Jumaat, 1 November 2013

2224. Sampai bila.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Sampai bila seseorang itu melayan diri kepada seronok melakukan perbuatan hasad dan dengki?. Apakah sampai ke hujung nyawa?. Memang tidak akan menyedari bahawa perbuatan hasad dengki itu menjadikan diri seseorang sekutu rapat syaitan laknatullah.

Di alam maya juga tidak terlepas dari perbuatan hasad dengki. Berpura-pura membantu dalam masalah komputer, memberilah dia arahan itu ini dan tekan butang ini tekan butang itu, tahu-tahu komputer kita punah. Datanglah orang lain kononnya, dari jauh, menawarkan diri memperbaiki komputer kita secara online. Rupa-rupanya itu ada udang sebalik batu, memperkasa kejahatan dalam jiwa.

Peliknya bila hacker yahudi datang, jenis inilah yang lari dulu. Takut komputer masing-masing punah ranah. Inilah antara sikap pengguna maya Melayu tidak kira di mana mereka berada Malaysia, Singapura atau Indonesia. Datang hacker dari Bangladesh atau India pun sudah cukup meresahkan golongan pendengki, pengkhianat dan pendendam ini. Perkara jahat jadi perkara seronok dalam diri mereka.

Inilah antara sebab, walau pun blog ini lahir pada tahun 2007., aku hanya mula mengisinya awal tahun 2013 ini. Hampir 6 tahun blog ini terbiar kosong.

Sebenarnya golongan pendengki ini masih hidup. Hasilnya dalam memperkasa pengisian blog ini, aku masih tidak lepas dari perbuatan kacau ganggu. Jalan terbaik, aku tentunya melakukan beberapa tindakan yang tidak menjadi kesalahan jenayah dan aku memohon jasa baik pihak tertentu memantau pergerakan hasad dengki mereka, bagi memastikan kali ini mereka tidak terlepas. Tentu perkara ini memakan masa kerana pengumpulan bukti untuk pendakwaan.

Pengesanan IP Adress pengganggu, nombor telefon penggodam berserta alamat tempat tinggal dan alamat asal mereka adalah sasaran penting, untuk menunjukkan mereka bukanlah manusia terhebat. Gambar-gambar rumah, gambar-gambar kenderaan yang mereka gunakan, gambar-gambar ahli keluarga mereka dan gerak perjalanan mereka sehari-hari juga dalam pemantauan. Hal ini amat penting dan pasti dapat membantu penyiasatan.

Allah SWT Maha Bijaksana. Allah SWT Maha Mengetahui. Allah SWT Maha Adil.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

Tiada ulasan: