Ahad, 24 November 2013

2512. Mengapa si polan macam itu perkataannya?. Apa halnya...


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Rumahtangga sendiri "baik jaga". Rumahtangga orang lain, takkanlah engkau yang hendak tentukan itu ini. 

Mat Sabu menang.. Utusan sakit hati...


Kejayaan Mohamad Sabu (gambar) mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS digambarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sebagai kemenangan kepada PKR dan DAP, dalam usaha akhbar berbahasa Melayu itu untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu terhadap parti Islam itu.

Kolumnis Awang Selamat dalam tulisannya di edisi Ahad akhbar itu Mingguan Malaysia, secara sinisnya mengucapkan tahniah kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Pihak yang paling bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR.

“Ketika keputusan belum diumumkan, seorang pemimpin kanan DAP dengan teruja menerusi laman sosial, mengucapkan syabas kepada beliau,” tulis Awang Selamat yang merupakan nama samaran kepada pasukan pengarang Utusan Malaysia hari ini dalam artikel bertajuk, “Tanda aras PAS” tanpa menamakan pemimpin DAP itu.

Menurut Awang Selamat lagi, ramai pemimpin PAS yang pro DAP seperti Mohamad berjaya menang atau mempertahankan jawatan mereka dalam Muktamar ke-59 itu.

“Selagi Mat Sabu membayangi kepimpinan PAS, selagi itu harapan DAP mekar,” tulisnya lagi.

“Semoga ahli-ahli PAS juga tanpa ragu boleh berbangga dengan keputusan itu.” Menurut Awang Selamat, walaupun sebahagian perwakilan terkilan kerana imej Mohamad yang dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin nombor dua dan pernah terbabit dalam isu moral, harapan mereka untuk melakukan pembetulan tidak menjadi kenyataan.

“Suatu hari kelak beliau bakal menerajui parti itu sebagai presiden pula. Sekali lagi, usah ragu kerana itulah tanda aras dalam PAS,” tulis Awang Selamat membuat spekulasi Mohamad mungkin akan menggantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu hari nanti.

“Dengan Presiden PAS, Hadi Awang yang dilihat suka mengambil jalan selamat menjaga kedudukannya dan Mat Sabu yang dibajai oleh DAP dan PKR, Awang tidak nampak kepimpinan PAS dapat dibersihkan daripada pengaruh sekutu pakatan.”

Menjelang Muktamar PAS ke-59, Umno, badan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan dan akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian terus “berkempen” bagi memastikan golongan ulama memenangi jawatan yang mereka tandingi pada pemilihan kali ini.

Akan tetapi ini mengecewakan mereka apabila Mohamad dan 18 orang lagi golongan profesional berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang mereka sandang.

Dalam keputusan pemilihan PAS yang diumumkan oleh Asmuni Awi semalam, Mohamad mendapat 588 undi manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya mendapat 490 undi.

Ini menjadikan Mohamad menang dengan majoriti 98 undi ~ The Malaysian Insider

Sumber: 

==================================================

Mat Sabu: Ini cuma perlawanan persahabatan.....

Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu menyifatkan pertembungan antara beliau dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya satu 'perlawanan persahabatan'.Mohamad yang dipilih untuk penggal kedua menduduki kerusi nombor dua PAS menjelaskan tidak ada apa yang mahu diraikan dengan kemenangannya itu.

"Kami (PAS) bukan seperti parti lawan yang habis berjuta untuk menang jawatan timbalan presiden, jadi tak perlu rai apa-apa. Menang beza satu dua undi pun menang juga, itu tak penting, yang penting terus bantu parti," katanya pada sidang media selepas pengumuman rasmi pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS, di Stadium Melawati.

Mohamad menewaskan Mohd Amar dengan majoriti tipis 98 undi untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya sebelum ini. Sebelum ini banyak pihak menjangkakan Mat Sabu akan tewas kerana banyak terpalit dengan isu kontroversi seperti isu Syiah dan kekalahannya pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) yang lalu.

Mohamad Sabu mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua menewaskan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Mohamad memperolehi 588 undi manakala Mohd Amar mendapat 490 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS pula, pengiraan semula sedang dijalankan.

Sumber:

=================================

Tahniah Tuan Hj Mat Sabu......

Kemenangan Mat Sabu paling tidak menggembirakan Umno yang terlihat lebih suka Nik Amar menang jawatan nombor dua ini ...bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Zainuddin Maidin dlm satu kenyataan cuba menakutkan perwakilan PAS bahawa Mat Sabu tidak mustahil akan menjadi presiden parti jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada Haji Hadi..

Kekalnya Mat Sabu sebagai gandingan kepada Haji Hadi mengesahkan bahawa perwakilan PAS sama sekali tidak termakan dengan cucukan jarum-jarum halus yg dimainkan utusan sejak kebelakangan ini. 


Kemenangan Mat Sabu paling tidak menggembirakan Umno yang terlihat lebih suka Nik Amar menang jawatan nombor dua ini ... bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Zainuddin Maidin dlm satu kenyataan cuba menakutkan perwakilan PAS bahawa Mat Sabu tidak mustahil akan menjadi presiden parti jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada Haji Hadi..

Kekalnya Mat Sabu sebagai gandingan kepada Haji Hadi mengesahkan bahawa perwakilan PAS sama sekali tidak termakan dengan cucukan jarum-jarum halus yg dimainkan utusan sejak kebelakangan ini.

Kemenangan Mat Sabu bersama sebahagian besar kumpulan bukan ulama bagi jawatan AJK Pusat juga menyaksikan bahawa perwakilan PAS masih rasional dalam mengejar cita-cita mengambil alih kuasa bersama PR dalam PRU14 akan datang.

Dengan campuran ulama, profesional dan aktivis terus menerajui kepimpinan PAS dilihat mampu memberi saingan yang seimbang dan akan terus berlawan dengan Umno dan BN .

Perwakilan tahu realiti perjuangan politik masakini perlu satu saf pimpinan yg kental untuk mendepani satu persaingan politik yg licik.

Sumber: 

HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: