Selasa, 29 Oktober 2013

2208. Abortion.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Allah SWT mengharamkan pengguguran.

Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7 - 8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Keterangan/Hujah: 
Dari segi perubatan, pada umumnya kecacatan terbahagi kepada tiga jenis iaitu kecacatan fizikal, kecacatan mental dan kecacatan kombinasi kedua-duanya.
Terdapat berbagai kecacatan yang berlaku pada janin, antaranya ialah kecacatan fizikal seperti pekak, buta mata, sumbing bibir, tiada otak, kepala besar dan sebagainya. Manakala kecacatan mental pula ialah seperti kelembapan otak, peradangan otak dan sebagainya. Tidak semua kecacatan ini dapat dikesan oleh doktor melalui peralatan dan ujian yang dilaksanakan.
Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat, iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari 1 hari hingga 40 hari. Peringkat kedua ialah peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhgah yang berumur di antara 40 hari hingga 120 hari. Peringkat ketiga pula ialah peringkat selepas berumur 120 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya.
Menurut para doktor, peringkat sebelum berbentuk ialah peringkat dari hari pertama hingga 40 hari seseorang itu mengandung. Majoriti para fuqaha’ berpendapat pengguguran yang dilakukan diperingkat ini adalah makruh dan disyaratkan dengan tiga syarat iaitu persetujuan daripada kedua suami isteri, tidak mendatangkan bahaya dan kenyataan daripada dua orang doktor pakar yang adil.
Peringkat mudhghah pula bermula pada hari 40 hingga 4 bulan (120 hari) seseorang itu mengandung dan pada peringkat ini sudah nyata bentuk awal anggota janin tersebut. Pengguguran yang dilakukan pada peringkat ini hukumnya makruh yang amat dilarang. Walaubagaimanapun sekiranya disahkan oleh doktor bahawa pengguguran perlu dilakukan bagi mengelakkan bahaya yang akan mengancam keselamatan dan nyawa si ibu, maka dalam keadaan ini hukumnya adalah harus.
Melakukan pengguguran selepas kandungan berumur 120 hari adalah haram kerana pengguguran pada peringkat ini telah dianggap sebagai satu jenayah terhadap bayi atau janin yang telah sempurna hidup. Walaubagaimanapun harus menggugurkannya bagi menyelamatkan nyawa ibu dan di atas nasihat doktor yang pakar dan adil bahawa tidak ada jalan lain kecuali menggugurkan kandungan. Ini berdasarkan kaedah fiqh iaitu “Memilih mana yang lebih ringan kemudharatan bagi mengelak mudharat yang lebih berat”.
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Bil Tajuk Bil. JKF Tarikh Keputusan
1 Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol Muzakarah Kali Ke-52 1 Jul, 2002
2 Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia Muzakarah Kali Ke-52 1 Jul, 2002
Sumber: (www.e-fatwa.gov.my) .

BACA JUGA:
Hukum Menggugurkan Kandungan ._^_. America Aljazeera ._^_.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
urv.

Tiada ulasan: