بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.
Wednesday, October 23, 2013
Felda beli hartanah di London dengan tambahan nilai £17.9 juta.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia membeli hartanah di London pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran hartanah tidak berubah United Kingdom dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan sebarang masalah akan menyebabkan kehilangan dana awam sehingga berjuta ringgit.Beberapa ejen hartanah berkata, pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang bernilai £97.9 juta oleh Felda adalah contoh pembelian melebihi harga pasaran kerana syarikat penilai hartanah terkemuka Savills and Knight Frank menilai harga hartanah tersebut hanya pada harga £80 juta untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
“Pasaran hartanah UK tidak berubah di kebanyakan tempat termasuk London. Apa yang syarikat Malaysia bayar sangat mahal dan boleh menimbulkan masalah,” kata ejen hartanah berasal dari Malaysia yang enggan namanya diberitahu.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan pembelian tersebut sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah dilaporkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Broker itu berkata, GLC lain Malaysia dan agensi seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji turut membeli hartanah komersial di ibu kota negara itu.
“Sesetengah agensi tidak menggunakan ejen hartanah dan pergi terus kepada penjual dan membayar harga lebih tinggi daripada harga pasaran.
“Ejen hartanah kehilangan komisen, tetapi yang lebih penting, harga tidak boleh dijustifikasi. Siapa yang rugi? Rakyat Malaysia yang rugi,” kata seorang lagi ejen hartanah yang mahir dengan hartanah London.
Beliau yang tidak mahu dinamakan berkata, ejen mewakili GLC ada menemuinya untuk bertanya mengenai hartanah itu, tetapi kemudian berjumpa penjual secara terus dan membeli harga hartanah itu dengan lebih mahal.
Difahamkan, Tabung Haji yang dipengerusikan oleh pengerusi baru, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sejak Julai 2013, sedang mencari lebih banyak hartanah di London selepas agensi itu membeli hartanah dengan £205 juta di 151 Buckingham Palace Road di ibu kota negara itu, Febuari lalu.
Ejen hartanah memberitahu, Tabung Haji bersaing dengan Hines, termasuk KWSP dan KWAP untuk membayar kurang £15 juta daripada harga ditawarkan.
Pembelian 151 Buckingham Palace Road berlaku selepas Tabung Haji membeli SJ Berwin’s distinctive City offices adi 10 Queen Street Place dengan harga £165 juta, pada September, 2012. ~tmi
Sumber: (felda) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77
Tiada ulasan:
Catat Ulasan