بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
24 Oct 2013
Inflasi akhirnya turun kepada 1.6% (SINGAPURA).
Ekoran kos pengangkutan lebih rendah
SETELAH meningkat empat bulan berturut-turut, inflasi di Singapura akhirnya turun kepada 1.6 peratus bulan lalu berbanding 2 peratus pada Ogos.
Penurunan itu disebabkan kos kereta lebih rendah yang menyebabkan kos pengangkutan swasta susut 2 peratus, menurut kenyataan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Pakar-pakar ekonomi yang ditinjau Reuters meramalkan Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat 1.85 peratus.
Pakar Ekonomi DBS, Encik Irvin Seah, berkata penurunan kos pengangkutan yang merupakan penyebab utama inflasi lebih rendah lebih didorong oleh dasar pemerintah.
"Selain pembetulan terhadap premium COE disebabkan peraturan pinjaman kereta yang lebih ketat dilaksanakan MAS, dasar memperkenalkan khidmat MRT percuma juga membantu mengurangkan kos pengangkutan sejak beberapa bulan lalu.
"Namun, perubahan dasar itu mempunyai kesan sementara terhadap inflasi dan tidak akan berkekalan lebih 12 bulan selepas kesannya tidak dirasakan lagi,'' jelas Encik Seah dalam laporannya.
Menurut MTI dan MAS, kos penginapan meningkat 3.9 peratus bulan lalu, lebih rendah berbanding kenaikan 4.2 peratus Ogos lalu. Ia menggambarkan kenaikan kecil dalam pasaran sewa rumah privet dan flat HDB.
Inflasi makanan kekal sebanyak 2.4 peratus bulan lalu serupa bulan Ogos. Walaupun harga makanan belum dimasak meningkat lebih tinggi berbanding sebulan lalu, kenaikan harga makanan di restoran makanan segera lebih sederhana.
Inflasi utama MAS, yang tidak mengambil kira kos penginapan dan pengangkutan, meningkat 1.7 peratus bulan lalu, berbanding 1.8 peratus Ogos lalu.
Mengenai prospek inflasi hadapan, pemerintah menjangka inflasi yang diimport kekal rendah tetapi kos dalam negeri mempunyai risiko akan kekal tinggi.
"Kos dalam negeri boleh dialihkan kepada harga khidmat pengguna disebabkan tekanan kos yang meningkat yang dihadapi firma-firma disebabkan harga sewa perniagaan, premium COE bagi kenderaan swasta dan kos buruh.
"Mengambil kira faktor-faktor itu, inflasi utama MAS dijangka meningkat bagi beberapa suku mendatang dan mencapai purata 1.5-2 peratus tahun ini dan 2-3 peratus tahun depan,'' ujar kenyataan bersama MAS dan MTI.
Sumber: (cyberita.asia1.com.sg) .
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
abc.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan