendapatan RM3 ribu sebulan.

Kedekut kedekut juga .... berjimat berjimat juga ... tapi kena pastikan berjimat dan berhemah demi kebaikkan rakyat.

Dengar secara serius keluhan dan rintihan rakyat dibawah.  .. bantu dan belalah mereka ... nescaya kerja murni dan mulia ini rakyat tidak akan lupa sampai bila-bila.

Sumber: (pemimpin-pakatan-rakyat-selangor) . 

Sunday, October 20, 2013

GAMBAR MB SELANGOR KHALID IBRAHIM BERMEWAH-MEWAH DI SINGAPURA TERSEBAR. 


Sumber: (mb-selangor-khalid-ibrahim) .

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77

Tiada ulasan: