Isnin, 28 Oktober 2013

2195. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja pECEq

Apakah ini sememangnya penyakit apabila kuasa diperoleh. Tamak haloba tidak lekang dari kuasa?. Begitu juga dengan hasad dengki?. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui disebalik cerita setiap makhluknya yang bernama manusia yang bertitle hamba-Nya. 

Khalid Ibrahim Nafi Azmin Ali Ambil Alih Jawatan MB Selangor Apakah cerita ini bakal jadi kenyataan?. Kuasa jadi rebutan?. Kuasa jadikan hamba-Nya berubah dan menjadikan umpat keji sebagai hidangan seiring dengan kuasa?. Jujur dan amanahkah mereka?. Allah SWT Maha Adil Lagi Maha Bijaksana.

Mungkin juga ada syaitan laknatullah bertopengkan manusia mereka-reka perkara dusta. Ini antara ceritanya dewasa ini berserta sumber beritanya: 

noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin  : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini menafikan khabar angin bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan mengambil alih jawatannya kelak. Katanya tidak timbul isu sedemikan dan sekiranya berlaku ia merupakan perkara biasa dalam politik. "Tidak mengapa, ia perkara biasa dan berlaku negara lain juga seperti di Australia mereka juga menggantikan presiden baru," katanya kepada media di Pusat Konvesyen Setia Alam, Selangor. Sebelum ini desas-desus mengenai penggantian Azmin timbul kerana segelintir pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pen... more »

DAN: 

PBO™ at pen buruk online ™ : "Tidak mengapa... saya tidak terganggu dengan segala khabar angin ini. I sangat realistik kerana saya dari sektor korporat dan apa yang penting ialah berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Our Environment Our Health' di sini Ahad. SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak desas-desus bahawa jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor bakal diambil alih oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. Malah beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai 'asam garam dalam dunia politik'. baca lagi .. "Tidak mengapa.... more »
Sumber: (papan pemuka blog) .
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
urv.

Tiada ulasan: