بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
24 Oktober, 2013
Ini Penjelasan TNB Berkenaan Banjir Lumpur Di Cameron Highlands
Pelepasan air secara terkawal di Empangan Sultan Abu Bakar terpaksa
dilakukan bagi mengelak bencana lebih besar melanda Lembah Bertam.
Pengurus Besar Stesen-Stesen Janaelektrik Cameron Highlands. Mustafa
Hashim, berkata jika perkara itu tidak dilakukan, keempat-empat pintu
alur limpah empangan itu akan terbuka secara automatik dan mengakibatkan
banjir lebih buruk.
Katanya, TNB memaklumkan kepada pihak keselamatan dan ketua kampung
Lembah Bertam pada malam semalam iaitu semasa paras air di empangan itu
mencecah paras 3,505 kaki iaitu paras yang memerlukan pihak berkuasa
memulakan proses pemindahan penduduk.
"Sebuah pintu alur limpah dibuka pada jam 12.05 tengah malam semalam
apabila paras air mencecah 3,509.6 kaki. Ini adalah di luar jangkaan,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dua maut akibat lemas manakala seorang lagi meninggal dunia kerana
serangan jantung dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam
melimpah berikutan pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet,
Cameron Highlands, dalam kejadian jam 1 pagi semalam. ~bernama
Sumber: (addin77.blogspot.com) .
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
abc.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan