بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Sekadar gambar hiasan, perolehan gambar: (Antara jasa besar Mukhriz Mahathir) .
Kisah mangkuk yang tidak beralas mengajar seseorang erti keinsafan, buat yang peduli dengan hukum Allah SWT.. mematuhi Perentah-Nya dan menghindari Larangan-Nya.
Dalam kisah tersebut diceritakan bagaimana seorang yang dipandang pengemis mengajar seorang penguasa tentang Kekuasaan Allah S.W.T.. Kerana sombong akhirnya si penguasa menjadi individu papa kedana disamping membuktikan kepda dirinya sendiri betapa bodohnya dia sebagai seorang penguasa selama ini.
Siapakah sebenarnya pengemis itu?. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui. Bukan mudah menjadi seorang penguasa atau seorang pemimpin. Bermula sebagai pemimpin sebuah rumah-tangga. Allah SWT meletakkan lelaki yang bergelar suami menanggung serba serbi dosa isterinya dan anak perempuannya sebinggalah anak perempuannya dinikahi seorang lelaki yang sanggup menanggung segala Perentah Allah SWT dan larangan-Nya.
Inikan pula menjadi penguasa sebuah negeri atau sebuah negara. Menurut Islam menjadi penguasa kena berperibadikan mulia antaranya jujur dan amanah. Langsung peribadinya tiada tercalit dengan sifat dendam kesumat atau penyakit hasad dengki yang menyamai sifat dan sikap syaitan laknatullah.
Mestinya penguasa itu berjaya mendidik isteri dan anak-anaknya menurut acuan dan kehendak Allah SWT. Jika kelihatan dan berlaku sebaliknya anggota keluarga sang penguasa itu, maka sebagai rakyat banyak bijak-bijakkanlah diri menilai.
Menjadi penguasa juga bukanlah bersandarkan kepada mengutamakan kemegahan, kekayaan dan kemewahan. Si penguasa sanggupkah menjadi orang banyak yang hidup sederhana semasa berkuasa dan setelah tidak lagi berkuasa?. Jika si penguasa itu sanggup, itulah ciri-ciri penting seorang penguasa yang tidak memerlukan penghormatan sesama manusia. Penguasa yang cerdik pastinya mencari redha Allah SWT berbanding menjaga hati sesama manusia.
Jangan kata itu si penguasa dahulu kala, bolehlah. Azab Allah SWT menanti sang penguasa yang terbalik. Ingat Islam tetap relavan sehingga dunia ini kiamat.
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
abc. http://peceq.blogspot.com/2013/03/189-mangkuk-yang-tidak-beralas.html .def. http://peceq.blogspot.com/2013/02/085-bahasa-melayu-berasal-hanya-7.html .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan