Rabu, 23 Oktober 2013

2128. Kerana mahu menjimatkan kos modal, pelanggan kedai makan makanan bertitle sampah?.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.

KEDAI MAMAK LAGI BUAT HAL. 

Beli sayur terpakai untuk jimat kos.


RATA-RATA pelanggan warga Myanmar yang (???*pcq dedit: Pelanggan warga Myanmar yang membeli sayur dari penjual sayur terbung merupakan pekerja kedai mamak...) menjual sayur terbuang di Pasar Harian Selayang merupakan pekerja kedai mamak dan kedai makan yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan kerana mahu menjimatkan kos modal bahan mentah masakan yang dijual.

Hal itu didedahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hasil pemantauan yang dilakukan setiap hari di situ sejak mula-mula aktiviti itu berlangsung.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL, Muhamad Irwan Abdullah berkata, tindakan pihak kedai makan membeli bahan mentah yang sepatutnya telah dilupuskan itu tidak wajar kerana ia hanya nampak elok di pandangan mata kasar hakikatnya sudah tiada kualiti.

“Sayur-sayur ini akan dikutip dari tong sampah di pasar borong untuk dijual di Pasar Harian Selayang, dan hasil pemantauan dan risikan yang dibuat, jarang ada orang perseorangan yang membelinya melainkan dari pihak kedai makan.

“Bagaimanapun aktiviti jualan ini dilihat semakin berkurangan hasil tindakan penguatkuasaan yang dilakukan, namun tidak dinafikan masih terdapat kegiatan itu memandangkan warga Myanmar merupakan di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR),” katanya kepada Sinar Harian.
DBKL sentiasa melakukan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja warga asing di pasar borong. (Gambar arkib DBKL).

Beliau menambah, antara faktor yang menyumbang kepada kegiatan tersebut adalah terdapat pihak yang bertindak menjadi ‘pembekal’ kepada warga Myanmar itu bagi mengasingkan sayur-sayur terbuang yang masih ‘elok’.

“Sepatutnya sayur-sayur terbuang ini dikumpulkan dan dibuang dalam tong sampah namun terdapat pekerja pasar borong yang bertanggungjawab melakukannya tugasan itu bertindak mengasingkan sayur yang kelihatan elok.

“Pekerja itu terdiri daripada warga Myanmar juga, jadi mungkin mereka juga ada ‘deal’ dan  mengambil untung dengan menjual sayur-sayur terbuang itu kepada rakan mereka, untuk dijual kembali,” katanya.

Jelas Irwan, sepanjang tahun ini, lebih 3,000 sitaan dilakukan melibatkan penjaja warga asing dan kebanyakannya adalah hasil operasi di Pasar Harian Selayang.

“Kita juga bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Selayang setiap kali melakukan operasi.

“Justeru orang awam dinasihatkan untuk tidak membeli sayur-sayur yang dijual oleh warga asing ini kerana ia adalah bahan yang dilupuskan,” katanya.

Difahamkan seramai lapan penguatkuasa ditempatkan setiap shift untuk melakukan pemantauan dan tindakan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan di sekitar Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur.


Sumber: (www.sinarharian.com.my) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77

Tiada ulasan: