Rabu, 23 Oktober 2013

2137. Kalau kita asyik menangis tanpa henti dan memakan masa yang lama, mata boleh buta.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.

Innalillahiwainnailaihirojiun. 
Al Fatihah.








Edit dari kisah penulisan asal. Allahyarhamah.

Penderitaan dan pengorbanan ketika hidup.

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my 

Sebetulnya, pertemuan tempoh hari menemukan yang serba baru. Semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan yang abadi buatnya. Selama ini, tidak pernah ada siapa yang mengetahui, jauh di dasar hatinya, wanita ini memendam duka yang berpanjangan. Derita yang dilalui barangkali kalau diceritakan dengan begitu mendalam dianggap oleh segelintir kita sebagai 'dongeng' semata-mata.

Hakikatnya, kisah derita Kassim Selamat seperti yang diceritakan oleh seniman P. Ramlee hampir-hampir berulang dalam kehidupan. Dulu apabila menonton filem Ibu Mertuaku, Kassim Selamat menjadi buta saya sangkakan ia sekadar sebuah cerita fiksyen.

Andai terlewat merujuk kepada doktor pakar, barangkali kedua mata akan menerima nasib yang serupa seperti Kassim Selamat kerana sering berendam air mata mengenangkan satu demi satu ujian yang diberikan oleh Allah buatnya.

"Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang melihat dunia ini lagi." Kejadian yang berlaku awal tahun 2008, bermula apabila matanya secara tiba-tiba bertukar menjadi merah yang 'menakutkannya'.

Tanpa berlengah, bergegas ke sebuah hospital pakar di Ampang, Selangor. Keputusan hasil pemeriksaan doktor membuatkan tergamam kerana dia dimaklumkan, salah satu urat matanya terputus menyebabkan berlaku pendarahan dalam.

"Tetapi setelah apa yang saya alami, barulah saya tahu rupa-rupanya betul, kalau kita asyik menangis tanpa henti dan memakan masa yang lama, mata boleh buta," ujarnya lagi. Sebab dia berendam air mata sejak empat tahun lalu, hidupnya tidak lekang diuji dengan berita-berita sedih.

Awalnya, abangnya meninggal dunia. Selang dua tahun, ibu tercinta pula pergi menyambut panggilan Ilahi. Kematian kedua-dua anggota keluarganya itu menyebabkan seperti hilang arah dan dia tiada pilihan lain selain daripada menangis tanpa henti selama empat tahun lamanya!. "Namun begitu, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih sayangkan saya dan memberi peluang kepada saya untuk melihat," kata hiba.

Kesedihan yang melampau menyebabkan pernah terfikir untuk menuruti Allahyarham abang dan Allahyarhamah ibunya sehinggakan setiap malam dia sering memanjangkan doa kepada Allah SWT agar mengambil nyawanya dalam tidur.


"Tetapi apabila saya kehilangan orang yang saya sayang, hanya Allah SWT saja yang tahu saya rasa bagaikan nyawa ini sudah jauh melayang, dibawa pergi oleh mereka semua," Air mata bergenang di kelopak mata. Semangat yang dibekalkan oleh Allahyarham abang tersayang, Allahyarhamah ibu dan Allahyarham ayah membuatkan dia kental menghadapi kehidupan.

Tetapi apabila mereka yang selama ini memberi semangat untuknya meneruskan hidup meninggal dunia, ia bagaikan noktah dalam kehidupannya. Abangnya meninggal dunia secara mengejut pada tahun 2004 ketika berusia 43 tahun.

"Pagi Jumaat itu, mendapat panggilan daripada emak beritahu abang meninggal dunia dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat." Apabila mendapat berita sedih itu, saya masih mampu ke rumah beberapa saudara saya di Kuala Lumpur untuk bawa mereka balik, sebab emak kata akan dikebumi selepas Jumaat.

"Kami enam beradik tetapi arwah abang yang merupakan anak ketiga dalam keluarga, paling rapat dengan saya. "Kalau saya beritahu pada abang, nak balik Melaka, arwah yang ada rancangan bercuti akan batalkan semata-mata mahu menyambut dan bersama saya," Cerita lagi.

Setelah dua tahun, abang kesayangannya meninggal dunia, diduga lagi. Ibu tersayang Saodah meninggal dunia. Dua minggu sebelum ibunya meninggal, menetap di kampung untuk menjaga ibu tercinta. Tanpa mengira siang malam, sentiasa berada di sisi ibunya. Bagaimanapun terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana anak sulungnya, akan menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Dua minggu saya duduk di kampung menjaga emak. Saya tidak kira siang atau malam, apa yang pasti saya mahu jaga mak dan makan minum mak. "Apa saja mak nak makan, saya masakkan. Saya masih ingat sebelum saya balik, mak nak makan sangat sup ayam, saya masakkan.

"Masih terbayang di mata apabila saya nak balik sebab Dnl nak periksa (PMR) mak bagaikan berat melepaskan saya pergi. Matanya sayu mengiringi saya balik, tapi...saya terpaksa balik," kata menyambung perbualan. Sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur dia sentiasa berdoa semoga Tuhan memberinya peluang menatap wajah ibunya lagi setelah Dnl habis PMR.

Sesampai di Kuala Lumpur, menghubungi ayahnya di kampung dan dia bersyukur sangat kerana ibunya masih bertahan. Namun seperti yang dijanjikan bagi setiap insan di dunia, bila sampai waktunya kita menghadap Allah SWT tidak lambat sesaat dan tidak cepat walau sesaat.

Begitulah perjanjian yang ditentukan. Pada 22 Ogos 1996, mendapat panggilan telefon bonda tersayang pergi buat selama-lamanya. "Hilang rasanya jiwa saya apabila mendapat khabar sedih itu apalagi saya mendapat tahu sebelum itu tiga empat kali, Allahyarham emak telefon dan bertanya saya.

"Tanpa berlengah saya capai apa yang mampu dan bawa anak-anak balik ke Melaka. Sepanjang perjalanan, saya menangis tanpa henti. Tidak dapat mengadap emak di saat akhir, tetapi...sejuknya hati ini ketika melihat jenazah emak," kata lagi. Setelah emaknya meninggal dunia, menemankan ayahnya di kampung kerana tidak mahu ayah tercinta terbiar tanpa perhatian.

Lama jugan menemani ayahnya. Bagaimanapun pada Mei 2007 setelah melihat ayahnya sihat pulang semula ke Kuala Lumpur. Namun takdir menentukan segala-galanya, ayah yang ditinggalkan sihat mula terjejas kesihatannya gara-gara kakinya terluka.

"Saya terkejut apabila melihat ibu jari kaki kanan ayah luka tak baik-baik akibat terkena dawai mata punai reban ayam. Tahu-tahu sajalah orang tua, kalau dah duduk kampung menternak ayam seekor dua bagaikan menjadi satu kemestian. "Apabila luka ayah tak baik, saya bawa ayah balik ke Kuala Lumpur pada akhir 2007. Setelah di rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur, ayah dimasukkan wad dan ibu jari kaki ayah dipotong.

"Kaki ayah macam kena gangren dan sejak itu kesihatan ayah tidak begitu baik," Berkongsi cerita mengenai derita Allahyarham ayahnya pula. Sejak itu, membawa ayahnya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Kesihatan ayahnya yang tidak menentu membuatkan Noreen lebih banyak menghabiskan masanya menemani dan menjaga ayah tercinta. "Apabila kesihatan ayah semakin menurun, saya hantar ayah ke sebuah hospital pakar swasta. Selama 39 hari ayah diwad, tetapi kesihatan ayah tetap tidak berubah.

"Pihak hospital membenarkan ayah dibawa balik ke rumah dan ketika itu, setiap saat ayah hanya terbaring di katil," cerita Noreen dengan nada sebak. Sepanjang ayahnya dirawat di hospital, sanggup membuang semua kemewahan demi ayah tercinta kerana Allah SWT.

Kondo mewah miliknya di Bangsar dijual dengan harga ratusan ribu ringgit untuk membiayai perubatan ayahnya yang dijangka akan mencecah RM100,000. Malah, juga sanggup menjual kereta mewahnya, Mercedes-Benz dan membeli sebuah kereta jenis MPV bagi memudahkannya membawa ayahnya ke hospital. "Tuhan lebih menyayangi ayah, pada 1 Oktober 2008 yang merupakan tarikh lahir saya, ayah saya menghembuskan nafas terakhir.

"Saya masih ingat waktu itu pukul 7 malam, senja dan hanya saya, Dnl, Dn dan pembantu saya mengadap ayah. "Dunia rasa gelap tiba-tiba, tapi saya harus kuatkan hati. Dengan bantuan kawan saya, jenazah ayah dibawa ke Masjid Kampung Baru dan segala urusan mandi dan kafankan jenazah dilakukan di situ. "Setelah urusan selesai pada 2.30 pagi, jenazah ayah dibawa pulang ke kampung untuk dikebumikan pada keesokan harinya," cerita lagi.

"Saya tahu setiap yang hidup akan mati. Malah saya redha dengan semua itu. Tetapi sebagai insan yang kerdil, kadang-kadang saya bagaikan tewas berdepan dengan semua ini. "Apabila ayah sakit, saya jual Mercedes saya, saya jual kondo saya. Semua itu saya lakukan kerana mahu berikan yang terbaik untuk ayah. Saya tidak kisah semua itu kerana yang penting bagi saya keselesaan untuk membawa ayah ke hospital.

"Saya juga sanggup jual kondominium saya dengan harga lebih RM100,000 semata-mata untuk membiayai perubatan ayah" katanya lagi. Bukan itu sahaja, perniagaannya juga musnah. Syarikat Padussi Sdn. Bhd., yang telah beroperasi sekian lama akhirnya terpaksa ditutup kerana dia lebih banyak menghabiskan masanya meratapi kehilangan orang tersayang.

Padussi, syarikat perniagaan yang membekalkan alat-alat muzik kepada kerajaan dan sektor swasta terpaksa ditutup kerana kos pengurusan yang terlalu tinggi sedangkan bisnes tidak jalan. "Macam mana syarikat nak buat bisnes kerana saya tidak ke pejabat hampir dua tahun setelah abang meninggal dunia. Waktu itu, dunia saya hanya bilik dan tikar sembahyang. Saya tidak keluar rumah selama enam tahun.

"Pagi, petang, siang dan malam saya hanya mengurung diri di bilik kerana ingin merawat luka di jiwa saya. "Sehinggalah November lalu, apabila bangun untuk menunaikan solat Subuh, saya bagaikan mendapat kehidupan baru dan bangkit untuk meneruskan hidup dengan anak-anak.

"Kini baru enam bulan saya pulih dari jiwa yang terluka dan harapan saya hanya satu untuk membina hidup bersama anak-anak," akui.

Sumber: (Artikel Penuh: www.utusan.com.my © Utusan Melayu (M) Bhd) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77 ada sebahagian kisah hidupnya sama seperti yang aku alami.

Tiada ulasan: